
INI JALANKU adalah blog Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, 43 tahun. Beliau dilahirkan pada 6.11.1965 di Seremban, Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan di :-
- Sekolah Kebangsaan (dulu Jenis Kebangsaan Inggeris) King George V (KGV), Seremban, NS (1972-1977),
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Kuantan, Pahang (1978-1982),
- Kelvin Grove State College (Matriculation), Brisbane, Australia (1983),
- University of Queensland, Brisbane, Australia (Bachelor of Engineering 1987),
- Universiti Al-Azhar, Cairo, Egypt (B.A. Islamic Studies & Arabic Literature 1993),
- Asy-Syeikh Hasan Al-Bakury Higher Institute for Islamic Studies, Cairo, Egypt (Graduate Diploma 1996).
Pada tahun 1985 ketika menuntut di Australia, beliau berkahwin dengan Ustazah Hajjah Fariza Ibrahim, berkelulusan B.App.Sc - Applied Chemistry 1987 (Queensland University of Technology, Brisbane), B.A. Syariah IV (Universiti Al-Azhar, Cairo). Aqad Nikah dan Walimah dilangsungkan di Masjid Mount Gravatt, Nursery Road, Brisbane. Mereka kini dikurniakan 13 orang cahaya mata Uswah Hasanah (lahir 1988 di Brisbane, Australia), Khairah (1989 Penang), Mohd. Hasan (1991 Kaherah), Husna (1993 Kaherah), Ahmad Jihad (1994 Kaherah), Nurul Islam (1995 Kaherah), Ahmad Muktaz (1997 Kaherah), Sarah (1999 Penang), Mohd. Umar (2001 Seremban), Ibrahim (2003 Seremban), Nasriah (2004 Seremban), Maryam (2006 Seremban) dan Ahmad Syahid (10/1/2008 Seremban).

The Great Court, University of Queensland, Brisbane, Australia (1984 - 1987).
Di Australia juga beliau pernah menjadi AJK dalam Muslim Student Association of Queensland (MSAQ) dan berpengalaman bekerja dalam bidang hidrolik (hydraulic) di Beach Protection Authority, Queensland Harbours and Marine Department, Brisbane dan dalam bidang struktur (structures) di Queensland Electricity Commission (QEC) sebelum kembali ke tanahair pada April 1988.

The Great Court, University of Al-Azhar, Cairo, Egypt (1989 - 1993).
(Berdiri di tengah) ketika menjadi Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Mesir (PPMM) 1993 bersama Ahli Jawatankuasa PPMM di pejabat Persatuan di Rumah Malaysia, Al-Abbasiah, Kaherah, Mesir.
Kini beliau bekerja sendiri manakala isteri beliau adalah seorang suri rumahtangga. Rumah mereka boleh diziarahi di alamat 214, Jalan Pulai Impian 4, Taman Pulai Impian, Sikamat, 70200 Seremban, Negeri Sembilan (Tel: 06 - 768 7717). Ayah beliau, Haji Abdullah Hassan, 83 tahun adalah seorang bekas kakitangan kerajaan dan ibunya, Hajjah Puteh Hasan, 78 tahun adalah seorang suri rumahtangga yang kini tinggal di Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.
Foto ketika Hari Raya 2006 di kampung. (Berdiri dari kiri) Muktaz, Jihad, Uswah, Hasan, Khairah, Husna, Islam. (Duduk dari kiri) Umar, Ibrahim, Ustaz Halim, isteri (Ustazah Fariza memangku Maryam), Nasriah, Sarah. (Ketika ini Syahid belum dilahirkan).
Bersama isteri dan anak-anak di Pantai Jeram, Selangor, berdekatan Sek Men Islam Hira’ (foto Mac 2008)
Bersama menantu dan anak-anak perempuan di Kaherah, Mesir. (foto April 2008)
Ustaz Halim pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Mesir (PPMM) pada tahun 1993-94. Beliau juga adalah salah seorang Ahli Muzakarah Kebangsaan Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia 2007M. Kini beliau dipikulkan tanggungjawab sebagai Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ketua Perhubungan Negeri ISMA Negeri Sembilan, Presiden Persatuan Islam Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Australia & New Zealand (AUSIS), Pengerusi AJK Surau Taman Pulai Impian, Seremban dan sebagainya.
