AA 17,303 anak luar nikah Melayu didaftar 2009

Isnin, Mac 22, 2010

KUALA LUMPUR 21/03/2010 : Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.

Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran. Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN. Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod. Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Sumber : Mohd Azis Ngah [azis@bharian.com.my] di BHarian 22/03/2010

15 Respons

  1. […] AA 17,303 anak luar nikah Melayu didaftar 2009 […]

    • Kelahiran anak haram di negaran adalah sebahagian natijah sistem pendidikan malaysia yang tidak menepati sistem pendidikan yang dikehendaki Allah swt. Bukan itu saja natijah daripada kesilapan kerajaan memilih sistem pendidikan kebangsaan yang kurang menekankan ilmu deeniah menyebabkan sebahagian besar umat melayu tidak memahami ajaran Islam yang sempurna dan benar.
      Adalah menjadi kewajipan orang Melayu tak kira pandangan politik, hendaklah sistem pendidikan , pelajaran dan tarbiyyah Islam hendaklah dititikberatkan.
      Bukan saja anak luar nikah semakin mencacang dari tahun ke tahun, peratusan orang melayu yang tak solat juga meningkat. Sistem pendidikan kebangsaan tidak mampu melahirkan seorang imam untu keluarga mereka sendiri.
      Kerajaan yang mempunyai kuasa hendaklah mengambil berat perkara ini. Parti Melayu yang menjadi pembangkang hendaklah menjadi badan pendesak bagi sistem pendidikan khas atau khusus untuk memperbaiki darjah pendidikan islami ummah.
      Baru 50 tahun kita merdeka, umah Melayu seumpama sudah mahu tumbang. Ini menunjukkan kerapuhan sistem yang kita amalkan.
      Oleh itu ummah melayu adalah perlukan transformasi kepada perndiakan dan tarbiyyah islam yang lebih mencakupi dan syumul.
      Kamdani Masturi

      • tiada istilah anak haram! anak2 tu x bersalah dan x berdosa. mereka tetap suci. yg berdosa adalah si penzina. jgn dihukum anak itu. hukum la pasangan penzina itu dgn cerdik akal dan agama islam. bukan menghukum dgn sikap marah dan emosi. si penzina adalah golongan yg kurang iman dan kurang didikan agama. maka org2 yg tinggi ilmu agama harus bimbing mereka balik ke pangkal jalan. bukan mghina dan sesuka hati mghukum mereka dan anak yg x berdosa tu. kerana mentaliti masyarakat yg merasakan diri mereka lebih layak masuk syurga Allah, si penzina yg sememangnya lemah iman ini semakin terpinggir dr Islam sehingga muncul kes buang bayi. Macamana agama lain mahu respect agama Islam kalau penganut agama Islam sendiri tidak mahu membantu saudara Islam sendri kembali ke pangkal jalan, tidak mahu membantu menutup aib2 mereka. sesungguhnya kita manusia yg tdk sempurna..ALLAHUALAM

  2. kenapa masalah sebegini kian meningkat? kenapa membina rumah anak-anak luar nikah(anak-anak hasil dari penzinaan yang dibuang oleh ibunya)? hal ini seolah-olah menggalakkan seks bebas kerana meski ada anak sekalipun boleh diletakkan di rumah anak-anak luar nikah. memang kita mahu membendung kes pembuangan bayi tapi tidak membendung pelaku sebaliknya membendung kesan. kenapa tidak menjalankan undang-undang ISLAM yang sebenar? kenapa mesti dipengaruhi undang-undang sivil?

    • anak–anak yang dilahirkan tidak bersalah.

    • membuat sekolah anak nak melahirkan anak luar nikah sebagaimana dibuat di Melaka adalah satu usaha murni bagi membantu orang yang telah terlanjur. Namun ia bukanlah satu penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.
      masalah ini akan terus berlaku dan berterusan. Keterlanjuran adalah di dorong oleh kelemahan iman mempertahankan diri dari godaan syaitan dan nafsu. Malah lebih malang mereka yang terperangkap tidak perasanpun ianya adalah menyalahi adat setempat dan ajaran Islam.
      sya sebagai seorang guru masih mahu meletakkan kesalahan besar kerajaan kerana sejak 50 tahun sistem pendidikan kita adalah tidak menepati KPI syarie.
      Sepatutnya kita jangan layan sangat pendidikan bukan islam dengan pendidikan kebangsaan yang mengabaikan pendidikan berbentuk deeniah.
      Pendidikan Islam yang bersepadu antara deeniah dan akademik hendaklah dijadikan tuntutan utama ummah Melayu. Sementara kita masih punya kuasa hendaklah menekankan ini sebagai satu dasar perjuangan. Jangan gadaikan kejayan ummah bagi kehidupan dunia dan akhirat ummah melayu.
      Melayu mesti jadi pemimpin. Mantapkan pendidikan Melayu dengan pendidikan Islam dan akademik yang bersepadau.
      Jadikan Al Quran dan Hadith sebagai dasar ilmu orang Melayu.
      Ingatlah konsep pendidikan ini bukan saja sesuai untuk ummah melayu. Ia juga adalah sesuai untuk semua ummah Islam tak kira bangsa. Itulah saja jalan penyelesaiannya. tiada jalan lain. Bangkitlah wahai ummah Melayu.
      Janganlah kita perjuangkan ttitk bengek yang tidak memajukan ummah.

