Kisah benar: Aku, Lim & Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

“Allah menyukai seorang apabila di bekerja sesuatu pekerjaan, dia akun dan mahir dalam pekerjaan itu” (Hadis).

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

AF merekrut idola-idola baru pelapis dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia, jauh dari ciri-ciri idola para Sahabat Rasulullah saw.

Rentak Juara 2010 juga merekrut idola-idola baru untuk generasi harapan umat, jauh dari ciri-ciri idola Ali bin Abi Talib ra, Usamah bin Zaid ra, Asmak dan Aisyah binti Abu Bakar ra dan pemuda pemudi seumpama mereka di zaman Rasulullah saw.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

9 pemuda Melayu didakwa rogol seorang gadis 15 tahun.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

2 ibu membuat lapuran polis 2 anak gadis tingkatan 2 mereka tidak pulang ke rumah.

Ketiga-tiga remaja perempuan tingkatan 2 tersebut akhirnya ditemui oleh polis di Georgetown bersama dengan 2 orang lelaki. Pemeriksaan hospital telah dibuat keatas wanita-waita tersebut.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul  tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Konsert Wings & Search dihadiri 20 ribu penonton kebanyakannya Melayu.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Bayi Melayu dibuang berdekatan lampu isyarat di persimpangan jalan utama. Bahkan ramai bayi Melayu dibuang merata-rata tanpa belas kasihan.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Benarkah pepatah Melayu mengatakan “Menang Sorak Kampung Tergadai” ? Kalau benar pepatah warisan, siapa yang bersorak, apa yang tergadai ?

Tanjong Pagar, baki terakhir wilayah milik Islam Malaysia di negeri Temasik yang tergadai dan menjadi milik Singapura pada tahun 2011 depan.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

<Kisah benar ini kiriman seorang ahli jemaah Masjid al-Munawwarah. Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am>


Sebahagian pengajaran dari kisah benar di atas ialah :

  1. Ramai orang Melayu Islam di Malaysia gagal memahami hakikat kelahiran mereka di dunia ini, iaitu untuk menjadi pendakwah dan contoh tauladan kepada masyarakat dan umat yang lain. “Demikianlah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi-saksi (pembawa risalah Islam) keatas manusia lain, dan Rasul menjadi saksi (pembawa risalah Islam) keatas kamu” (Al-Quran).
  2. Bahkan lebih asas dari itu ramai orang Melayu di Malaysia yang gagal memahami dan menghayati Islam itu sendiri, sedang mereka dilahirkan siap beragama Islam dan pergi sekolah setiap hari sejak kecil.
  3. Apabila Lim mendapat cahaya Islamnya di Amerika, ini menunjukkan betapa di sebuah negara Barat lagi Kristian, terdapat orang-orang Islam di sana walaupun dari kalangan minoriti yang bekerja keras menunjukkan kepada manusia akan jalan kebenaran, berbanding dengan ramainya orang Melayu yang majoriti di negara Malaysia.
  4. Lim sangat memahami firman Allah swt di atas. Oleh itu beliau menyebut perkataan ” .. aku akan dakwa semua orang melayu Islam di dalam kampung kita … “. Setiap insan yang diamanahkan untuk menyampaikan Islam dalam bentuk perkataan (mengajak) dan perbuatan (contoh teladan), tetapi tidak menunaikan tugasan dan tanggungjawab tersebut, boleh bahkan akan didakwa oleh Allah swt kelak di Hari Kiamat. Mereka juga menjadi orang-orang yang didakwa oleh orang-orang sekeliling mereka yang tidak mendapat Risalah ini sedang mereka berjiran, berkawan dan berkenalan.
  5. Lim seorang yang sangat menghargai Islam yang dimilikinya serta seorang yang bekerja keras demi mencapai cita-cita. Dalam masa 5 tahun sahaja, beliau telah mengislamkan 20 orang termasuk ada dari kalangan adik beradiknya sendiri.  Jika orang Melayu tidak dapat mengislamkan 20 orang kafir untuk menyayingi Lim dalam perkara kebaikan, apa kata mereka berusaha mengajak 20 orang Melayu Islam ke masjid dan kuliah-kuliah agama ? Atau mereka sendiri telah jauh dari mengunjungi rumah-rumah ibadat kepada Allah swt ? “Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan surau dan masjid ALlah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat” (Al-Quran).
  6. Ramai orang-orang Melayu hari ini membandingkan prestasi hidup sesama mereka dengan nilaian material seperti saiz dan rekabentuk rumah dan perhiasan, jenis kereta dan jumlah harta terkumpul, tetapi sepatutnya mereka membanding-banding sesama mereka sejauhmanakah prestasi projek Dakwah yang masing-masing sedang usahakan seperti majallah, tadika Islam, pusat tahfiz, rumah kebajikan dan anak yatim, pembinaan masjid dan surau, penganjuran kuliah dan kursus agama di masjid , surau dan institusi-institusi, projek kesenian Islam seperti merekod nasyid, pementasan dan kebudayaan Islam, penulisan artikel, cerpen, buku, novel dan blog Islam serta banyak lagi projek-projek Islam yang menanti dan boleh mereka lakukan demi berdepan dengan projek pemusnahan akhlak umat yang sedang dan berjaya dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam berbagai bidang kehidupan moden hari ini.

Semoga Allah swt memelihara kita dari kemurkaanNya lantaran kealpaan dan kelalaian ramai masyarakat kita dari tanggungjawab mereka sebagai hamba ALlah. Moga Allah memilih kita sebagai pendokong-pendokong agamaNya selagi nyawa belum bercerai badan. “Ya Allah jangan Engkau palingkan hari-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmatMu. Sesungguhnya Engkau sangat suka memberi” (Al-Quran).

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wordpress.com

49 Respons

  1. kekadang saye rase rendah diri biler nak berdakwah dengan org bkn islam. bukan ape, org melayu kan terkenal dgn buang anak, nagih dadah, rasuah.

    terima kasih atas posting diatas, saya cuba jugak utk berdakwah dgn org bkn islam kat opis ni.

  2. masya-Allah!aduh terpukul juga baca kisah ni.
    mohon share ye ustaz…

  3. teruskan usaha yang murni ustaz 🙂

  4. saya sebak dan berasa terharu bila baca posting..moga2 allah mengampuni aku dan memberikan hidayah ……….

  5. terimakasih, imformasi yang baik. Melayu lemah kerana tidak berpegang kepada ajaran Islam dan meninggalkan jihad bagi mempertahankan ilmu dan aqidah umat ini.

  6. saya copy link ni masuk fb.. 🙂

  7. sabas ustaz, teruskan perjuangan dan jgn kita lena dibuai dengan fahaman sekular 1 malaysia.

  8. Maka apalah dosa bagi kita yang menyampaikan? Kerana itu adalah tanggungjawab, apakah perlu rasa malunya?

    Yang melakukan maksiat, benar dan sedih sekali, saudara seaqidah dari bangsa melayu. namun, tidak bermakna kita perlu merendah diri kepada perkara tersebut? Hendaknya kita meletakkan seberapa daya upaya kita untuk mendekati saudara2 yang terutama sekali tempatnya untuk menerima dakwah.

    Benarkah kita sayangkan saudara kita? Saudara seaqidah?

    Ada kala kita sibuk ingin menyampaikan dakwah kepada yang bukan muslim, namun, tanggungjawab utama untuk mengingatkan saudara seaqidah kita sering terpesong dan diabaikan. Di mana tanggungjawab kita? Di mana sifat amanah kita?

    Tatkala tanggungjawab kita kepada saudara seaqidah kita tak mampu kita nak laksanakan, tak usah bermimpi mahupun berangan-angan untuk berani menyampaikan dakwah kepada yang bukan muslim.

    Muhasabah… Muhasabah…

  9. Salam ustaz.
    saya nak mintak pendapat dari ustaz. saya bersemngat jugak pasal berdakwah utk org2 bukan islam ni. saya jugak berhasrat la untuk cari org bukan islam dan berdakwah dan mengahwininya. tapi bila2 saya pikir balik, saya tgk org yg ilmu agama die tgi pun tak ramai plak nak cari isteri yg mualaaf macam hasrat saya ni.so, biler sy pikir2 pasal tu, semngat saya jadi luntur. yer lah.ilmu agama saya ni takde la tgi sgt.pastu nak berdakwah dan ajak org masuk islam plak.macam terbalik ah plak kan.so saya nk mintak pendapat ustaz la, perlukah saya meneruskan hasrat saya ini.??sebab mmg saya betul2 berhasrat utk mengahwini seorang muallaf. diharap ustaz dapat kasi pendapat dan nasihat2 untuk saya yg kerdil ini.

    wasalam

    • Waalaikumsalam wr wb

      Jika muallaf yg kita kahwini itu mempunyai semangat yg tinggi untuk mendalami dan menghayati Islam, nanti dia akan lebih baik dari ramai orang yg asalnya Islam. Petunjuk ditangan Allah, Dia memiliki hati-hati manusia. Us Halim.

  10. saya pernah mencadangkan disatu forum web-site dan saya ingin mengulanginya disini.

    saya mohon agar pengajian mengaji AlQuran dijadikan matapelajaran wajib bagi pelajar islam.

    Semasa darjah 1 mereka diajar mengenal huruf sehingga mereka diwajibkan khatam AlQuran semasa peperiksaan SPM.

    mana pelajar yang gagal matapelajaran mengaji AlQuran dikira gagal Sijil Pelajaran Malaysia bagi pelajar muslim kerana ianya dijadikan matapelaran wajib.

    Baru-baru ini TPM @ Menteri Pendidikan telah mewartakan mata pelajaran sejarah sebagai matapelajaran wajib bermula tahun 2013. Ini supaya anak-anak Malaysia kenal akan sejarah mereka

    Tapi bagaimana dengan anak-anak islam malaysia yang yang akan ditanya nanti apakah kitab ikutanmu-jawapannya AlQuran kitab ku.

    Bagaimana mereka menjadikan AlQuran itu kitab ikutan mereka,sedangkan mereka tidak diajar dibangku sekolah.

    Sesiapa warga islam yang hendak anaknya tamat membaca Quran harus berusaha sendiri.Itu baru cuba untuk tamat Quran belum lagi untuk membaca,mengkaji dan menjadikan Quran supaya sebati didalam diri setiap insan Islam diMalaysia.

    Kalau kita tidak dapat menjadi perkara yang penting ini sebagai satu halatuju sistem pelajaran kita di Malaysia, bagaimana kita hendak membentuk anak-anak kita yang islam,melayu kita yang islam menjadi ikutan bagi bangsa lain kerana kita adalah bangsa yang gagal menanamkan kitab AlQuran didalam sanubari setiap Islam di Malysia ini.

    Islam itu agama ku .. betul kita islam sekarang ..AlQuran itu kitab ku.. baca lah Quran kalau pandai… adakah anak-anak kita pandai baca AlQuran kesemuanya…

    Kalau ada yang tak pandai … maaflah sebab tulisan saya panjang membebel… ini lah soalan yang akan dijawab oleh semua Ulamak,Ustaz dan Cendiakawan Islam diMalaysia dipadang Masyar nanti… insyaallah.

  11. bagaimana boleh share artikel ni di Facebook?

  12. assalamualaikum ustaz dan pengunjung blog ini…
    saya ada kemusykilan disini…
    saya sekarang sedang belajar di luar negara.jadi soal pemakanan halal dan haram adalah sangat2 dititik beratkan(sama juga di malaysia).cuma masalahnya kadang kadang kalau saya terbeli gula-gula contohnya..biasanya saya akan membaca dulu kandungan di dalam nya..sekiranya tidak ada bahan2 daripada binatang atau meragukan barulah saya akan beli, tetapi jika saya tersalah beli sudah tentulah haram hukumnya unutk memakan. apakah tindakan terbaik untuk saya , adakah saya terus membuang makanan tersebut sedangkan membazir itu amalan syaitan atau saya memberi kepada teman non muslim saya untuk dia makan(pilihan saya untuk memakannya tidak ada)..
    kerna saya ada terdengar teman2 bercakap adalah haram dan berdosa memberi makanan yang ada sumber haram kepada non muslim..(seperti kes gula gula tersebut )
    saya masih bingung..diharapkan ada yang sudi membantu saya menyelesaikan masalah ini..

  13. memang menginsafkan

  14. klu sungguh2 nak berdakwah ikut sahaja jemaah tabligh insyaalah akan merasai bagaiman pahit maung seoron pendakwah

  15. Allahuakbar…berpeganglah atas nama Islam bukan atas nama bangsa. Insyaallah kita pasti berjaya

  16. Terima kasih….ustaz….saya tak berapa pandai berdakwah….tapi saya cuba menujukkan sikap yg baik….kerana umat melayu ni….agak lalai dalam peraturan dunia dan akhirat….dengan contoh yang baik….saya yakin usaha saya akan berjaya….satu lagi saya sering pinjamkan buku-buku sejarah Nabi, para sahabat…Pejuang-pejuang Islam….sejarah perang salib….Alhamdulillah sahabat-sahabat non-muslim minat utk lebih mengetahui…..masalah yg timbul sekarang….ialah umat islam malu menujukkan cara Islamk sebenar….semoga usaha saya dan sahabat-sahabat non muslim saya…mendapat hidayah….sama-sama kita berdoa ya ustaz…

  17. Dimana silapnya. Marilah kita kembali kepada jalan Allah

  18. Sedikit pandangan, mengajak org non muslim adalah wajib..tetapi kita kena lebih fokus kepada ahli keluarga,jiran, dan rakan2x..saya tidak menafikan kepentingan dakwah kepada non muslim..alhamdulillah kawan saya dari form 1(10taun lepas) dah revert Islam..dalam masa sama saya msih bina hubung dgn rakan2 non muslim yg lama..tapi saya akan LEBIH FOKUS kepada org Islam utk mengajak mereka kembali ke penghayatan agama semula…So,utk dakwah non muslim…dari pengalaman saya,CURILAH PELUANG berdakwah kepada mereka masukkan berdakwah kepada mereka adalah sebahagian AGENDA HIDUP kita..dalam masa sama..LEBIH FOKUS kepada org MELAYU..sebab jika MELAYU ok,insya Allah ramai yg akan follow..INSYA ALLAH…-susah nak terangkan sebenarnya..nak xnak kena cuba try n test…bersama-sama MEMBINA GENERASI HARAPAN,,,

  19. patut difilemkan / dijadikan drama bersiri ke, betul2 tersentuh hati dibuatnye, daripada tajuk je dah menunjukkan perkauman tetapi isi cerita memang patut apa yang dikatakan seorang yg bernama LIM . memang terkedu/terduduk dibuatnye. Pengarah kat malaysia ni, yang saya perhatikan yang benar menjiwai islam bukannya org islam “pure”, yang benar2 menghayati islam ialah PENGARAH MURALI, saya sangat suka cerita2 yg diarah olehnye,

  20. […] Kisah benar: Aku, Lim & Islam Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat […] […]

  21. Salam…boleh ke sy nak minta email ustaz sbb sy juga telah memeluk agama islam dah agak lama sgt tetapi masih tak tahu macamana nak terangkan kpd ibu, abang & kakak saya. Disini biar sy jelaskan sedikit perihal keluarga sy
    Saya (islam)
    abang(budist)
    kakak(kristian)
    Sy harap sgt dpt berbincang dgn ustz & mungkin dpt membantu sy dlm hal ini

  22. Salam.
    Teringat ketika penghujung 80an dan awal 90an. Masa tu tabligh tengah rancak di seluruh negara. Ramai remaja dan org muda memenuhi masjid2 dan berdakwah. Malangnya mereka ini dipandang serong oleh bukannya oleh orang bukan islam, tetapi oleh orang islam sendiri. Yang paling sedih dihina oleh para ustaz2 dan imam2 masjid dan surau. Kan bagus kalau mereka2 ini yg mengaku beriman dan berilmu ini buat kerja ni. Takdelah ramai bebudak merempit dan melepak tak tentu arah. Sekarang ni bila ramai remaja jauh dari agama, kenapa puak2 ustaz ni berdiam diri? Menuding jari kearah orang lain.