Bersama ayahanda, Haji Abdullah Haji Hassan, 83 tahun, di hadapan maqam pengasas Jalan Dakwah akhir zaman, Rasulullah saw di Madinah. Di sisi Baginda saw, Abu Bakar As-Siddiq ra dan Umar Al-Khattab ra. (foto Jun 2008).
Beliau boleh dihubungi melalui telefon bimbit 019 - 678 0000 atau email uzhalim@yahoo.com.au








Alhamdulillah, bertambah lagi satu blog islamik yg mewarnai dunia internet yg penuh dgn jahiliah. Semuga akan terus menyamarakkan lagi blog2 islamik lain…insyaAllah
Assalam…
Ya akhi, ana nak tahu macam mane akhi lepas grad deg. engineering enroll ke Al-Azhar.
Ana lepasan Jaipetra 2006 dip. eng. electronic, sekarang berada di Kaherah, belajar bahasa di markaz. Jazakallah khoir
Waalaikumsalam…. Selepas graduated Engineering, ana belajar dan ambil Sijil Senawi 4 (sekarang STAM) di Kedah. Dengan Sijil tersebut, ana layak memasuki Universiti Al-Azhar di Tahun 1. Untuk lebih cepat, bolehlah saudara ambil Diploma Syariah di KUDQI, MADEWA, Insaniah, KUSZA, UNITI dll. Dengan Diploma tersebut, saudara layak masuk terus ke Tahun 3 di Al-Azhar. Semoga berjaya.
Assalamualaikum wr wbt,
Alhamdulillah for another blog..moga2 dgn ini dapat membentuk pemikiran kami, budak2 zaman skrg…
Moga Allah mudahkan ustaz utk terus istiqamah menulis dan update selalu..
Jazakallahu khayr.
Assalamu’alaikum Ustaz,
Mubaraq di atas kelahiran blog. AlhamdulilLah penuh mutiara berharga. Teruskan menulis sebagai salah satu wasilah. Insya Allah blog ini akan saya singgah selalu di sepanjang pelayaran di dunia maya.
Akhukum filLah
Sukeri
AJK JIM Pahang
Jihad n Islam :), menarik nama anak uztaz.. n jazakillah kyair buka blog ni..
Tahniah. Blog yang menarik. Pertama kali berjumpa musim haji 2002, saya ikut jamaah UK.
Kepada Alfauzulashiq, terima kasih. Moga nama itu nanti akan mencerminkan orangnya, insyaAllah. Mohon pandangan dan cadangan seterusnya untuk penambahbaikan blog INI JALAN KU.
Kepada Zulkhair, mohon maaf jika saya tak ingat wajah yang mana satu yang saya bertemu di Tanah Suci 2002M. Yg pastinya bukan wajah yang appear dalam Comment Zul tu kan. Tu wajah siapa? Wajah anak Zul ke? Saya akan ke Tanah Suci, insyaallah, 4 disember - 19 Januari. Jika ada sesiapa dari UK yang ke Tanah Suci Musim 1428H ni, mohon dapat bertemu di sana, tel saya 0503 - 508 007 (Saudi mobile).
Alhamdulillah..selepas wordpress mungkin boleh dibukukan menjadi Mudzakirat ad-Daie wad Dakwah versi Malaysia.
Saya ada juga terfikir. InsyaAllah, mudah-mudahan cadangan baik itu menjadi kenyataan suatu hari nanti. Terima kasih kerana berkongsi pandangan dan menyuntik semangat.
slm ustaz…
Ustaz,ana berumur 22 thn..Skr ana di thn satu kuliah syariah kaherah..Dgn Izin Allah pd umur 26/27 ana habis di peringkat ijazah..Ana cadg nk sambung engineering tp risau umur ana mnjadi pghalang krn ana ingin berumah tangga..Ana risau tak mampu..
