Isteri Us.Dahlan ke rahmatullah

Ummi disolatkan

<Update 22/5/2009 Foto-foto Ummi> Pada petang Khamis 14/5/2009 minggu lalu, isteri kepada Us.Dahlan, Al-Marhumah Ummi menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menjalani kehidupan penuh perjuangan disamping suaminya yang dikasihi selama lebih 40 tahun. Jenazah Al-Marhumah selamat disolatkan jam 11 pagi di Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI), Perlis dan dikebumikan sebelum Solat Jumaat 15/5/2009. Innalillahi wa inna ilaihi raji’uun (Sungguh kita milik Allah. Dan kepadaNya kita kembali). Pada awalnya Al-Marhumah diserang demam denggi. Ketika beransur sihat dan hendak pulang ke rumah dari hospital, Al-Marhumah dipercayai diserang sakit jantung dan mengalami bengkak buah pinggang. Sebaik menerima berita yang sedih ini, saya dan 3 orang Jawatankuasa Pusat ISMA iaitu Khalid (Bendahari Agung), Ustaz Hazizi (Ketua Biro HRD) dan Zaim Shaari (Ketua Biro Remaja) terus ke Perlis pada malam itu juga bagi membuat kunjungan Takziah kepada Ustaz Dahlan dan ahli keluarganya.

Ustaz Dahlan

Al-Akh Al-Mujahid Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain, B.A. Syariah (Baghdad University, Iraq). Bekas guru agama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan termasuk Sekolah Menengah Agama Al-Alawiyah, Perlis. Kini beliau Mudir Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI), Tunjung, Perlis.

Ummi Us Dahlan

Al-Marhumah Ummi atau nama penuhnya Datin Halimaton binti Hussein, isteri Ustaz Dahlan Md Zain. Foto diambil di rumahnya oleh anak muridnya, Hilal Asyraf.

Diantara nikmat kurniaan Allah kepada saya dalam hidup ini ialah saya berada di fasa remaja (sekolah menengah) ketika amal Islami berbentuk haraki mula mengambil tempat di Malaysia diakhir 1970an dan 1980an. Saya disekolah menengah dari 1978 (Tingkatan 1) hingga 1982 (Tingkatan 5). Dua ciri terpenting di Zaman Kebangkitan ketika itu ialah pertama, fenomena melata wanita Malaysia mula memakai tudung (ketika itu ramai mereka akan diperli dengan gelaran Hantu Kong Kong, Ninja, Ajaran Songsang dsb) dan kedua muncul tokoh-tokoh pimpinan Harakah Islam berkaliber yang mengasaskan Amal Islamiy Haraki diantaranya ialah (i) Ustaz Abdul Hadi  Awang yang mengasaskan PAS Haraki lalu mengalih arus pimpinan dari asalnya berbentuk PAS pembawaan ala Dato’ Asri (yang kemudiannya masuk UMNO), (ii) Anwar Ibrahim yang bersama teman-temannya mengasaskan ABIM, (iii) Ustaz Ashari Muhammad yang mengasaskan Darul Arqam. Ustaz Dahlan dan para ulamak yang lain juga termasuk dari kalangan dizaman mereka, walaupun berbeza kadar penonjolan mereka dipersada kebangsaan. Ketika itu saya tidaklah terlalu muda untuk tidak mengetahui Kebangkitan yang sedang berlaku, dan tidak pula terlalu tua dimana kata orang bila semakin berumur idealisma perjuangan tidak sesemarak dan sesemangat dialam remaja. Keghairahan kehidupan Dakwah di Tingkatan 4 (1981) dan 5 (1982) adalah seperti kanak-kanak yang dilepaskan di dalam funfare, nak cuba semua permainan kalau boleh. Ketika itu saya pergi berbagai program Islam termasuk ke ceramah-ceramah pidato Ustaz Hadi di serata Malaysia yang dihadiri ribuan manusia disetiap ceramah beliau, ke kursus-kursus pimpinan pelajar anjuran ABIM/PKPIM di sekolah-sekolah, ke Kursus Kefahaman Islam dan Fardhu Ain anjuran Darul Arqam di Perkampungan Islam Sg. Pencala dan markaz-markaznya di serata Malaysia, mendengar kaset-kaset siri kuliah “Tasawwur Aqidah”, membaca siri risalah “Sahabat”, majallah “Fikrah Kita”  dari fikrah Ustaz Dahlan dan lain-lain gerakan Islam.

MATRI Bgnn

“MATRI adalah Ummi dan Ummi adalah MATRI”, kata seorang teman. “Apabila mati anak Adam, terputuslah segalanya kecuali dari 3 perkara, (i) Sedeqah Jariah, (ii) Ilmu yang dimenfaatkan (orang ramai), dan (iii) Anak Soleh yang mendoakan untuknya” (Hadis).

Ummi & anak2 muridnya

Kenangan anak-anak murid Tingkatan 5 bersama Al-Marhumah pada 13.11.2006 di hari kelas yang terakhir. Ummi adalah guru pakar Bahasa Melayu di Kementerian Pelajaran. Setelah bersara, Al-Marhumah memberi tumpuan membangunkan MATRI.

MATRI Tanda

Mengasaskan sekolah agama swasta seperti Al-Marhumah Ummi dan sahabat-sahabatnya mengasaskan MATRI merupakan salah satu cita-cita kuat saya suatu masa dahulu, lebih-lebih lagi apabila pemandangan saya terbuka buat pertama kali terhadap pengajian agama apabila memasuki pusat pengajian ke Al-Azhar di Madrasah An-Nahdhah, Kedah tahun 1988 selepas saya tamat pengajian di Australia. Kesibukan dan godaan dunia melalai dan melemahkan banyak cita-cita murni seorang insan. Moga Allah beri kekuatan kepada saya mengasaskan institusi-institusi pendidikan Islam seperti MATRI atau seumpamanya walau sekecil mana saiz dan bilangan muridnya.

Kali pertama saya mendapat didikan di dalam Harakah Islam ialah ketika di Tingkatan 4. Ketika itu nama Ustaz Dahlan mula saya dengar. Sebaik saya tamat kursus Biro Tata Negara (BTN) di Kompleks Wisma Putra, Kuala Lumpur bagi penuntut-penuntut yang akan berlepas ke Australia tahun 1983, buat kali pertama saya mendengar kuliah Ustaz Dahlan bertajuk “Tasawwur Aqidah” dll. melalui kaset di rumah seorang teman di Kuala Lumpur. Apabila saya berlepas ke Australia, kaset-kaset Ustaz Dahlan adalah diantara bekalan ilmu dan Iman yang saya bawa bersama.

Muslimin menunggu Solat

Muslimin sedang menunggu jenazah tiba di Surau MATRI.

Muslimat menunggu Solat

Muslimat sedang menunggu Ummi tiba …

Surau MATRI 2

Surau MATRI yang diasaskan oleh Ustaz Dahlan, Al-Marhumah Ummi dan teman-teman seperjuangan.

Kenderaan di MATRI

Sebahagian kenderaan yang tiba di MATRI pada pagi Jumaat tersebut.

JKP ISMA & Cg Md Abduh

Saya (kiri sekali), Cg Mohd Abduh dan ahli JKP ISMA Pusat, En. Zaim Shaari (Ketua Biro Remaja ISMA). Cg Mohd Abduh, yang juga sahabat lama En Zaim, saya tanggap sebagai sayap kiri Ustaz Dahlan.

Kali pertama saya bertemu Ustaz Dahlan dan Al-Marhumah Ummi ialah ketika mereka mengunjungi Mesir sekitar 1993 ketika saya masih menuntut di sana. Saya masih ingat Ustaz menceritakan ketika mula-mula beliau kembali ke Tanahair dari Iraq pada tahun 1960an, Fikrah Islam Haraki ini masih baru dan penerimaan orang ramai berbeza-beza. Mereka yang mengambil berat dan berminat akan merekodkan apa yang diajarnya didalam kaset. Mereka yang lain pula hanya berpada mendengar semata-mata tanpa mencatit atau merekodkaannya. Apabila Al-Marhumah Ummi semakin lama dan komited terlibat dalam amal Dakwah, terpaksa membuat pembentangan di sana sini, barulah Ummi kelam kabut mencari kaset-kaset ceramah suaminya dari rakan-rakannya yang mencatit dan merekodkannya, kata Ustaz sambil berseloroh.

ISMA Kedah di MATRI

Saya (tiga dari kiri) bersama 3 orang pimpinan ISMA Kedah yang turut hadir pada pagi tersebut.

Bersama Us Dahlan selps Solat Jenazah

Bersama Ustaz Dahlan selepas Solat Jenazah keatas Al-Marhumah Ummi dan mengucap Takziah kepada beliau. Moga Allah swt beri kekuatan kepada Ustaz untuk menghadapi ujian yang getir ini. Tahun ujian seperti ini dinamakan oleh Rasulullah saw sebagai Aam Al-Huzn (Tahun Kesedihan) iaitu tahun kematian Khadijah ra.

Kata-kata Hikmah menyebut, “Ma min waraa Rajulin Azimin, illa wa ma’ahu imra’atun tasyuddu azrahu, Ummun kanat am Zaujah” (Tidak ada dibelakang seorang lelaki yang hebat, melainkan ada disana wanita yang memberi dokongan kepadanya, samada ibunya atau isterinya). Apa yang saya tanggap, Ummilah orangnya wanita yang mendokong Ustaz disepanjang perjuangan beliau sejak 1960an lagi.

Suatu hari beberapa wanita Ansar ra. berbual sesama mereka. Mereka cemburu melihat suami-suami mereka mendapat fadhilat berperang di jalan Allah sedang mereka hanya tinggal di rumah, mengurus hal ehwal keluarga dan Dakwah dalam negara. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadu kesedihan ini kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw mengatakan , “Kamu dapat apa yang suami-suami kamu dapat“. Ya, para isteri mendapat ganjaran Jihad fi Sabilillah yang diperolehi suami-suami mereka. Bahkan mereka mendapat ganjaran Syahid, jika suami-suami mereka mendapat Syahid, walaupun mereka masih hidup dan tidak berpeluang ke medan Jihad. Moga Al-Marhumah Ummi mendapat kesemua ganjaran perjuangan suami dan teman-temannya. Moga doa saya ke atas Al-Marhumah ditakbir ke 4 dalam Solat Jenazah juga diperkenan Allah “Allahumma la tahrimna ajraha. Wala taftinna ba’daha. Wagh firlana walaha” (Ya Allah. Jangan Engkau halang pahala Al-Marhumah (dari mengalir kepada kami). Jangan Engkau duga kami selepas ketiadaan Al-Marhumah. Ampunilah kami dan Al-Marhumah).

Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) ditubuhkan kira-kira 2 dekad yang lalu. Sebaik Ummi bersara dari Kementerian Pendidikan, lebih kurang 10 tahun lalu, beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada membangunkan prestasi MATRI. “MATRI adalah Ummi dan Ummi adalah MATRI”, kata Akh Kasran, yang pernah saya kenali di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Moga disamping Amal Dakwah yang dicurahkan selama ini, MATRI juga menjadi saham Al-Marhumah di Akhirat nanti iaitu “hari yang tiada guna harta dan anak pinak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan memiliki hati yang sejahtera” (Al-Quran).

Bendahari ISMA

Tuan Haji Khalid Zakaria, Bendahari Agung ISMA Pusat, salah seorang anak didik dakwah Ustaz Dahlan sedang mengucap Takziah kepada murabbinya.

Takziah

Ucapan saya kepada Ustaz Dahlan adalah apa yang diajar oleh Allah swt melalui RasulNya di dalam Hadis, “Inna lillahi ma akhaz, wa lahu ma a’tho. Wa kullu syai’in indahu bi ajalim musamma. Fasbir wala tahtasib” (Milik Allah apa yang Dia ambil. MilikNya jua apa yang Dia beri. Tiap sesuatu punya tempoh tertentu disisiNya. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah atas kesabaranmu itu” (Hadis Takziah). “Al-Baqa’ lillah” (Sesungguhnya kekal itu hanyalah Allah swt semata-mata). Rujukan : Majmu’ah Ar-Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

21 Respons

  1. takziah buat ust dahlan. semoga ALLAH merahmati roh Ummi. pahala yang mengalir kepadanya tidak akan putus selama anak didiknya meneruskan amal dakwah. ameen.

  2. Innalilahi Wa inna Ilaihi rajiun…

  3. Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.. takziah buat Ustadz Dahlan sekeluarga. Moga Allah kurniakan ketabahan buat beliau sekeluarga.

    Ibnukhair

  4. SERTAILAH PROGRAM MUFTI MELAKA BERSAMA UMMAH.
    MENJELASKAN ISU-ISU SEMASA BERKAITAN AQIDAH DAN ANCAMAN TERHADAP
    AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH SERTA BAGAIMANA CARA MENGATASINYA.

    Tempat:
    MASJID MELEKEK LUAR,
    ALOR GAJAH,
    MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

    Tarikh:
    22hb MEI 2009

    Hari:
    Jumaat

    Masa:
    6.00 Petang – 10.00 Malam.

    Bayaran:
    PERCUMA TAK PAYAH BAYAR APA-APA!

    Aturcara:

    6.00 ptg:
    Pameran Jabatan Agama & Jabatan Mufti Melaka

    7.00 mlm:
    Persiapan dan Solat Maghrib

    7.30 mlm:
    Kata-kata aluan YB

    7.45 mlm:
    Ceramah Isu Semasa & Aqidah Islam Serta Bahaya Ajaran Songsang Oleh: Datuk Wira Hj. Rashid Redza Bin Hj. Md. Saleh Mufti Negeri Melaka & Penceramah Khas Jemputan Jabatan Mufti Negeri Melaka

    9.30 mlm:
    Solat Isyak berjemaah

    9.45 mlm:
    Jamuan Makan

    10.00 mlm:
    Bersurai.

    ” SEMUA DIJEMPUT HADIR DENGAN BERADAB DALAM MAJLIS ILMU ”

    Keterangan lanjut klik : pondokhabib dot wordpress dot com

  5. salam takziah kepada keluarga ust dahlan.mahupun salam tahniah kerana isteri beliau telah pergi kepada Tuhannya dalam keadaan yang diredhaiNya Insyallah…

  6. Innalillah wa inna ilaihi raji’un…

  7. takziah buat ust dahlan sekluarga…

    terima kasih diatas segala curahan bakti n ilmu drpd ummi n ust dahlan….doakan kami di perantauan spya dapat pulang menyambung ‘batu asas’ yg telah diletakkan di MATRI.

    Segala permulaan ada pengakhirannya…kami akan menyusulmu ummiku syg

    • zaid alex..??
      zaid rosli ke..?
      smoge enta sht belaka..
      kata2 ent menusuk kalbu..
      menamah sinar dimindaku…aslmulaikum

  8. salam takziah buat ust dahlan dan keluarga.

  9. Innalillahiwainnailaihirojoun.

    Takziah kpd saudara Dahlan sekeluarga.
    Ana, walopun drp warg matri mahupun isma,
    tp cam bleh rase je pemergiannya.

    Zaid akan menyul insyaAllah. hehe.

  10. allahummaghfirlaha warhamha wa’afiha wa’fu’anha..
    salam takziah buat ust dahlan dan keluarga. smg pemergiannya menjadi pembakar smgt utk kita terus memburu syurga dan berjamaah kembali di jannatul firdausNya.

  11. may Allah bless her soul~
    ::and elevate her status in jannah::
    salam takziah buat ust Dahlan

  12. Salam ziarah.. Walaupun tidak mengenali secara peribadi, nama Ust Dahlan selalu didengari di arena dakwah dan harakah di malaysia. Takziah diucapkan kepada ustaz, semoga Allah merahmati almarhumah. Aminn…

  13. innalilahiwainnailaihiroju’n..
    turut berduka cita atas meninggalnya ustd.Dahlan semoga amal ibadahnya diterima disisi Allah AWT.amin..

    pasang iklan dapat hadiah
    http://iklanmediagratis. com

  14. Moga ALlah mencucuri roh Ummi Halimaton, moga ditempatkan disyurgaNya. Takziah kpd Ust Dahlan…

  15. […] terakhir aku bersama Ammar menerusi YM, berbicara mengenai pemergian seorang mujahidah agung, Ummi Halimatun.  – Benar kata-kata Hikmah yg menyebut, “Ma min waraa Rajulin Azimin, illa wa ma’ahu […]

  16. ummiku .
    guru BM ku..
    tidak pernah kenal erti penat jemu
    penyabar adalah perisai hatimu

    agar aku dapat mengambil smt mu
    inalillah..
    smoge dicucuri allah

  17. Ustadz Dahlan pula yang pergi….Innalillah…

  18. เมื่อรู้ข่าว การเสีย ชีวิตของอุมมี ก็น่าเศร้า สลด เหมื่อนกัน แต่สิ่งไหนที่พระองค์ต้องการเราจะขัดข์นไม่ได่ ข่าวเรารู้จากที่อุมมีไปได้ ประมาณ 1 อาทิต ถ้าเรารู้ก่อนหน้านี้ เราคิดว่าเราเอง กับครอบครัวคงจะไปได้ อินฉาอัลลอฮ รัก มัตตรี ตลอดไป

Tinggalkan Jawapan kepada Tan Sri Penkt Batal balasan