64 tahun Palestin dijajah (15/5/1948-2012)

Pelarian Palestin 1948. Hari ini kanak-kanak di atas telah berumur 70-an di kem pelarian luar Palestin atau telah meninggal dunia tanpa sempat pulang ke kampung halaman mereka yang asal. Bagi kebanyakan mereka tiada harapan melainkan kepada Allah dan Gerakan HAMAS (Ikhwan Muslimin cawangan Palestin) untuk mereka pulang. Adapun kebanyakan pemimpin dan umat Islam lain di dunia, mereka samada sedang dibuai mimpi atau takut hilang kerusi hingga sanggup menjual Palestin kepada Kuasa-kuasa Besar samada secara belakang-belakang atau terbuka.

Pada hari ini 15/5/2012, genap 64 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang.

<Artikel ini adalah posting INIJALANKU genap  4 tahun yang lalu> Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel”. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948. Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “AN-NAKBAH” bermakna malapetaka, berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bagi memastikan bilangan pendatang Yahudi mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat.

Sudah jatuh ditimpa tangga, setelah menguatkan kedudukannya 20 tahun di Palestin sejak 1948, lalu pada tahun 1967 Israel menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Tebing Barat milik Jordan dan Gaza milik Mesir dan masih mencengkamnya sehingga ke hari ini. Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu Pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka, isu Golan, Tebing Barat dan Gaza sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel di satu pihak dan dilindungi oleh puluhan kuasa Veto oleh Amerika di Majlis Keamanan PBB, badan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang dan resolusi antarabangsa. Dengan ini PBB sengaja dilumpuhkan oleh Veto Amerika bila berdepan dengan isu Israel menjajah Palestin.

Selepas 30 tahun penubuhannya untuk membebaskan Palestin, PLO akhirnya telah berdamai dan mengiktiraf “Israel” dalam Perjanjian Oslo 1993 tanpa mendapat apa-apa pulangan selain elaun bulanan dari Amerika dan Eropah. Umat Palestin beralih kepada HAMAS yang masih utuh dengan prinsip membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf “Israel”. Dalam Pilihanraya Umum Palestin 25/1/2006, HAMAS menang lalu Israel, Amerika, Eropah, banyak Negara-negara Arab dan Islam yang sememangnya mengikut arahan Barat mengadakan sekatan minyak, makanan, kewangan dan sebagainya terhadap 1.5 juta penduduk Gaza, Palestin hingga ke hari ini sebagai hukuman kerana memilih HAMAS untuk memimpin mereka dalam proses “Demokrasi” yang kononnya diperjuangkan oleh Barat.

Pengasas Penjajahan Iraq Abad 21, Presiden Bush dan isteri tiba di Israel semalam 13/5/2008 untuk meraikan Ulangtahun ke 60 penubuhan negara “Israel”. Turut menyambut beliau di Ben Gurion Airport, Tel Aviv ialah Perdana Menteri “Israel” Ehud Olmert dan isteri. Yang mengisytiharkan penubuhan “Israel” pada 15/5/1948 ialah Presiden Ben Gurion. Mereka meraikan dan merancang lagi. Apakah langkah-langkah pemimpin-pemimpin negara umat Islam pula? Hari AN-NAKBAH (Malapetaka Tertubuhnya Israel) hari 15/5/2008 ini, agaknya apa yang sedang pemimpin umat Islam sedang buat ? Adakah jadual mereka hari ini sesibuk Presiden Bush di Timur Tengah.

Gaza, dengan keluasan 6km x 25km, hari ini bertukar dari sebuah bandar menjadi kem tahanan (Concentration Camp) terbesar Abad 21. Bekalan bahanapi dan makanan tidak dibenarkan masuk melalui sempadan 2 negara jiran, Israel (pemimpin beragama Yahudi) dan Mesir (pemimpin beragama Islam !!).