    • bayi yang dilahirkan tidak bersalah..mrka msti mdapat didikan dan plindungan yang sama spt ank2 lain..dgn siapa lagi mrk hendak bergantung atau blindung jika tiada rumah plindungan untk anak malang ini?cukup2 lah dgn pembuangan mrk yang myayat hati…mereka langsung tidak bersalah.mrk adalah permata Tuhan.Tuhan menyayangi mereka,kita hambaNYa didunia ini yang serba mewah ini haruslah memberi bantuan kpd mrk wpun sedikit untuk mengisi kekurangan mereka…tidakkah anda sedih apabila melihat wajah mulus mereka yang tidak tahu apa2 dibuang begitu saja?kalau bernyawa,saya masih akan berasa lega kerana ada yang menemui mereka.jika yang dibunuh?bagaimana pula yang masih hidup semasa dibuang tetapi orang ramai lambat menemui mereka sehingga nyawa mereka tergadai sia2 akibat serangan serangga atau binatang liar?

    • tiada istilah anak haram! anak2 tu x bersalah dan x berdosa. mereka tetap suci. yg berdosa adalah si penzina. jgn dihukum anak itu. hukum la pasangan penzina itu dgn cerdik akal dan agama islam. bukan menghukum dgn sikap marah dan emosi. si penzina adalah golongan yg kurang iman dan kurang didikan agama. maka org2 yg tinggi ilmu agama harus bimbing mereka balik ke pangkal jalan. bukan mghina dan sesuka hati mghukum mereka dan anak yg x berdosa tu. kerana mentaliti masyarakat yg merasakan diri mereka lebih layak masuk syurga Allah, si penzina yg sememangnya lemah iman ini semakin terpinggir dr Islam sehingga muncul kes buang bayi. Macamana agama lain mahu respect agama Islam kalau penganut agama Islam sendiri tidak mahu membantu saudara Islam sendri kembali ke pangkal jalan, tidak mahu membantu menutup aib2 mereka. sesungguhnya kita manusia yg tdk sempurna..ALLAHUALAM

  3. Inilah masalah yang melanda sebahagian orang Melayu Islam di Malaysia sekarang ini.Kita tidak boleh mengatakan umat Islam kerana ianya tidak adil bagi yang lain,yang masih kuat dengan iman dan aqidahnya.Kita tak usah ambil tahu berkenaan etnik lain kerana kita tidak tahu pegangan sosial mereka tetapi kita orang Melayu yang beragama Islam harus mengambil tahu kerana ini menggambarkan maruah dan hala tuju kita orang Melayu beragama Islam.Tak usah bising tentang undang-undang sivil,selesaikan dahulu masalah moral anak-anak remaja Melayu Islam yang semakin meruncing hidup tanpa pegangan agama dan maruah diri boleh di perdagangkan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan masa depan.

  4. Nikmat yang sementara tetapi padahnya seumur hidup,baik ibu mahupun anak………. Bapa tiada apa yang di risaukan kerana mereka tidak merasakan
    bagaimana untuk menanggung beban selama 9 bulan 9 hari selain menanggung aib seumur hidup.
    Di dunia boleh lah lepas tetapi bagaimana di akhirat confirm tak lepas punya kecuali taubatnya diterima allah. Fikir fikirkan lah………….

  5. sedih….

  6. Assalamualaikum

    Pada pendapat sayalah makanan dan minuman perlu dijaga,dan sebaik baiknya jangan makan dan minum dikedai orang bukan islam.Alasan saya, mereka2 ni berhadas besar dan kecil,dan wang yang mereka terima untuk membeli bahan2 belum tentu halal,bersih dan suci.Sebaik2nya jangan beri sijil halal pada peniaga2 bukan islam yang mengendalikan makanan dan minuman.Punca makanan dan minuman yang dibuat orang bukan islamlah yang mendorong anak2 Melayu Islam jadi jahat,berzina dan lain.Apabila hati,batin,roh dan qalbu diselaputi makanan dan minuman yang haram dan kotor jadi gelap, jin2 dan syaitan2 senanglah masuk dan bisik untuk melakukan perkara2 yang haram dan berdosa.Bukan tu aja shalat pun terjejas,doa pun Allah tak pandang.Tak percaya juga tanya orang2
    sufi.

    Wassalam
    Roslee
    minuman.

    • Setuju pandangan anta sdr Roslee. Kita kena ambil berat soal halal haram. Jangan saja terima konsep Halal yang dibuat ooleh non Muslim. Kita juga wajib memperjuangkan Halalan Toyyiban produk muslim…Allah akbar..

  7. apew akan jadi kalau ank yg dikndung 2 ditnggungjwb oleh laky yg melalu kan hbungan zina 2. adakah anak 2 still di pnggil anak luar nikah.

  8. Askum..Sape2 yg sudi bg saya anak,walaupun anak x de bpk,sy trima..saya akan trima dgan tangan tbuka,sy akan jaga dia sperti nyawa sy sdiri..saye dah mendirikan rumahtangga dah 1thun lbih,sy blm mpuyai zuriat,nak nak mpuyai anak sbab sy sunyi,apabila suami sy kerja,sy sunyi tiada tman dgn ktawa..sy harap spa2 sudi bg anak kpada sy.tlefon sy atau mz sy,nie no sy..asl sy sibu sarawak. 0135644395;0138133254

Tinggalkan komen