Musim Haji Kembali Lagi

Ketika ini para Jemaah Haji dari Malaysia dan seluruh dunia sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Ke Mekah untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Ke Madinah untuk menziarahi kekasih Allah dan kekasih umat Baginda saw. Haji adalah Perhimpunan Agung Tahunan bagi umat Islam, sepertimana mesyuarat agung tahunan bagi sesebuah organisasi.Rasulullah saw mengerjakan Haji buat pertama kali dan juga kali terakhirnya pada Tahun 9 Hijrah. Oleh itu dinamakan juga sebagai Haji Perpisahan, iaitu pehimpunan besar terakhir Baginda saw bersama rakyat jelata. Nabi saw mengumumkan bahawa Baginda saw akan berangkat mengerjakan Haji, maka berkumpullah manusia yang ramai yang ingin mengerjakan Haji dibawah bimbingan dan pimpinan Rasulullah saw. Oleh sebab ini adalah Haji yang pertama yang dilakukan oleh Baginda maka semua perbuatan, perkataan dan persetujuannya adalah menjadi sunnah ikutan dalam ibadat yang besar itu.a Jabir bin Abdullah ra menceritakan, “Bahawa manusia yang berkumpul seramai jauh mata memandang, baik yang berkenderaan maupun yang berjalan kaki sehingga sampai di Zul Hulaifah, Nabi saw berada di depanku dan turun Al-Quran kepada Baginda. Baginda mengetahui tafsirnya dan apa yang dilakukannya. Kami contohi dan ikuti dengan sebaik-baiknya. Baginda saw mengumandangkan Talbiah :Labbaikallahumma Labbaik. Labbaika la syarikalaka Labbaik. Innal Hamda wan nikmata, lakawalmulk La syarikalak!”. Begitulah berkumandangnya Talbiah sehingga mereka tiba di Makkah Al-Mukarramah dan menyempurnakan Rukun-rukun dan Wajib-wajib Haji dengan sempurnanya. Semoga Allah swt memberikan kemampuan kepada kita untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah dimasa yang terdekat dan mengurniakan kita Haji yang mabrur.  Amin. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: