Israk Mikraj: Pembebasan Al-Aqsa Dijanji Allah

 

“Mahasuci Tuhan yang telah mengIsrakkan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya ...” (Surah Al-Israk:1). (foto: Masjid Kubah Batu (Pelancaran Israk Mikraj) atau “Dome of the Rock” di tengah-tengah dataran luas Masjid Al-Aqsa, Jerusalem, Palestin).

Bulan Rejab kini menjelang lagi. Ia bulan Israk Mikraj. Ia bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke langit pada malam 27 Rejab 620M. Di sini pernah didiami ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusof as, Masjid Al-Aqsa secara menyeluruh adalah disempadani tembok besar (lihat foto atas). Arah Kiblat atau tempat imam adalah di kubah berwarna hitam (kiri). Rasulullah saw dimikraj(naik)kan ke langit dari tapak batu di bawah kubah emas (di dalam Masjid Kubah Batu atau “Dome of the Rock”).

Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Syuaib as, Nabi Musa as, Nabi Harun as dan Nabi Isa as. Semua mereka membawa aqidah Islam yang sahih lalu didustakan oleh kaum mereka. Di sini tempat bermulanya ajaran sesat Kristian dan Yahudi serta tempat mereka mengerjakan haji di beberapa lokaliti pada hari ini. Di sini tempat tuju Tentera Salib dalam Kurun 11 dan 12, melalui kempen perang suci mereka terhadap umat Islam. Di sini mereka ditewaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1188M di Ain Jalut. Di sini mereka mereka datang semula bila British dan Perancis berpakat bersama menjajah Syam (Lubnan, Syria, Jordan & Palestin) pada tahun 1917M. Di sini pada tahun 1947M, British menyerahkan bumi Palestin yang sedang dijajahnya untuk diratah kejam oleh Yahudi hingga ke saat ini. Atas nama persidangan PBB, Negara-negara Barat dan sekutunya mengundi dan menang majoriti untuk kelahiran sebuah negara baru bernama “Israel” pada tahun 1948M.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas (Parti FATAH) di sisi Presiden Bush. Bermacam-macam pelan dan arahan Amerika dan Israel telah FATAH laksanakan untuk melemah dan menghapuskan HAMAS. Namun hingga ke hari ini, kesemua kepatuhan itu belum pernah memuaskan kehendak Kumpulan Quardret (4 negara – Amerika, Perancis, Inggeris dan Rusia).

Demi untuk menjamin keselamatan Israel dan mengukuhkan cengkaman ke atas Negara-negara Arab, Amerika membelanjakan berbillion dollar dalam kempen menjajah Iraq. Penguasaan lobi AIPAC (Badan Lobi Israel di Amerika) oleh anggota-anggotanya yang berpengaruh mencengkam Amerika dalam ekonomi, media dan kempen politik, teknologi maklumat, ketenteraan dan sebagainya sudah cukup kuat memaksa sesiapa sahaj calun presiden Amerika untuk menyatakan walak (kesetiaan) kepada Israel, jika calun tersebut bercita-cita untuk menang dan merasa tinggal di Rumah Putih, kediaman Presiden. Calun Republikan, Mc Cain berkempen dan berkata Amerika bersedia untuk terus menjajah Iraq 100 tahun lagi. Calun Demokrat, Barrack Obama sebaik sahaja mengalahkan Hillary Clinton untuk menjadi calon Demokrat menentang Mc Cain, ketika dijemput berucap dalam sidang AIPAC berkata, “Jerusalem yang bersatu, akan terus menjadi ibu negara Israel”. Ketika ini bandar Jerusalem terbahagi dua, Jerusalem Barat milik Yahudi dan Jerusalem Timur majoritinya Islam tetapi kini dalam proses pengyahudian dengan pemusnahan banyak kampung Islam dan pembinaan taman perumahan Yahudi.

“The Photo of the Year” mendapat undi terbanyak dalam internet. Seorang jurufoto Perancis sempat merakam video di atas dan menyiarkan kekejaman Yahudi Israel ini di dalam internet. Mohd Durrah bersama ayahnya sedang berjalan. Tiba-tiba askar Yahudi menembak membabi buta. Si ayah menarik anak ke belakang tong untuk berlindung, melambai-lambai tangan, sambil berteriak, “Jangan tembak”. Si anak sangat ketakutan. Tiba-tiba muntahan peluru menembusi tubuh Mohd Durrah lalu dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ayahnya. Si ayah tidak tahan menerima kenyataan kematian anaknya lalu pengsan dalam keadaan duduk meribai mayat anak kesayangannya.