Dengan ini setelah 60 tahun merana dibawah kezaliman Yahudi, mereka juga turut perit disebabkan kebanyakan ketua negara-negara umat Islam tidak membantu kerana takut kepada Amerika dan Negara-negara Barat yang lain. Padah tali gantung di pagi Aidil Adha yang diterima Saddam Hussein  masih menghantui ramai pemimpin negara umat Islam. Beliau pernah cuba mencabar Israel dan Amerika dengan melancarkan peluru berpandu Scudnya ke beberapa bandar di “Israel” pada tahun 1990.

Isteri dan 4 anaknya mati dibom ketika sedang bersarapan.

Penyelesaian isu Penjajahan Keatas Palestin secara sangat ringkas adalah seperti berikut :

  1. Masyarakat Islam kembali menghayati Islam sepenuhnya, memenuhi masjid dan surau bersolat jemaah 5 waktu sehari, membenteras kelucahan dan maksiat yang mengotori persekitaran berupa majallah, rancangan TV, akhbar, mengutamakan balasan di Akhirat dari pulangan kebendaan segera di dunia. Sebab utama Yahudi Zionis dan Barat menguasai dunia adalah kerana umat Islam jauh dari hidup menghayati Islam yang hakiki.
  2. Umat Islam kembali menghayati Islam yang syumul (menyeluruh) mencakupi kesatuan dan kepimpinan umat seluruh dunia, bukan terbatas kepada sempadan bangsa, geografi dan bahasa ke arah menegakkan kembali Khilafah Islam yang telah dilenyapkan Barat pada tahun 1924. Sebab utama umat Islam lemah di persada antarabangsa ialah kerana negara-negara mereka berpecah, tiap satu hanya lebih berfikir dalam ruang lingkup sempadan geografi yang dicipta Penjajah Barat sebelum merdeka. Kesannya agenda memertabatkan kembali Khilafah Islam Antarabangsa belum menjadi agenda dan buah mulut mana-mana dikalangan pemimpin mereka.
  3. Masyarakat Islam yang saleh memilih pemimpin mereka dari kalangan orang-orang yang saleh, berkelayakan dan prihatin menyebarkan Islam ke pelusuk rantau dan dunia.
  4. Negara-negara Islam dan Khilafah Islam yang bakal tegak nanti akan memimpin kekuatan umat ke arah pembebasan tanah bumi Islam yang dijajah dan seterusnya menyebarluaskan Dakwah Islam ke seluruh penjuru-penjuru dunia.
  5. Dengan kepimpinan dunia dibawah Islam dan umat Islam yang saleh dan terdidik, seluruh umat di dunia, bahkan seluruh makhluk akan bahagia sejahtera di bawah naungan Islam, satu-satunya sistem Allah yang diredhaiNya.

Langkah-langkah penyelesaian isu Palestin, adalah tidak lari dari Amal 7 yang kami muatkan di dalam Blog ini. Kesemuanya berkisar kepada mendidik dan mewujudkan diri dan generasi Islam yang hakiki kearah menanggung beban Dakwah Islam yang berat dan panjang. “Jika ada di sana seorang yang saleh, kamu akan dapati pada dirinya faktor-faktor kejayaan Islam” [Hasan Al-Banna].

Moga umat Islam akan segera sedar dari lamunan mereka. Dihari umat terjaga dan bangkit, pastinya penderitaan umat Palestin selepas peristiwa An-Nakbah sehingga ke hari ini akan segera berakhir. Ameen.

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

.

.

.

.

.

LAMPIRAN (DEMO 16/5/2008)

Satu perhimpunan sempena 60 tahun ‘Nakbah Palestin’
akan diadakan di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB), Damansara, Jumaat 16 Mei ini.

Perhimpunan yang diadakan sempena kekejaman regim
Israel ke atas Palestin itu bermula jam 11.00 pagi,
sebelum penyerahan petisyen dan 100,000 tanda tangan
kepada PBB bagi membantah tindakan Israel yang
menindas rakyat di bumi Palestin sejak 60 tahun lalu.

