Kelebihan bulan Syaaban & malam Nisfu Syaaban

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran. 

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Kesimpulannya ialah bangun malam dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang syarie jika tidak dikaitkan dengan bulan Sya’ban. Tetapi jika dikaitkan dengan bulan Sya’ban, maka yang demikian itu adalah bid’ah iltizamiah yang merupakan perkara yang boleh diperselisihkan dan bukan bid’ah yang sesat.

Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

3082399160_ff483124af

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Doa ku 01

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

b'slmn

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

About these ads

32 Respons

  1. jazakallahukhair atas perkongsian. dah lama ana cari artikel tentang bulan sya’ban ni, dan ana rasa ini agak berlainan dari yg lain tp sgt bermanfaat. salam ukhuwah dari alex, mesir

  2. Syukran ustaz..

    Di kala sebilangan kelompok melihat dari sudut authenticity sumber, tulisan ini menghadirkan semula ghairah beramal yg kian lesu akibat sentimen kebimbangan beramal dgn sumber dhaif.

    Semoga tulisan sebegini dapat diperbanyakkan lagi di waktu mendatang..

    Pencerahan yg amat membantu..

  3. Assalamualaikum ustaz,

    Saya ambil sedikit petikan dari tulisan ini. Izinkan saya.

    Terima kasih.

  4. Assalamualaikum ustaz, mohon izin utk copy artikel di atas. Jazakallah

  5. salam ustaz,
    izin copy..

  6. alhamdulillah…

  7. Assalamu’alaikum ustadz,

    tambahan artikel tentang nisyfu sya’ban

    http://www.aslibumiayu.wordpress.com/tag/syaban

    Mudah-mudahan bisa menambah wawasan kita…

  8. Assalammualikum Wr Wb, Mhn Izin untuk mencopy Artikel Ini, salam dari Kota Banjarmasin…Jazaakallah

  9. salam ustaz…saya mohon ambil semua kata2 ustaz ini untuk tatapan sahabat handai saya.
    terima kasih.

  10. assalam ‘alaikum wr wb…mohon copy n paste gok pada laman blog ana…terima kasih ustaz :)

  11. Alhamdulillah kami hadirkan juga artikel berikut
    klik link: http://kautsarku.co.cc/?p=23
    semoga bermanfaat…

  12. saya merasa terharu apabila ada jemaah surau yg menerima cadangan saya untuk berpuasa bersama dan berbuka bersama pada 14 syaaban (isnin)(selepas disampaikan sedikit tazkirah mengenai syaaban) sebagai mengambil sebhg dari apa yg Rasulullah lakukan.ada seorang jemaah berpuasa terus tiga hari sampai kelihatan letih sedikit.

  13. Very Gooddd

  14. Alhamdulillah..anan nak mohon copy ya ustaz…

  15. bgosss…..sekali…
    sy nk minx izin nk copy ya ustaz…

  16. salam,

    Dalam kekalutan sesetengah golongan berilmu membid’ah-sesatkan amalan-amalan yg dilakukan di masjid2, rencana ini dapat membuka mata kita. Sememangnya amalan2 sunat seperti solat dua rakaat tidak di khususkan untuk malam nisfu syaban ttp hadis sahih tentang kelebihan syaban itulah yang menguatkan hujjah baiknya menambah malan pada bulan sya’ban . Ibadah yg sunat tak perlu dituduh sebagai amalan yg boleh memasukkan kita ke neraka. mohon disebarkan ustaz…T/kasih.

  17. bacalah sahabat-sahabatku….dunia makin tua,kita makin lupa siapa kita denganNya…entah hari ni,esok atau lusa kita akan bertemuNya…..renung2kn wahai sahabat2 yang ak sayangi…

  18. As-salam ust..mohon share ya..syukran..

  19. Assalamu’alaikum…
    Mohon share utk dikongsi bersama2 rakan lain yg tiada internet. Jazakallahu khairan…syukran

  20. assalamualaikum ustaz….
    saya ingin meminta izin utk copy page ni…شكرا

  21. salamun limanittaba al-huda. kirara nisfu itu 14 atau 15, macam mana mau bikin separuh, 14+14=28 mana separuhnya padahal bulan islam hanya ada 29 atau 30 hari sahaja. afwan bukan keritik, jika ianya ijtihad sang mujtahid silakan terus sahaja perpegang dengannya.

  22. huh, semangat nak puasa ari nie….

  23. salam sayang dari saya buat semua umat islam,alhamdulilah dengan ingat mengingatkan membawa seribu makna dan sejuta tanggungjawab sebagai orang islam,terimakasih kepada ustaz memberi peluang untuk kita menghayati betapa indahnya islam dan betapa lalainya umat islam masa kini…..

  24. Reblogged this on ✿ Hijaberella and commented:
    Bacaan sempena mengundang malam nisfu Syaaban. Semoga segala doa dan amalan diterima, dan segala keampunan diberikan. InsyaAllah.

  25. Jazakallahu khairan.. Blogpost yang amat memanfaatkan. Syukran ya Ustadz..

  26. Syukur atas perkongsian ilmu Ustaz..

  27. HARTA YANG PALING BERHARGA.. ILMU

  28. salam..ustaz..tima kasih di atas perkongsian ilmu..ana nk copy n share bersama2 kawan..jazakallah ustaz

  29. Thanks for any other wonderful post. The place else may just anyone get that type of info in such a perfect manner of writing? I have a presentation subsequent week, and I’m on the search for such information.

  30. Tetima kasih.sebab berkongsi fadilat dlm buln syaban.InsyaAllah sya akan berkongsi dgn pljr2 sya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: