Wajibat 38

ini-jalan-ku-01.jpg 

“Dan sesungguhnya ini jalanKu yang lurus (maka) kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yang lain) nanti kamu akan bercerai berai dari jalanNya. Allah berpesan yang demikian itu supaya kamu bertaqwa” (Al-An’aam:153)

Menerusi blog Ini Jalanku, kita berharap dapat membentuk kefahaman mengenai Islam yang syumul (menyeluruh) dan sedikit sebanyak gambaran Jalan yang harus kita lalui dalam menuju kepada keredhaan Ilahi dan kebahgiaan di dunia dan Akhirat. Namun, kita masih berlegar-legar dalam mendapat hanya gambaran Jalan tesebut. Kita tidak akan ke mana kecuali kita menempuh atau melalui Jalan itu sendiri. Menempuh Jalan adalah dengan memahami Usul 20, Amal 7, Wajibat 38 dan seterusnya yang akan saya bentangkan. Ingat, medan khayal tidak sama dengan medan kata-kata. Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal dan tindakan. Medan amal tidak sama dengan medan jihad. Medan jihad yang salah tidak sama dengan medan jihad yang sebenar yang menuju ke matlamat yang dikehendakki Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

 

Wajibat adalah plural kepada “wajib” bererti kewajipan-kewajipan. Ia bermakna kewajipan-kewajipan yang harus kita lakukan di sepanjang kita melalui atau menempuh Jalan Dakwah dalam menuju kepada Allah swt. Kekurangan atau kepincangan dalam melaksanakannya sering menyebabkan seseorang tergelincir menyimpang dari Jalan sebenar atau berada di dalam Jalan tetapi berhenti di pertengahannya sahaja. Dalam kedua-dua hal di atas, kesudahannya ialah dia tidak kesampaian ke hujung Jalan.

 

TAJUK-TAJUK WAJIBAT 38 

  1. Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
  2. Banyakkan membaca buku-buku Seerah, Hadis, Aqidah, Feqah dan lain-lain.
  3. Jagalah kesihatan.
  4. Jauhi minuman dan merokok yang boleh menjejas kesihatan.
  5. Sentiasa berada dalam kebersihan.
  6. Jangan bercakap bohong.
  7. Jangan memunkiri janji.
  8. Jadilah seorang yang berani.
  9. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
  10. Hiasi diri dengan sifat malu, tawadhuk, sensitif terhadap baik dan buruk.
  11. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
  12. Aktifkan diri dalam kerja-kerja khidmat masyarakat.
  13. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
  14. Mahir dan banyakkan membaca dan menulis.
  15. Berniaga sendiri adalah sifat yang mulia bagi pendakwah.
  16. Bekerja sendiri lebih baik untuk Dakwah dari makan gaji kerajaan.
  17. Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
  18. Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
  19. Jauhi judi dan segala aktiviti pendapatan wang yang haram.
  20. Jauhi riba.
  21. Bantu tingkatkan ekonomi umat Islam.
  22. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk Dakwah dan orang yang memerlukan.
  23. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja.
  24. Praktikkan budaya Islam menggantikan budaya Barat yang dipakai orang ramai.
  25. Jauhkan diri dari kelab dan ideologi yang jauh dari Islam.
  26. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
  27. Sentiasa dalam keadaan bersuci.
  28. Solat dengan sempurna, secara berjemaah di surau atau masjid.
  29. Tunaikan puasa Ramadan dan Haji tanpa lengah jika telah mampu.
  30. Sentiasa rindu Jihad, mati syahid dan membuat persiapan untuknya.
  31. Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
  32. Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
  33. Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
  34. Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
  35. Tinggalkan sikap berpoya-poya dan bermewah-mewah.
  36. Saling berkenalan dan bantu membantu dengan pendokong-pendokong Islam.
  37. Jauhi badan atau kumpulan yang sia-sia.
  38. Sentiasa berfikir dan berusaha menjayakan Dakwah Islam dalam masyarakat.

 

12 Respons

  1. Taubat:- menurut kefahaman kita apabila kita menyebut taubat , di maksudkan apabila sesaorang yang membuat sesuatu dosa baru dapat di peraktikan amalan bertaubat itu. Tetapi bagaimana pula Rasullullah yang maksum dari segala dosa , baginda sentiasa bertaubat sekurang-kurangnya 70 kali sehari? Jadi pengertian taubat bermaksud lebih jauh dari setakat berdosa sahaja. Ini bermakna ia bermaksud kembali kepada Allah atau redha dan mengharapkan keredhaan Allah secara menyeluruh. Kembali dengan penuh keinsafan , takarop , hanya melihat kepada Allah semata didalam kehidupan ini dengan bersyahadah kepada Allah, Tuhan yang maha Agong. ” La ilaha illallah” Buat apa yang di suruh dan tinggal segala yang di larangNya. Taubat itu berpanjangan selagi kita hidup di alam ini bukan perkataan yang bermain di bibir saja. Perbuatan kita memperlihatkan bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Itu yang di maksudkan “Kembali kepada Allah” — wallahu alam

  2. assalam…

    erm.. nak minta pandangan…
    erm…ana dalam masalah~omputih kate taradud..orang melayu kate ~turning back

    erm…er.. boleh ustaz berkongsi dengan kawan ana~

    1) beliau cube buat big picture dan framekan timeframe beliau~ tapi ..tapi…tapi.. musykilah~

    2) mungkin terlalu nak perfect dan terlalu BIG picture

    3) how to nak train hati dan jiwa macam ni ye?

    beliau berada di salah sebuah Universiti Islam, Tahun pertama, Kursus Syariah Islamiah.

  3. tentang yang ke2 itu, saya agak ragu.. buku2 feqah pula bagaimana lantaran banyaknya buku2 feqah yang berlainan mazhab.. tanpa guru, bukankah itu agak berbahaya? minta pandangan ustaz.. saya suk baca buku sirah dan hadis akan tetapi tidak berani untuk membaca buku feqah melainkan melalui guru

  4. checklist yg membina bagi kewajipan seorang Muslim

  5. Salamun’alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.
    Kitab Suci ialah Kitab Tuhan.
    Selain dari itu tidak disebut Kitab Suci.
    Maka yang boleh menyucikan mestilah Yang Suci.

    Hadis perlu mendapat pengesahan Rasulullah SAW.
    Jika tidak semuanya boleh perdaya dan ianya berita bohong.

    Rujuk Surah Luqman: ayat 6
    Rujuk Surah Al-Mursalat: ayat 50

    Sekian. Wassalam.

  6. Asalamualaikum ustaz.Saya banyak copy artikel ustaz untuk rujukan sendiri dan org lain.Harap ustaz halalkan.Insyallah saya akan letak link sumber asal.
    Jazakallah .

  7. […] menulis dan membaca adalah antara 38 wajibat akh yg perlu dikuasai oleh seseorang muslim dalam pembentukan peribadi islami yg sejati. Oleh itu, […]

  8. salam ustaz. Ana baca dalam fi ‘afaqi ttalim ada 40 katanya, tapi xsure plak macamna. Syukran ustaz.

  9. salam alaik ustaz,

    Kat sekolah ana bljr hadith. Then, muallim yg ajar ana tu, die kate as-sobaru minat taqwa. Persoalannyer, adekah btol yg muallim ana tu ajar. Setahu ana sabar itu separuh dari iman. Syukran ustaz

  10. Asalamualaikum ustaz.ana banyak copy artikel ustaz untuk rujukan sendiri dan org lain.Harap ustaz halalkan.Insyallah ana akan letak link sumber asal.
    Jazakallah .

Tinggalkan komen