Jejak Kasih di Kerinchi, Sumatera

Kami sekeluarga berfoto dihadapan kubur moyang kami (datuk ayah saya) di Kg Kota Benta, Sg Penuh, Kerinchi. Kerinchi, negeri lebih tinggi dari aras Cameron Highlands, adalah sebuah negeri yang sentiasa sejuk dan menyegarkan.

Pada Disember lalu, saya membawa ayah, isteri, anak-anak dan semua adik beradik saya ke Kerinchi, Sumatera untuk memperkenalkan mereka, buat kali pertama, dengan saudara mara sebelah ayah saya disana. Kali pertama saya kesana ialah pada tahun 2002 bersama ayah dalam ekpedisi mencari asal usul keturunan sebelah ayah, mencari untuk mengeratkan hubungan Silaturrahim (Silaturrahmi, kata mereka) sesama muslim, khususnya yang mempunyai hubungan darah, seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Ayah saya (tengah), Haji Abdullah (Negeri Sembilan) bin Haji Hassan (lahir di Kerinchi/meninggal di Negeri Sembilan) bin Haji Muhammad (Kerinchi).

Tasmir bin Wakaf (berpakaian seragam) adalah orang yang mula-mula saya dan ayah temui semasa jejak kasih 2004 yang lalu. Hari ini semua ahli kampung telah dibina perhubungan kaum kerabat yang baik. Difoto diatas, abang tunggal saya, Haji Muhammad b Haji Abdullah (berseluar putih) dan sepupu saya dari Negeri Sembilan, Haji Bashir Ridha Haji Ismail (memakai kaca mata hitam).

Ayah kepada ayah saya, atau datuk saya, Haji Hassan bin Haji Muhammad, berasal dari Kg Kota Benta, Sungai Penuh, Kerinchi, Sumatera. Seperti adat kebiasaan orang Minang, bila sampai umur remaja, anak-anak lelaki akan keluar merantau lalu dia merantau ke berbagai tempat termasuk belajar agama di Mekah selama 4 tahun dan pulang menetap di Kg. Sg Dua, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan berkahwin dengan wanita tempatan di sana. Beliau menjadi imam dan pendakwah disekitar Kuala Pilah dan mencari nafkah dengan membuat rumah-rumah. Beliau meninggal dunia di Kg. Sg. Dua dan dikebumikan disana. Isterinya meninggal dunia selang 10 hari selepas beliau, meninggalkan 5 orang anak termasuk ayah saya. Ayah saya seterusnya dibesarkan dalam suasana Negeri Sembilan, bercakap Negeri Sembilan seperti ibunya, tidak boleh bercakap Minang seperti ayahnya, berkahwin dengan emak saya di situ dan membesarkan kami di Negeri Sembilan.

Saya masih ingat pada tahun 2004, bila kali pertama saya, 39 dan ayah, 79, kami berdua kesana buat kali pertama, tidak mengenal sesiapa, hanya berbekalkan sepucuk surat yang dihantar 20 tahun yang lalu, oleh salah seorang dari Kerinchi kepada ayah saya. Apabila ayah sering menyebut hendak ke Kerinchi, tambahan lagi umurnya sudah lanjut, akhirnya saya mengajak ayah ke sana, kebetulan saya ada mesyuarat di Jakarta. Tiket ke Jakarta berharga RM600 (pergi-balik). Sampai di Lapanganterbang Hatta-Sukarno, Jakarta, saya melihat peta dan memilih menaiki pesawat ke Padang, Sumatera kerana dia lebih hampir ke Kerinchi. Tiket ke Padang berharga RM600 pergi-balik). Sesampai di Padang, kami menaiki kereta, hampir sehari perjalanan ke Kerinchi, sebuah negeri sejuk ditanah tinggi seperti Cameron Highlands di Malaysia. Akhirnya kami jumpa Kg Kota Benta (Koto Bento, sebutan mereka), Sungai Penuh (ibu negeri Kerinchi) dan bertemu dengan sanak saudara disana. Syukur kerana pada masa itu masih ada seorang tua yang hamir sebaya dengan ayah saya yang masih ingat kisah-kisah moyang saya, seorang alim ulamak disana dan hubungan kekeluarga kami. Tanpa diduga hampir seluruh penduduk Kg Kota Benta adalah bersaudara mara.

Berfoto disalah sebuah rumah di Kg Kota Benta, Sg Penuh, Kerinchi. Jejak Kasih kali kedua ini membawa 19 orang dari Malaysia ke Kerinchi.

Pada kali yang kedua ini, saya bertekad dan melaksanakan hasrat murni ini untuk memperkenal dan mengeratkan hubungan Silaturrahim kepada adik beradik saya dan kepada anak-anak saya dengan lebih awal. Alhamdulillah, sebaik ada tawaran dari Air Asia tiket ke Padang berharga RM71 pergi-balik, saya membelikan tiket untuk kami seramai 19 orang dengan jumlah harga RM1350, lebih kurang jumlah harga tiket saya berdua dengan ayah kali pertama kami kesana dulu.

Mereka sangat prihatin (mengambil berat) tentang susur galur kaum kerabat. Peta struktur kekerabatan (mereka panggil Ranji) disimpan dengan baik. Daam kunjungan tersebut, salah seorang menerangkan kepada isteri saya (memegang pen) tentang susur galur kekerabatan. Isteri saya menyalin dengan teliti.

Isteri saya menerangkan kepada saya struktur kekerabatan atau “Ranji”, dalam bahasa mereka, dari nenek moyang sehingga sekarang. Kekadang saya melihat orang Utara (Penang, Kedah Perlis) lebih cekap bab hubung kait kerabat ni berbanding dengan orang Selatan. Sehingga hari ini berbual tentang “kena (hubungan) adik beradik” menjadi separuh perbualan orang-orang Utara. Sesiapa yang nak hidup berdakwah di Utara kena cekap bab ini.

Rumah asal ayah saya di Kg Sg Dua, Kuala Pilah, yang dibina oleh datuk saya, Al-Marhum Haji Hassan Haji Muhammad. Beliau lahir dan dibesarkan di Kerinchi, pernah belajar di Mekah, berkahwin, menetap dan meninggal dunia di sini. Ia bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan dengan atapnya berbentuk Minangkabau, cuma binaan baru adalah dinding batu di bawah rumah dibina kemudian menutipi tiang-tiang tradisionalnya yang asal serta rumah tambahan disebelah belakang.

Berhari Raya di Kg Sg Dua pada 2 Syawal 2011M/1432H semalam dan berjumpa dengan sepupu-sepupu saya dan anak-anak saudara pupu.

Dengan program Jejak Kasih ini, kami bersyukur kerana dapat menggembirakan hati ayah yang kuat hendak menghubungkan silaturrahim dari masa kesemasa, menggembirakan hati ayah kerana semua anak-anaknya yang telah serta sebahagian dari cucu-cucunya (anak-anak saya) telah mengenali sebahagian asal usul mereka dan kini kami saling berhubungan antara satu sama lain serta dari kalangan mereka yang bekerja di Malaysia sering datang berkunjung ke rumah kami di Seremban.

Anak-anak Malaysia di Kerinchi. Memahami sejarah adalah memahami masadepan.