    • Salam Mukhsin,

      Saya kurang setuju dengan ayat terakhir itu…”mengapa puak2 ustaz ni berdiam diri?”

      yang akan disoal diakhirat kita semua (org islam) termasuklah engineer, doctor, guru, askar, tukang kebun, pemandu teksi…dan ramai lagi…termasuklah saya insan biasa ini…

      Ini tangungjawab bersama…insyallah boleh diusahakan…

  23. Salam,

    dunia nak kiamat, sabar lah~ 🙂

  24. TERUS KN USAHA YE USTAZ…

  25. SALAM…
    TERIMA KASEH ATAS CERPEN INI…SY AMAT
    KESALI DENGAN ORG MELAYU NIE…
    SELAMAT HARI RAYA HAJI…
    TERUS KN USAHA USTAZ ITU YE…
    WASSALAM….

  26. Maksud Ayat:

    Dan (Ingatlah) Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya pada serba-serbinya). DAN JIKA KAMU BERPALING (DARIPADA BERIMAN, BERTAQWA DAN BERDERMA) DIA AKAN MENGGANTIKAN (KAUM) KAMU DENGAN KAUM YANG LAIN (YANG MANA KAUM) SETELAH ITU TIDAK AKAN BERKEADAAN SEPERTI KAMU.

    (Muhammad : 38)

  27. […] Sumber: Inijalanku.wordpress.com […]

  28. izin share dalam fb ya ustaz..

  29. t k atas cerita di atas! moga kita semua mendapat rahmat dari Allah swt amin

  30. ustaz, saya ade ramai kwn2 yg bkn islam di tmpat sya menetap di subang jaya..sudah lame niat saya nk bwa mereka msuk islam..tp bile memikirkan kwn2 melayu saya yg sememangnya islam brakhlak kafir, malu x trkata saya..bukanlah sya ni btl2 baik sbgai org muslim tp sekurng2nya sya cube sntiase mmperbaiki diri..saya sgt malu bile kwn2 bkn muslim brtanya “knp org melayu x pakai tudung? knp org melayu pergi clubbing? knp org melayu x semayang jumaat??” mne x nye saya rse nk tanam muke ni memikirkn org bukan islam sndr lbh tahu perihal ape yg ptt nya org islam amalkn….tp lps bace article ni sya agk brkeyakinan sikit tuk mulakan prlahan2 proses dawah ni…

    • mohon saudara menulis dengan penuh teliti..ttg ayat ini..
      “tp bile memikirkan kwn2 melayu saya yg sememangnya islam brakhlak kafir, malu x trkata saya”
      Perkataan kafir tidak bleh digunakan atau kita senang2 melabelkannya kepada sesebuah kelompok atau individu..Allahu’alam

  31. menitis air mataku……..

  32. salam

    boleh saya tau lim menuntut di mana sewaktu di USA?

  33. […] Aku, Lim & Islam. Kamu tak terpukulkah..? […]

  34. […] hayati kisah ni, semoga kita sama-sama mendapat manfaat […]

  35. assalamualaikum..

    saya masih lagi mendalami dan cuba berubah islam pada diri untuk menjadi mukmin pada-Nya.
    InsyaAllah..
    izinkan saya ikut webpage ini…

    assalamualaikum

  36. nk mntk izin nk share,bleh ye?

  37. salam tuan…
    hampir bergenang air mata saya membaca artikel tuan. alangkah lalai dan lekanya diri ini yang lahir sbg Islam,tapi setakat manakah Islamnya diri sendiri? terima kasih kerana berkongsi sebuah artikel menarik utk muhasabah diri.

    Moga Allah memberkati tuan dan keluarga. moga Allah memberi petunjuk pada sekalian umah Islam. mudah mudahan kesan bacaan artikel ini akan berkekalan. Amin..

    Jazakallah…

  38. terlampau jauh diriku disisimu ya allah

  39. sronok bc,sya sndri pown x mmpu nk dkwah …….doakan sya agar mmpu brdkwah wlupun sy bkn pendkwah…..

  40. citer copy paste

  41. mohon share ustaz. terima kasih.

Tinggalkan komen