Nasihat@pandangan ustaz..Syukran..
Assalammualaikum…
Saya Nazri dari taman alamanda. Alhamdulillah dengan ada blog ni dapat juga saya banyak menimpa ilmu dari ustaz.
Tahun ni ustaz pergi ke Mekah Tak? Cadangan saya nak buat badal haji untuk ibu mertua.
Waalaikumsalam wr wb
Wah ..nak buat engineering pula, lepas tamat Syariah. Kenalah buat keputusan dulu dari sekarang, nanti nak kerja di bidang apa.
Itu semua boleh dibincang nanti, cuma disebabkan Khairul masih di Tahun 1, eloklah fikir dari sekarang, bagaimana nak tamatkan pengajian tersebut dengan cemerlang. Nanti masa Khairul di Tahn Akhir, kita boleh buka semuala topik cita-cita di atas. Bak kata orang, selesaikan satu satu.
Saya nanti bersedia berkongsi pengalaman dan pendapat, insyaAllah. Wassalam.
Kpd. Nazri,
InsyaAllah, saya akan berada di Tanah Suci menunaikan fardhu Haji dari 4.12.2007 hingga 19.1.2008. Untuk Badal Haji, boleh hubungi 06-7644494 atau 016-6967770 (Hj.Azhar).
Wassalam,
Ustaz Halim.
TAHNIAH!!! Blog yang menarik dari segi pengisiannya.Moga Allah SWT memberkati usaha ini, InsyaAllah.Siru’ala barokatillah
Pengerusi
Teras Pengupayaan Melayu
Cawangan N.Sembilan
Sebenarnya musim haji lalu pun ada jumpa di Hotel Qaherah. Buku saya bersama ayahanda Ust Khair baru saja terbit, sila ke http://ideamenulis.wordpress.com/books. Selamat bertolak ke Haramain.
Ooh .. Zul Ust Khair dari Johor Bahru, ahlan wasahlan.
Insyaallah, nanti saya akan baca. Kirim salam banyak2 kpd ayah. Ayah ke Mekah tahun ni?
Assalamualaikum
Menarik! Akhukum fillah. Sekilas pandang kategori yang ada, Ustaz Halim memang hebat. Sama belajar, sama kongsi ya Ustaz. Allahualam. Wassalam
ustaz..
salam ziarah dari bumi irbid~
Tahniah atas kelahiran blog yang berbentuk islamik…..
Waalaikumsalam wr wb
Asma Khalid ke (zaujah Aiman)?
Salam buat semua di sana yang mengenali.
Assalamualaikum
ustaz mabruk sama2 kita bersatu dlm menegakkan yg jalan ke ISLAM bukan menegakkan kebatilan …
SEMOGA ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG-ORANG YG MEMBANTU AGAMANYA AMIN YA RABBALAMIN….
‘Ya Allah Ya Tuhan kami satukan hati-hati kami dibawah lindungan rahmatMu. Perteguhkan iman kami dengan aqidah yang kukuh. Dan jauhilah kami dari berburuk sangka terhadap saudara seagama kami. Mohon kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin..”
Assalamualaikum, apa pendapat ustaz tentang laman web Taman Ilmu Islam yang diasaskan oleh pelajar Malaysia di Mesir?
Adakah ustaz berminat nak join sama? Motonya bertajuk Bersama Menyemarakkan Intelektualisme Islam.
