Pendirian terhadap pembunuhan Usamah bin Laden

Usamah bin Laden

Dunia telah merasa dan umat Islam sendiri telah banyak merana akibat serangan media antarabangsa yang sengit kearah mengaitkan Islam dengan keganasan (terrorism), menyifatkan umat Islam sebagai pengganas dengan mengaitkan Peristiwa 11 September dengan Tanzim Al-Qaedah.

Hari ini Presiden Obama telah mengumumkan kejayaan pasukan khas Amerika melakukan pembunuhan keatas Asy-Syeikh Usama bin Laden dan beberapa pengiringnya.

Asy-Syeikh Usamah bin Laden

Jika benar seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Obama tersebut, dengan tegas kita nyatakan bahawa kita menolak penggunaan kekerasan secara am dan bentuk pembunuhan sedemikian. Sebaliknya kita menuntut sebarang kesalahan hendaklah dibawa pelakunya ke muka pengadilan di mahkamah yang adil.

Amerika menceroboh dan menjajah Afghanistan.

Kita meminta semua pihak di seluruh dunia, lebih-lebih lagi rakyat dan pemerintah dikalangan umat Islam agar berhenti dari mengaitkan Islam dengan keganasan, menjernihkan kembali gambaran-gambaran yang salah yang sedikit sebanyak telah menjadi sebati sejak bertahun-tahun yang lalu.

Kita menegaskan bahawa Penentangan yang sah terhadap sebarang bentuk pencerobohan dan penjajahan asing terhadap mana-mana negara adalah suatu hak asasi yang selari dengan undang-undang yang dibenarkan oleh Agama-agama Samawi dan Ketetapan-ketetapan Antarabangsa. Usaha kotor dengan cara mencampuradukkan diantara Penentangan yang sah dengan keganasan yang menyimpang terhadap insan-insan yang tidak bersalah adalah suatu strategi dan usaha yang disengajakan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya pihak Zionis.

“Mereka (orang-orang kafir) akan terus memerangi kamu (uamt Islam) hingga mereka dapat memurtadkan kamu sekiranya mereka mampu …” (Al-Quran).

Selagimana masih ada penjajahan kuasa asing ke atas sesebuah negara, maka selagi itulah akan terus ada Penentangan yang sah terhadap pencerobohan dan penjajahan tersebut. Oleh itu hendaklah Amerika, NATO dan Kesatuan Eropah segera mengumumkan berakhirnya pencerobohan dan penjajahan mereka keatas Afghanistan dan Iraq, serta mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin yang sah.

Ustaz Halim    http://www.inijalanku.wp.com

9 Respons

  1. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya mengutip perkataan Mantan Presiden Kuba Fidel Castro yang mengeluarkan pernyataan kontroversial. Castro mengatakan pemimpin Al Qaeda Osama Bin Laden adalah agen badan intelijen Amerika Serikat (CIA).

    Bin Laden selalu dipanggil dan dibayar tiap kali mantan Presiden AS George W Bush membutuhkannya. Menurut Castro, Bush membutuhkan Bin Laden untuk menakut-nakuti dunia.

    Castro mengaku mengetahui hal ini setelah membaca dokumen yang diposting di ‘Wikileaks’. Dia juga menuduh Bin Laden bekerja untuk gedung putih. “Bush selalu didukung oleh Bin Laden, dia adalah bawahan Bush,” kata Castro.

    Menurut Castro, setiap saat Bush ingin menebar rasa takut dan membuat pidato soal itu, Bin Laden akan muncul dan mengancam orang dengan sebuah cerita tentang apa yang dia lakukan.

    Castro juga mengatakan ribuan halaman dokumen rahasia milik pemerintah Amerika yang dimuat di Wikileaks itu juga menunjukkan siapa pemimpin Al Qaeda yang benar-benar bekerja.

    Castro membuat pernyataan ini setelah bertemu dengan Daniel Estulin, penulis tiga buku tentang rahasia Bilderberg Club, sebuah klub rahasia yang memanipulasi ekonomi dan sistem politik. Anggota klub ini bekas Menteri Luar Negeri Amerika Serikat, Henry Kissinger, pejabat eropa terkemukan dan para eksekutif bisnis.

    bisa ditengok di : http://www.tempointeraktif.com/hg/amerika/2010/08/29/brk,20100829-274769,id.html

    atau http://monitorindonesia.com/2011/05/osama-bin-laden-agen-cia/

    • Terima kasih atas perkongsian dari saudara. Harap ianya bermenfaat kepada pembaca-pembaca INIJALANKU. Teruskan menyumbang untuk membuka minda. Us Halim.

  2. Allahuakbarr

  3. Salam,
    pada pandangan teman,gambar kematian osama nmpk spt gambar super impose.nk dikuatkn lg dgn apa yg digemburkn oleh m.more:
    1)osama kwn baik n classmate si w.bush
    2)adalah bekas cia yg ditaja oleh u.s dulu utk perang ngan soviet di afghan
    3)nape lk nk kebumikn kt laut?alasan yg diberi xmunasabah.
    4)Nape xtangkap n dimalukn spt saddam sblm dibunuh?
    Ni semua konspirasi n only like cold war to show yg u.s mmg power.like obama said,u.s can do everything.
    Tp jika btul perjuangan n kematiannya..Al-Fatihah.sempoga roh nya dicucuri rahmat Allah.
    N sememangnya u.s & sekutunya adalah pegganas kelas dunia,dpt dilihat seluruh dunia & dunia membisu seribu bahasa termasuk kita,pemimpin kita..

    • true-dat.

      Their main goal is to make the robotic american citizen plus the whole world to feel like they are ion power and they are protecting the nation from terrorism and that they control the power of to kill or not to kill.

      Betapa telitinya plan mereka . Tapi Allah juga merancang dan perancngan Allah adalah yg terbaik.

      apa apa pun Kita harus kuat lagi berkerja.kena lebih tadhiyyah untuk Islam sbgai mana sahabat dulu tadhiyyah.

      InshaALLAh Annasr Qarrib.

  4. يا اسامة بن لادن عشت في الدنيا زاهدا ووفقت ضد امريكا مجاهدا ولقيت ربك شهيدا فزفت جثتك الطاهرة الى جنة الفردوس..رحمك الله رحمة واسعة

  5. ادان اسماعيل هنية عملية قتل اسامة بن لادن واشاد بالرجل ووصفه بانه مجاهد عظيم نذر نفسه في سبيل الله ضد الأحتلال

  6. pm hamas gaza antara yg terawal meyifatkan usama ben laden sbg mujahid

Tinggalkan komen