Dikubur moyang saya, Haji Muhammad, seorang alim ulamak. terkenal di Kerinchi sebagai salah seorang wali Allah, kata mereka. Antara peristiwa yang masyhur yang saya dengar ayah bercerita sejak saya kecil ialah ketika jenazahnya hendak diturunkan ke liang lahad, air yang memenuhi liang lahad menjadi kering dan mudah jenazahnya diturun dan dikebumikan. Kini orang-orang yang tahu dikalangan mereka juga bercerita sedemikian. Walau ayah saya tidak se alim ayahnya, Haji Hassan dan datuknya, Haji Muhammad, namun mengalir kedalam dirinya sifat-sifat yang menonjol seperti tawadhuk, tiada pandai nak bertelagah sesama orang Islam, kuat beribadat, sentiasa solat sebaik tamat azan, bangun awal sebelum subuh dan lain-lain. Moga sifat-sifat ijabiat (positif) ayah, datuk dan moyang saya mengalir kepada saya dan keturunan, disamping tarbiyah yang kita lalui. Ameen.

Saat berpisah telah tiba. Sebelum bertolak dari Kerinchi ke Lapanganterbang (Bandara) Padang, kami menghulurkan buah tangan kepada saudara mara di Kg Kota Benta. Insyaallah, panjang umur murah rezeki berjumpa lagi.

Moga eratnya hubungan kekerabatan seperti ini akan menguatkan Ukhuwwah dan kesatuan umat Islam serantau, khususnya di Alam Melayu kearah mengembalikan kedaulatan dan kegemilangan Empayar Islam yang pernah dikecali suatu masa dahulu. Ameen.

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wordpress.com

41 Respons

  1. Assalamualaikum ustaz..
    Ana keturunan kerinchi juga..belah ayah ana..
    Kut2 ada kena adik beradik manalah tahu..

    Harith OZ

    • Waalaikumsalam wr wb

      Cuba check kalau ada kaitan dengan penduduk Kg Kota Benta, Sg Penuh (ibu daerah Kerinchi), Kerinchi insyaallah kemungkinan besar kita bersaudara sebab hampir seluruh penduduk kampung tu ada kait mengait. Jika bukan dari penduduk situ, kena buka ‘Ranji” lah kita. Ala kulli hal “Kullukum min Adam, wa Adam min turab” (semua kamu adalah dari Adam, dan Adam dari tanah). Apa khabar Harith dan semua ikhwah akhawat di sana ? Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Jumpa lagi.

    • Assalamualaikum ustaz…terima kasih share info susur galur kerinchi…arwah datuk saya mmg keturunan kerinchi antara yg berhijrah ke Kpg Batu 20,Batu Kurau perak..kami ramai berkumpul di.sini dan paling ramai keturunan kerinchi di Selama Ijok,di sini mmg majoriti keluarga kami menetap disini ibarat satu kpg semua berketurunan kerinchi.Nama arwah datuk saya Lebai Ali beliau pd hayatnya terkenal dgn warak,penghafal yassin dan mempunyai byk ilmu.

      • Wsm ww. Oo begitu ke. Moho nombor telefon dan alamat rumah. Ayah saya sangat suka bertemu dengan orang-orang Kerinci. Insyaallah kami akan cuba ziarah. Us Halim 019-678 0000. Tolong hubungi saya.

  2. Assalamualaikum.Saya uhang kincei jugak belah mak. arwah bapak saya orang bengkulu (sg choh). asalnya mak saya dari kuang berhijrah ke ulu langat (batu 18). Sekarang mak menetap di kg. pandan.
    Saya tak sabar2 nak tunjukkan gambar orang2 dikerinci dan juga pemandangan disana pada mak saya. Terima kasih ustaz atas gambar2 di atas.

  3. Assalamualaikum Ustadz ..
    terima kasih diatas perkongsian yang baik disini ..
    saya juga dari keturunan kincei [ kerinchi ] , Allahyarham datuk yang berasal dari sungai liuk , berhijrah & menetap di jelebu N9 , meninggal dunia di Makkah ..

  4. Assalamualaikum ustaz,
    sy jga org kerinchi sblh ayah.teringin gak rasa nk cr sedara mara cam yg ustaz wat.

  5. Assalamualaikum.Saya, keturunan kerinchi semerap, saya ingin mendapat kepastian dari ustaz semada dusun Kg Kota Benta, Sg Penuh (ibu daerah Kerinchi) dihuni oleh masyarakat minangkabau atau masyarakat kerinchi..Di kerinchi terdapat lebih 30 dusun berlainan dialek..

    • Wsm ww. Saya kurang pasti. Sejarahnya Kerinci adalah orang-orang Minang. Cuma di era modern, daerah Kerinci dimasukkan ke negeri Jambi, tidak lagi negeri Sumatera Barat (Padang, Bukit Tinggi dll) yang terkenal sebagai negeri Minang.

  6. Assalamualaikum ustaz…saya keturunan kerinci jugs.sekarang kami menetap di hulu langat dan punya saudara kata ayah datuk saya ada 2 isteri dan isteri keduanya ada di sg dua kuala pilah dan kami selalu pergi menziarahi mereka dan mereka dtg menziarahi kami.cuma peringkat generasi ketiga kunjungan mula jarang.

    • Wsm ww. Oh ya ka. Kalau begitu, mohon nama nya dan no telefon nya. Nanti saya pergi ziarah mereka di Sungai Dua, Kuala Pilah. Us Halim 019-678 0000.

  7. salam ..ustaz..saya xtau nk mula dr mne?..apa yg saya tau mak ayah saya keturunan kincai..msa kecik kamai sllu belik ch. balai{teluk intan} tmpt lahir mak..arwah uyang {Hj mahmud]…Ada juga saya tanya mak tentang kerinci…spt ustz cerito …kuargo asal dr sg penuh..arwah ayah Hj noh b Hj idris…di rumah kamai adik beredik masih bercakap dielek kerincai..rasanya kamai gen.ke 3 d sini..

  8. Boleh saya copy gambar rumah asal nya…..amat menarik dan patut di jadikan teladan bagi pewaris2 rumah kampong yg lain2

  9. salam ustaz …syawal baru nie sy ade ziarah keluarga sebelah ayah saya di ketari bentong pahang..di sana saya ziarah juga kubur arwah nenek moyang saya dan mereka asal semua dr kerinchi..yg sy tau name moyng saya haji samin,haji sulaiman ..saya rasa terpanggil untuk tahu susur galur keturunan …dan ape yg sy dgr moyang saya ade yg bernama MALIM BERTUAH tujuan sy menulis blog tuan ustaz sbb ustaz penah melalui jejak kasih ini mane lah tau klu ustaz penah terdengar name2 arwah moyang saya…sekian …tq

  10. assalammualaikum ustz…sy juga dri keturunan kerinchi…sy difahamkan org tua kg sy…moyang2 sy berhijrah dri kerinchi menaiki sampan hingga ke thailand&seterusnya ke malaysia iaitu perlis…mereka 5 bersaudara..salah sorg (ketua 5 bersaudara)adalah moyang kami telah menetap di perlis,yg lainnya berhijrah ke negri2 lain sprti kedah,perak dan sbagainya..sy juga difahamkan mereka berhijrah krn perang saudara utk perebutan kuasa jajahan..mereka ni adalah ulamak2 dri sna dan menjadi imam masjid kg halaman sy…imam masjid tu turun tmrun ke anak cucu beliau shingga generasi ke-4 klu xsalah sy..sy adalah generasi ke-6…wallahu’alam…ustz,mohon jika boleh membantu sy dlm pencarian salasilah dr kerinchi..sy jgk ingin ziarah saudara di kerinchi…apa2 pn kita adalah adik beradik sesama islam…nma moyang saya adalah hj.majid..nma ayahnya sy tak pasti..trima kasih..

  11. Salam Ustaz…..sy ni uhang kinacai gak…mak ngan ayah aku asal Jujun…..jauh agak anya yerr..?

  12. Salam. Menarik cerita sdra . Seakan pengalaman yg saya lalui awal mac 2011 menjejak keluarga di Sg Penuh. Mungkin kita boleh kongsi pengalaman dan lakarkan ranji/salah silah keluarga. Boleh hubungi saya 0193533587 di Kuala Lumpur. Wslm

  13. Salam Ustz, ALHAMDULILLAH, lebihkurang pada th 2000 arwah bapa membawa kami ke KOTO PATAH SEMERAP,melihat tanah dimana bapa dibesarkan dan kini adik beradik bercadang ke sana pada bulan MAC 2013 untuk menyambung silaturrahim keluarga Insaalah

  14. Thanks a bunch for sharing this with all folks you
    actually recognize what you’re speaking about! Bookmarked. Please additionally seek advice from my web site =). We may have a hyperlink exchange contract between us

  15. asalamualaikom, saya hanya mengetahui nenek saya sebelah kerinci, tetapi belum sempat untuk mengenali lebih jauh, beliau sudah meninggal dunia.setelah lama terpendam, saya dengan bapa saudara cuba mencari susur galur kami yg dikatakan berasal dari sana moyang sebelah nenek.saya generasi ke 5 kepada subroto

  16. Hi there, just became alert to your blog through Google,
    and found that it’s truly informative. I am gonna watch out for brussels. I will appreciate if you continue this in future. Many people will be benefited from your writing. Cheers!

  17. Assalamualaikum. W w… Sy perantau di m’sia n asal kincay ..slalu pulang kincai bilo raya…. Ternyata bnyk jg ya kturunan kincai yg dah jd org m’sia….

  18. Salam.Saya mohd.zin tinggal diperlis. Datuk saya haji anuar bin haji mohd.zain bin haji ibrahim bin haji abdullah sawi. Asal lampor semarab.sungai penuh kota dian.kerinci. Saya dah lama cari keluarga saya di sana.. Tapi sanya hanya mmpunyai surat lama sahaja. Sudah lama saya mncari mreka. Kat map xdak pulak kota dian. Kalau ada org kerinchi yg tahu saya harap sangat ustaz dapat bantu saya…wasalam

  19. Assalamualaikum.. Saya pun asal kerinchi sbelah ayah. Kg di sg lui hulu langat. Arwah datuk saya pewaris silat seni kerinchi. Sorg mahaguru silat. Ayh saya pun guru silat. Nama datuk saya sebelum msk malaysia tengku ahmad. Nama gelaran ayah saya raja musa. Saya sgt teruja dgn keturunan kerinchi dgn sejarah n kebudayaannya.

  20. assalammualaikum .saya rohata , dari jb saya bercadang hendak pergi ke kerinci , ayah arwah mertua saya lahir di sana sebelum meninggal dia ada suruh saya ke sana utk hadiahkan peralatan sembahyang di mesjid kerinci.
    persoalannya klu saya dr. KL naik air asia ke padane dan dari padang macam mana nak ke kerinchi
    Rohata 019 7703924

  21. sy asal kota tua, pulau tengah, kecamatan keliling danau kerinci, provinsi jambi.

  22. Asalamualaikum Ustad Halim dan saudara /i semua …….
    Kita ada Group fb PERSATUAN ANAK KERINCI Malaysia ,,,,,,Seandai nya Tuan /puan ingin mengetahui Kincai lebih lanjut sila kan bergabung dlm group fb tersebut …..mungkin di sana kita boleh berhubung atau mencari saudara mara kita di Kerinci sana , kerena dlm group tsb ramai kanti2 ( kawan2 ) kita yang menetap di Kincai ( Kerinci ) ……..Kerinci terdiri dari lk 150 kampung (desa ) dan 78 dialek bahasa Kerinci …..inihlah unik nya Kerinci …..terima kasih ustad Halim dan numpang promosi group kita ini ……salam .

    https://www.facebook.com/groups/398744811158/

  23. Salam tuk saudara satu kerinci..

  24. assalamualaikum ustz….di kuala pilah mmng bnyk orang kerinchi…waris sya ada di terachi.kuala pilah…waris2 arwah lebai harun…cucunya pernah menjadi suk negeri selangor..datuk hashim mioen.mungkin ustz boleh merencanakan untuk menubuhkan persatuan kerinchi negeri sembilan…syabas pada ustaz kerana berusaha untuk ,mencari susur galur waris ustaz

    • assalamualaikum Ustaz,
      Kedua ibu bapa saya orang kincai….arwah ayah asal Sungai Penuh, nama beliau Haji Nordin bin Haji Mad Aris. Arwah bonda saya pula asal Kota Lanang (kota Lano) Bonda lahir di Kampar Perak, atok dan opah sebelah Bonda asal Kota Lanang.Kerinchi. Kalau tak silap saya, arwah ayah ada saudara yang berkahwin dengan orang sungai dua kechil, Kuala Pilah, semasa saya kanak-kanak, saya masih ingat bahawa ayah saya terpaksa pergi ke Sungai Dua Kechil untuk menjadi wali anak saudara beliau, but we lost touch since my father passed away. Kami adik beradik masih bolih bertutur dalam bahasa Kerinchi iaitu Sungai Penuh atau Awo…Kampung saya adalah Kg. Pasir Putih, Kalumpang, Hulu Selangor. Semua penduduk kampung tersebut adalah orang Kerinchi dan mereka adalah majoriti suku Sungai Tutong dan Awo. Datuk Maznah ADUN negeri Pahang adalah orang Kerinci yang mana ayah beliau tinggal di Cameron Highland dan saudara mara ramai di Sungkai, Malim Nawar dan Bukit Gantang, Perak. Beliau adalah Penaung Persatuan Kerinci Malaysia….Kalau tak silap saya, Menteri Besar Selangor sekarang adalah orang Kerinchi.
      Buat pengetahuan Ustaz, saya sekarang bertugas di Port Dickson. Saya ingin berjumpa Ustaz, mentelah saya tinggal pun dekat jer. Kalau boleh nak ikut pergi Umrah Bersama Ustaz, insyallah.

      • Wsm ww

        Maaf, dah lama tak buka blog ini.
        Wah, dapat bertemu orang Kerinci di sini.
        Harap dapat berjumpa.

        Mohon SMS no tel kpd saya 019-678 0000.

        Jemput ke rumah bila kelapangan, 213 Jalan 4, Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, NS.

  25. Assalamualaikum ustaz…Alhamdulillah..makin bersemangat saya utk mencari dan menyambung ikatan keluarga dari Malaysia dengan Kerinci..buat masa ini saya tidak mempunyai “clue” utk mencari dimanakah saudara2 saya..apa yg sy tau mereka ada di sungai penuh kerinci..kampungnya sy tidak tau mudah2an diberikan petunjuk utk mencari kaum keluarga sebelah Arwah Datuk saya..
    bagaimana saya nak menghubungi ustaz?saya ingin bertanya bagaimana mau kesana (kerinci)?

  26. Kami sebuah pertubuhan kerinci yang berdaptar
    Pertubuhan org2 kerinci di bt 14 hulu langat selangor
    Kami banyak melakukan menjalan kan ektibiti kesenian dan kebudayaan kerinci (tulaong sokong kamai anak kincai di hulu langat)

  27. salam ustaz…. saya x pasti kami dari keturunan yg mn… tp menurut mak saya… nenek moyang kami dari kerinchi… saya juga teringin mencari asal keturunan kami tp xde maklumat ape2 pun sbbnye org2 tua yg tahu dah lama meninggal dunia…. keluarga kami ramai yg menetap di kg. malau, gerik perak…. mak dan ayah saya berketurunan kerinchi mereka sepupu… hajat d hati memang nak ke kerinchi walau x tahu masih ada ke tidak waris d sana… kalau ustaz ingin ke sana lg… emelkan kepada saya ye… norzita5196@hotmail.com

Tinggalkan komen