Sekiranya web itu tidak disokong oleh ISMA, apakah alternatifnya?
sekian, terimakasih.
salam ziarah dr IIUM…
congratulation ustaz for da islamic blog…
segala input disini mmg beneficial..congrate again!
salam dari madinah,
kami menanti ketibaan ust Halim di sini.
salam ust..bukan..saye asma haslan…same batch gak ngn asma khalid…anyway congrats!ngn blog nih!!sbbnye mase jumpe rituh kt irbid ustaz still lom wat blog nih lg..troskan mnulis!
assalaamu alaikum ustaz, doa kami ustaz dan kluarga dalam keadaan sihat walafiat. kenali ana dr johor yg brsama rombongan haji 2006. ana dan zaujah skg ada kat kerala, india utk datang brubat (perubatan naturopathy). anak kat CUCMS yg britau tentang blog ustaz.
Ustaz halim.
Macammana dengan permintaan saya hari tu untuk rekomen anak saya ke Jeram.
Terima kaseh banyak banyak diatas pertolongan ustaz.
Assalamualaikum ya ustaz…
syukran kathiraa sebab sudi tumpangkan kami kat nilai tadi…
Semoga dimurahkan rezki olehNya…
Doakan kejayaan kami ya ustaz…
Ustaz nak ke Mekah tak lame lagi kan???
Semoga selamat pergi n slamat balik…
Semoga mendapat haji yang mabrur…INS.ALLAH
wa akhiran Syukran kathiran…
Ahlan Wasahlan dari Paris.
Amat mengagumkan blog ini. Ia akan dibaca dgn lebih terperinci di masa akan datang. Baru kini dapat diketahui semua nama cahaya matamu satu persatu mengikut pangkat dgn pasti. Maklum lah, bila diserang ‘rakyat’mu di Sheraton Imperial, KL, tak semua nama melekat di kepala. Kesalnya, gambar bersama keluarga pada waktu itu lupa diambil.
Kirimkan salam mesra dari Paris, France kepada semua ahli keluaga di Seremban, KL, Kuala Selangor dan Kaherah!
Terima kasih sekali lagi semasa lawatan ke KL bulan lalu. Saya amat terharu dengan kemurahan hati keluargamu.
Merci beaucoup a tous! (Terima kasih kepada semua!)
assalamualaikum..
mohon mahap ana masih tak kesempatan ziarah tuan sedangkan dah 2 kali tuan singgah al-irshad.
ana nak buat satu blog al-irshad untuk tujuan promosi dana melalui waqaf lantai. Tuan ada idea yg praktikal ?
Assalamualaikum…
tahniah..!! blog yang amat bermanfaat dan menarik untuk dijadikan panduan.
ana ada satu soalan,macam mana ana nak sambung pengajian ijazah syariah di mesir?untuk pengetahuan ustaz, sekarang ana mengmbil diploma penyelenggaraan pesawat.
boleh ke ana gunakan sijil spm ana untuk program ijazah tersebut?spm dulu ana ambil subjek syariah,quran sunnah dan bahasa arab tggi..
Tahniah dan syukur atas semangat untuk mendalami Islam, juga memahaminya melalui Bahasa Arab. Sijil SPM boleh digunakan untuk mendapat ijazah Peng Islam di Mekah, Madinah dan Jordan, cuma mungkin perlu belajar setahun dua Bahasa Arab di pusat bahasa di negara berkenaan. Adapun untuk mendapat ijazah di Al-Azhar, Mesir, mesti menduduki STAM di banyak sekolah-sekolah agama di Malaysia atau Dip Syariah di kolej-kolej yang diiktiraf Al-Azhar seperti INSANIAH di Kedah, KUDQI di Terengganu, MADEWA di Bagan Serai, UNITI di Port Dickson dsb.
Kepada pelawat yang ingin menyiarkan kandungan Blog ini ke dalam laman-laman lain, saya izinkan, moga tersebar Fikrah Islam yang sahih di dalam masyarakat. Mohon disertakan rujukan sekali ya. Moga terlaksana erti pengajaran Hadis “Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat”.
Assallammualaikum ustaz.. Tahniah juga dari saya. Harap dengan kehadiran blog ini. Kita dapat byk ilmu daripadanya.. Insyallah..