Orang ramai dijemput hadir jam 10:30 pagi di Bangunan
PBB, Damansara. Peta di sini
http://bp0.blogger.com/_WjoOlj-Sj04/SCqtbO3Y0xI/AAAAAAAAA4I/4ITX8Ot17Bs/s1600-h/WismaUN.JPG

15 Mei 1948, penubuhan negara haram Israel di atas
bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya dan
turut dikenali sebagai ‘nakbah’ yang bermaksud
malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa tersebut, Zionis telah bertindak kejam
dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat
Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada
sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu
lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang
wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah
menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam
lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat
Palestin.

Sehubungan itu, wakil penganjur, Azmi Abdul Hamid,
yang juga Presiden Teras berkata orang ramai dijemput
hadir Jumaat ini bagi menyatakan sokongan serta
membantah kekejaman regim Israel tersebut. – mns

LAMPIRAN (PELARIAN 1948)

Sebaik Yahudi mengambilalih Palestin dari British tahu 1948, pembunuhan dan pengusiran mengakibatkan pelarian yang paling ramai di dunia. Kem-kem pelarian di negara-negara jiran pada 1948 adalah seperti di bawah. Setelah 60 tahun, pada hari ini, dengan lahirnya zuriat dan generasi, bilangan mereka adalah lebih ramai. Kem-kem pada asalnya diperbuat dari kain kanvas dan kulit binatang ternakan kini berupa menjadi bangunan konkrit tetapi dalam keadaan yang sangat dhaif. Saya pernah menziarahi hanya 1 kem di Jordan (el-Wehdaat) dan 3 kem di Lubnan (Shabra, Shatila dan Burj el-Barajneh).

[hide]

v • d • e

Palestinian exodus   ·   Palestinian refugees1   ·   UNRWA

Gaza Strip
986,034 refugees
Jordan
1,827,877 refugees
Lebanon
404,170 refugees
Syria
432,048 refugees
West Bank
699,817 refugees
Beach camp, 76,109
Bureij, 30,059
Deir al-Balah camp, 20,188
Jabalia, 103,646
Khan Yunis, 60,662
Maghazi, 22,536
Nuseirat, 64,233
Rafah camp, 90,638
Amman New Camp, 29,805
Baqa’a, 80,100
Husn, 19,573
Irbid, 23,512
Jabal el-Hussein , 27,674
Jerash, 15,696
Marka, 41,237
Souf, 14,911
Talbieh, 4,041
Zarqa, 17,344
Beddawi, 15,695
Burj el-Barajneh, 19,526
Burj el-Shemali, 18,134
Dbayeh, 4,223
Dikwaneh, destroyed
Ein el-Hilweh, 44,133
El-Buss, 9,840
Jisr el-Basha, destroyed
Mar Elias, 1,406
Mieh Mieh, 5,078
Nabatieh camp, destroyed in 1973
Nahr el-Bared, 28,358
Rashidieh, 24,679
Sabra
Shatila, 11,998
Tel al-Zaatar, destroyed in 1976
Wavel, 7,357
Dera’a, 5,916
Dera’a (Emergency), 5,536
Hama, 7,597
Homs, 13,825
Jaramana, 5,007
Khan Dunoun, 8,603
Khan Eshieh, 15,731
Neirab, 17,994
Qabr Essit, 16,016
Sbeineh, 19,624
Latakia, 6,534
Yarmouk, 112,550
Ein Al-Tal, 4,329
Abu Dis
Aida, 3,260
Am’ari, 8,083
Aqabat Jabr, 5,197
Arroub, 9,180
Askar, 13,894
Balata, 20,681
Beit Jibrin, 1,828
Camp No.1, 6,221
Deir Ammar, 2,189
Dheisheh, 10,923
Ein el-Sultan, 1,888
Far’a, 6,836
Fawwar, 7,072
Jalazone, 9,284
Jenin, 14,050
Kalandia, 9,188
Nur Shams, 8,179
Shu’fat camp, 9,567
Tulkarm, 16,259
1The UNRWA definition of a “Palestinian refugee” is a person “whose normal place of residence was Palestine between June 1946 and May 1948, who lost both their homes and means of livelihood as a result of the 1948 Arab-Israeli conflict.” “UNRWA’s definition of a refugee also covers the descendants of persons who became refugees in 1948.” (UNRWA)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: