Ceramah balu Asy-Syahid Dr Aziz Ar-Rantisy HAMAS di Dewan MPS, Seremban (Rabu 25/3/2009) anjuran ISMA NS

sayap-kiri-perjuangan

Esok Rabu 25/3/2009, pukul 2.30 petang, ISMA NS menganjurkan satu ceramah umum “CINTA & AIRMATA WANITA PALESTIN” oleh Ustazah Rasya Al-Adluny, balu Asy-Syahid Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisy, bekas Ketua Umum HAMAS bertempat di Dewan MPS (Majlis Perbandaran Seremban), Negeri Sembilan. Masuk adalah percuma. Semua muslimat (sahaja) dijemput hadir. 

Kini selesai sudah tugasku“, kata Dr Aziz Ar-Rantisy, dengan muka berseri, kepada Rasya bila dia menyerahkan saki baki wangnya kepada isterinya setelah anak terakhir mereka baru melangsungkan perkahwinan dan dia juga telah selesai membayar semua hutang-hutangnya. Sebaik suaminya keluar dengan kereta, Rasya mendengar dentuman kuat. Suaminya dijemput syahid oleh Allah.

Sebaik dipilih menjadi Ketua Umum HAMAS menggantikan Ustaz Ahmad Yasin yang dibedil syahid, diantara soalan yang diajukan ialah kesediaannya memikul jawatan yang pasti menjadi sasaran selanjutnya oleh bedilan peluru berpandu Israel yang mahu menguburkan perjuangan HAMAS dengan membunuh para pemimpinnya. Dr Aziz Rantisy menjawab dengan ungkapannya dalam bahasa Inggeris yang masyhur, It’s death whether by killing or by cancer; it’s the same thing. Nothing will change if it’s an Apache (helicopter) or cardiac arrest. But I prefer to be killed by Apache”. 

Di sebalik kehebatan seorang lelaki yang bergelar pejuang, pasti ada di sisinya seorang wanita sebagai pendorong dan sumber inspirasi. Begitu juga dengan As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi, tokoh pimpinan HAMAS yang syahid akibat bedilan Apache oleh tentera Zionis Israel. Justeru Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan sukacitanya menjemput seluruh kaum muslimat untuk mendengar sendiri cetusan rasa dan perkongsian pengalaman oleh Puan Rasya al-Adluni (balu kepada As-Syahid Ar-Rantisi) dalam program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin”.

Selain Puan Rasya, program yang dibawakan bersama oleh Biro Wanita ISMA dan Aman Palestin ini turut menampilkan seorang lagi tokoh muslimah Palestin iaitu Umi Nadia Al-Ahsy, isteri kepada Dr. Musa Muhammad Abu Marzuk (Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS). Maklumat lengkap program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin” adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 25 Mac 2009 (Rabu)
  • Masa: 2.30 petang
  • Tempat: Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Seremban, N.Sembilan
  • Masuk: Percuma
  • Anjuran: Biro Wanita ISMA & Aman Palestin

Program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin” ini adalah khusus untuk golongan wanita sahaja. Hadirlah beramai-ramai ke program ini bagi mengambil peluang untuk menyingkap kisah suka-duka kehidupan kedua-dua tokoh muslimah Palestin di atas yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada nadi perjuangan pembebasan tanahair Palestin. Untuk pertanyaan  dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustazah Norlida bt Kamarudin (019-2757312), Ketua Wanita ISMA Negeri Sembilan.

8 Respons

  1. Subhanallah… Menariknya!!!!

    Ustaz, nanti mintalah ustazah rakamkan.. boleh berkongsi dengan kami di bumi Australia ni..

  2. ada dibuat rakaman video tak?
    kalau ada mungkin ustaz boleh uploadkan di web ni utk perkongsian semua.

    pasti sangat bermanfaat. 🙂

  3. Boleh ke meletakkan perkataan asy-Syahid depan nama orang?Bukan ada larangan daripada ulama Hadith ke? siapa kita nak tentukan orang itu syahid atau tak melainkan hanya Allah yang tahu. Umar dan Uthman kedua-duanya syahid dengan kesaksian Rasul lagi, namun apabila hadith diriwayatkan daripada/mengenai mereka, tak pernah kita dengar ulama hadith sebut, “Daripada asy-Syahid Umar r.a….” wallahua’lam.

    • Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Barangsiapa terbunuh kerana agamanya, dia syahid. Barangsiapa terbunuh kerana hartanya, dia syahid. barangsiapa terbunuh kerana kehormatannya, dia syahid”. Dr. A Aziz Ar-Rantisy dibunuh oleh Kerajaan Israel kerana agama dan perjuangnya, maka dari hadis tersebut, dia dan orang2 seumpama beliau adalah syahid yang jelas, dari segi hukum zahir. Adapun samada Allah swt menerimanya sebagai syahid, itu hak Allah swt. Itu hanya gelaran & penilaian zahir manusia. Tidak salah. Al-Aslu fil umuur Al-Mubah (Asal dalam tiap perkara adalah mubah). Begitu juga penilaian manusia sesiapa yang balik dari Mekah musim Haji adalah dipanggil Haji, contohnya Haji Abu. Itu hanya gelaran & penilaian zahir manusia, samada haji Haji Abu itu mabrur diterima Allah atau sebaliknya, itu hak Allah swt, bukan bidang kita sebagai manusia. Setakat ini, belum ada larangan Majlis Fatwa melarang penggunaan gelaran Haji dengan hujah tak tahu Allah terima hajinya atau tidak, mabrur atau tidak. terima kasih.

  4. Oh, begitu. Jazakallahu khairal jazak Ustaz atas penjelasan dan pencerahan.

  5. salam. harap klu ada rakaman minta disebarkan & umumkan.
    sebarkan utk islam & palestin. syukran.

  6. Masyaallah, satu ceramah yang pasti menggegarkan, ayuh semua, jangan lepaskan peluang, harap ISMA NS dapat rakam dan videokan program ini

  7. halaman blog masjid berangan selising pasir puteh kelantan

Tinggalkan komen