Saya pun nak tanya juga ustaz.. subjek syariah,quran sunnah dan bahasa arab tggi atau yang berkaitan mengenai islam.. di mana kita boleh belajar ya??
semoga blok al fadhil dapat kita semua manfa’atkan..ana cadangkan pada ustaz agar membuat pengisian yang berbentuk kefahaman serah nabawiyyah yang jelas dan terang agar menunjukkan jaln dakwah yang tidak terseleweng dari manhaj ini..mudah mudahan umat ini mendapt tarbyah seprti mana yg sepatutnya iaitu bersistem dan berterusan mengkut manhaj yang tepat..istamir was taqir ya ayyuhal ustaz..nad’un naas wa naqul lahum haza sabilii ana !! inna nahnu khairu ummah.
su.ma.r >nP
Assalamualaikum, terjumpa laman ini dari pautan laman lain.. terima kasih ustaz atas manfaat bacaan.
assalamualaikum ustaz…
saya aiman..ingat lagi tak?
saya ingin menanya tentang bagaimana nak blajar dekat universiti al-azhar kalau masa saya sekolah sekarang ni saya tak ambil matapelajaran bahasa arab(sekolah biasa)
rindu sgt ni nak belajar bahasa arab
jadi saya harap ustaz dpt tlg atau memberi nasihat kpd saya
Salam ustaz..mintak izin ambik link..doakan kami pelajar di mesir tgh exam..
salam ustaz..tahniah bakal dpt menantu xlame lg..congrats to uswah &suhaib
ustaz kalau ustaz pergi makkah lagi doakan semua org termasuk saya dlm menghadapi PMR dan SPM tahun ini ye ustaz…
terima kasih…
teruskan perjuangan membina generasi harapan
tahniah dapat menantu baru..
salam ‘alaik~
ana junior k.uswah n k.khairah.mcm yg ust tahu kat hira’ ade akademik dan diniyyah nye serta tarbiyah. ana skrang f4. tak lama lg bakal melanjutkn pelajrn ke peringkt yg lebih tinggi.kalau boleh nak cari IPT yg ade gabungn mcm hira’ tp rasenye mcm xde setakat nih. dlm masa yg sama ana sgt b’minat nak ke mesir. alhamdulillah pencapaian akademik ana cemerlang. ana dilema nak smbung course sains atau syariah bile dh msk IPT nnt. ana rase terpanggil nak buat keputusan tu bile terfikir kelulusan yg d’perlukan bg m’ambil course yg ana nak ambil nnt. bg ana syariah bnde yg ana dh blaja dr kcik dan kalau tak blaja secara formal pun boleh blaja tp kalau bidang sains susah nak blaja kalau tak blaja dgn formal. ana juga rase tercabar untuk maju kan bidang sains bg pihak umat islam. untuk pengetahuan ust ana dh pernah tamat m’hafal al quran dan berusaha nk jg hafalan. ana tak nampak jalan bg ana tak capai cita-cita ana tu (sains+al quran+tarbiyah). tp macam nampak bayangnye di mesir. tp yg ana nampak mesir lebih kpd diniyyah. harap ust dpt beri pndangn. jazakallah
salam wrt ustaz.
ustaz, ana ada soalan. ana sdg mengambil medic ttp bukan di timur tgh. cdgn ana, ana ingin ambil shariah di mesir slps bekerja, dan berharap supaya dpt mengambil specialist juga di sana. skrg alhamdulillah, ana nak msk thn ke lima. ada kwn ustaz yg pernah juga buat mcm ni ke?
mohon ustaz dpt berikan tunjuk ajar
Buat specialist di Egypt belum pernah saya dengar setakat ini. Untuk buat Syariah kena ada Sijil STAM (masuk Tahun 1) atau Diploma Syariah (masuk Tahun 3 - lihat Profil Uswah Hasanah dalam posting Selamat Pengantin Baru). Buat specialist diBarat ada segala kemudahan seperti kerja bergaji dll tidak seperti di Timur Tengah. So, kena ada financial support. Keterikatan dengan penaja juga mungkin akan diambilkira. Yang terbaik, elok tanya pelajar2 Medic di Timur Tgh (blogroll ISMA Mesir) atau teman saya, Dr.Zainurrashid, MRCOG 012-6781644 dan MSD, Cairo, Ustaz Amri +20102362276. Tkasih.
Assalamualaikum ustad, salam kenal..alhamdulillah semoga amal berbagi ilmunya dibalas oleh Allah berlipat-lipat.Amiin.
Assalamualaikum,
Ustz Halim,
Tahniah, dah dapat menantu. Kami dah agak lama tak
contact org-org Seremban sejak pindah ke Bangi.
Tak pasti Ustz ingat kami tak. Sebelum ni tinggal di Rembau..
Salam ustaz Halim, boleh minta email? ade perkara yg ana nak bincangkan dgn ustaz
Salam . Ustaz, bagaimana hendak join ISMA…melalui program2 nya?..di Utara ada wakilnya ke..
Semua kehadiran dan sumbangan saudara menguatkan Amal Islami di Utara. Sila lawati http://www.ismakedah.wordpress.com dan hubungi Ketua Perhubungan ISMA Kedah, Ustaz Faisol Md Isa 012 - 581 4161. Terima kasih.
Assalamalaikum ustaz.
Bila sudi datang ke Indonesia? Ramai pelajar malaysia di sini. satu-satu tempat dalam 500-700 orang.tiada ustaz dari malaysia yang sudi untuk bagi pengisian walaupun indonesia lebih teruk dari barat sendiri.kami baru mula hendak bangkit.namun tiada kekuatan jika tidak ada follow up dari pendakwah di malaysia dan kebanyakan pendakwah sendiri lebih tumpu kepada negara barat.
Diharap ustaz dapat paparkan jadual kuliah ustaz di dalam laman web ini. InsyaAllah maka akan ramailah yang berminat mengikuti kuliah ustaz.
assalamualaikum ustaz…apa kabar..moga Allah berkati hidup sekeluarga…sy minat untuk tahu lebih lanjut kisah pengajian ustaz dari brisbane ke azhar…bukan sahaja ustaz yang begitu, malah isteri pun turut sama buat degree di azhar…harap dapat buat satu artikel khas =p utk berkongsi pengalaman sebab memilih jalan begini…kerana gharib orang buat begitu…kalau ada pun bukan utk pengajian formal seperti ustaz..tetapi setakat belajar utk tambahan ilmu..
assalam..salam ukhwah dr bumi hiroshima
Assalamualaikum,
Ustaz Halim,ana pelajar tahun 3 syariah Azhar Tanta.
Alhamdulillah,ana cukup bersyukur dengan adanya blog USTAZ ni banyak faedah yang ana perolehi.
Ustaz, ibu ana hendak menunaikan fardhu haji, jadi ana mengcadangkan beliau pergi bersama angkatan ustaz. Jadi ana nak tahu mengenai pakej2 yang disediakan oleh ustaz. Bagaimana boleh hubungi ustaz. Kalau ustaz tak keberatan boleh mesej ana di no +20100749743.
very nice blog……..
Assalamualaikum ustaz..
Sebenarnya x sangka dapat jumpa anta dalam blog ni
Mudah2an anta masih ingat lagi pada ana, kita pernah jumpa pada 2006 masa ana balik cuti di malaysia. Salam ukhwah dari Nizhnhy Novgorod, Russia
Dear Dr Zulhusni, ingatan ana kepada akhi di hari ini adalah sesegar kali pertama kita bertemu di Seremban & Port Dickson dulu. Pernah cuba sekali untuk berhubung tetapi tidak berjaya. Syukur, alhamdulillah kami masih lagi didalam ingatan akhi yang jauh di perantauan. Moga didalam ingatan akhi jua ketika berdoa di tengah malam. Jika berada di Tanahair, teratak kami di 214, Pulai Impian, Sikamat, Seremban sentiasa menunggu dan menyambut kunjungan pejuang-pejuang agama Allah seperti akhi. Salam buat teman-teman yang mengenali. Dari Abdul Halim +6019-678 0000.
