Keluarga

Laman “KELUARGA” atau “BAIT MUSLIM” ialah laman memaparkan artikel mengenai pembinaan rumahtangga Islam. Keluarga adalah unit terpenting dalam sesebuah masyarakat. Jika ia teguh dan berjaya, maka pembentukan sebuah Masyarakat Islam yang akan mendokong Negara Islam akan menjadi teguh dan berjaya. Sebaliknya jika rosak keluarga, maka rosaklah negara. Sebuah Bait Muslim tidak mungkin boleh dibentuk melainkan oleh pasangan dari Individu-individu Muslim yang telah terbentuk dengan baik. Oleh itu mendidik atau mentarbiyah individu adalah proses dan kerja yang paling asasi didalam Dakwah Islam dan perjalanan sesebuah organisasi yang ingin mencapai cita-cita Islam.

Semoga dengan laman “KELUARGA” akan membantu usaha-usaha ini. Sebarang perkongsian dari tuan puan dan saudara saudari sekelian adalah amat-amat dihargai.

Ustaz Halim  www.inijalanku.wordpress.com

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1) Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


2) Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu.”

3) Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4) Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

5) Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

6) Wanita Syadaqah :
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

8 Respons

  1. insyaallah isteri saya tidak sedemikian

  2. sedang mencari isteri untuk dijadikan kekasih, bukan kekasih untuk dijadikan isteri..

  3. yg ketiga, seorang isteri tidak boleh meluahkan perasan sayang kpd anaknya walaupun dari suami lain kenapa?

  4. ustz… ada tak doa tertentu utk anak2 yang malas…
    malas dari semua segi…tk

  5. assalammualaikum ustaz,
    mohon kos terkini umrah

    -Mariam Salleh- group Umrah ustaz Mei-Jun 2000

  6. Alhamdulilah, saya sangat berterima kasih dengan perkongsian 6 wanita yang tidak patut di kahwini. Alhamdulilah jika para suami telah mengahwini wanita ini, suami patut membimbing jika ingin mencari kekasih yang dikasihi, Bawalah isteri mencari ilmu akhirat. Insaallah yang di cari pasti di miliki…Insaallah

  7. sy mohon kongsi ilmu ini

Tinggalkan komen