Semarakkan kebangkitan Islam dengan kesedaran ilmu. Tahniah, satu laman web yang bagus. Semoga semuanya akan tertulis sebagai amal-amal yang baik.
salam ustaz..
jazakumullahu khairan kathira di atas kehadiran dan pengisian yang begitu bermanfaat di Summer Camp UK 2008.
jazaka jazaka
jazakallahu khairan
walaka walaka
walaka jannatullah…
Class of 2008,
Nottingham
Salam alayk ustaz.
Alhamdulillah. jazakallah ustaz . Suka cerita kisah dan sahabat Rasulullah s.a.2. Syukran ustaz. May Allah Bless you and your family.
Nottingham,Perak dan Cyberjaya
in the name of Allah the most gracious the most merciful
alhamdulillah bila baca blog ni macam mendengar tazkirah dari tuannya juga, lama tak jumpa dengan us tak silap ana tahun lepas isma kelantan ada buat jaulah kat n9 dan sambutannya cukup cemerlang.. itulah kali terakhir jumpa dengan us.
bila ikhwah dari seremban nak datang jaulah ke pantai timur pulak..?
p/s: ana tak pernah tengok seorang us yang ketinggalan oleh arus perubahan zaman seperti us dan itulah pesanan ISHA.
salam ustaz…
Bila ust nak dtg UK lg?..Panas telinga saya dengar cerita-cerita sahabiah saya yang sempat mendengar pengisian ust di summercamp..sangat menarik katanya..
Apa-apa pun jazakalllah khair kerana telah mewarnai dakwah kami di sini…
Yang tiada cuti musim panas,
Final yr medic Leicester
Assalamualaikum Ustaz Halim..
Mungkin Ustaz dah tak ingat ana, tapi kenangan usrah kecil kecilan dgn ustaz dahulu(makan dlm dulang, ust beli ayam Giant) dan main bola di Paroi petang2 tetap dlm kenangan ana..Terima kasih atas segala ilmu yg ustaz curahkan..ana insan kecil di IMU dahulu..Harapnya dgn izin Allah dpt berjumpa dgn ustaz satu masa nanti..Ingin sgt ikuti jejak langkah ustaz mendalami ilmu agama pula, selepas pelajari ilmu medicine.Insha-Allah..
Salam dr bumi Auckland,
Saya anak kepada pn norhayati dan en. nadzri.. Selongkar handbag saya terjumpa address website ustaz yang ustaz bagi mase dekat tesco s’ban bulan lepas. InsyaAllah..byk benda yang saya boleh pelajari & igtkan diri kembali melalui wordpress ni. Terima kasih dan teruskan perjuangan..Doakan saya di sini..
salam uztaz..ana kagum dengan perjuangan ustaz..mohon tunjuk ajar…moga ana mampu segagah ustaz:-)
ana mengucapkan tahniah pada ustaz kerana berjaya mengembalikan kegemilangan islam hanya dalam satu laman blog.alfu mabruk..
salam ustaz,
saya seorang pemegang sijil SPM serta STPM dan sijil tahfiz al quran.Bagi SPM dan STPM saya tidak mengambil langsung subjek berkaitan agama kecuali p.islam dan tasawur islam sahaja di peringkat spm.memang niat saya untuk menyambut dalam bidang agama ke peringkat ijazah pertama.Saya berasa rugi kerana sekadar hafaz quran sahaja tetapi tidak mendalami lagi bidang agama. boleh ustaz tunjukkan caranya, untuk makluman saya kini telah bekerja dan berumahtangga pun, adakah peluang lagi untuk saya sambung pengajian yang sesuai dengan diri saya.