“Mereka merancang. Allah (juga) merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang” (Al-Anfaal). Lama sebelum British dan Yahudi menjajah Palestin, Allah swt mengIsrak(gerak)kan hambaNya pada malam 27 Rejab 620M, dari Masjidil  Haram ke Masjidil Aqsa. Rasulullah saw mengimami rasul-rasul dalam solat di Masjidil Aqsa, kemudian diMikrajkan ke langit. Nabi saw menolak arak dan memilih susu. Ini memberi isyarat kepada semua umat di dunia hari ini dan akan datang termasuk musuh-musuh Allah dan umat Islam bahawa jika rasul-rasul yang memimpin mereka sendiri sebelum ini telah menjadi makmum di belakang Nabi Muhammad saw, kamu juga suatu hari nanti akan menjadi makmum, dipimpin dan dibimbing oleh umat Nabi Muhammad saw di akhir zaman nanti biar hebat mana kekuatan tentera dan teknologi kamu dan biar seangkuh mana sikap kamu terhadap umat Islam. Umat Islam yang hidup dengan ajaran fitrah seperti susu, suatu hari nanti akan mengalahkan, memimpin dan membimbing kamu wahai umat yang tenggelam dengan arak, ibu segala maksiat.

( Foto oleh NASA) Pernah di University of Melbourne saya hadiri satu ceramah seorang ahli sains Islam dari Mesir yang banyak berceramah di serata dunia, namanya Professor Zaghlul Najjar . Beliau telah mengislamkan ramai ahli saintis Barat dan Rusia melalui ceramah Sains Islam yang disampaikannya. Beliau bercerita setelah selesai menyampaikan satu ceramah, seorang angkasawan bertemu beliau dan menceritakan pengalamannya apabila sedang dia naik dan menembusi lapisan udarakasa dunia untuk masuk ke langit beliau terasa pandangannya seperti orang mabuk dan tubuh badannya berasa ganjil seperti terkena sihir. Kata Prof Zaghlul Najjar, “Subhanallah! Kata-katamu sama seperti ayat Al-Quran, surah Al-Hijr, ayat 15 bermaksud, ‘Jika Kami bukakan bagi mereka pintu-pintu dari langit, lalu mereka terus mikraj(naik) di langit tersebut, nescaya mereka akan berkata, ‘Pandangan-pandangan kami telah dimabukkan, bahkan sesungguhnya kami kaum yang terkena sihir’ “.

 

Sabda Rasulullah saw, “Tidak tiba Hari Kiamat sehinggalah orang Islam memerangi Yahudi dan orang Yahudi bersembunyi di belakang pokok dan batu. Lalu berkatalah pokok dan batu, ‘Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, sesungguhnya di belakangku ini ada orang Yahudi (bersembunyi). Marilah sini dan bunuhlah dia. (Semua jenis pokok dan batu berkata demikian) melainkan Al-Gharqad, kerana ia adalah pokok Yahudi” (Hadis).

Sabda Rasulullah saw, “Akan terus menerus satu golongan dari umatku terang-terangan di atas kebenaran. Orang-orang yang jahat tidak dapat memudharatkan mereka sehingga datang ketentuan dari Allah, sedang mereka masih dalam prestasi sedemikian. Para Sahabat ra bertanya, ‘Dimanakah mereka ya Rasulullah ?’. Rasulullah saw menjawab, ‘Di Jerusalem dan di sekitar Jerusalem’ ” (Hadis).

Kemenangan umat Islam di bumi Israk Mikraj, Palestin mengalahkan Yahudi yang menjajah dan Kristian yang mendokong mereka adalah pasti dan dijanji Allah swt dan RasulNya. Syaratnya ialah umat Islam kembali menghayati Islam dan mencapai semula taraf “hamba Allah” seperti dalam hadis di atas “.. Wahai orang Islam, wahai hamba Allah …” yang diiktiraf bukan sahaja manusia yang lain tetapi diiktiraf pokok dan batu. Sebaliknya jika ramai umat hari ini dan kerajaan di negara mereka belum mencapai taraf “hamba Allah”, hanya sekadar “hamba nafsu”, “hamba kerusi”, “hamba duit dan harta”, “hamba iblis dan godaannya” dan apa sahaja hamba kepada selain Allah, maka tiada gunanya slogan dan persidangan isu Palestin di hotel dan dewan yang mewah, oleh mereka yang memiliki pangkat dan gelaran yang kosong, kertas dan ucapan yang tidak membawa kepada amal yang serius. Jika sikap dan keadaan ini berterusan, Allah akan menggantikan mereka dengan kaum yang lain yang tidak seperti mereka. “Sekiranya kamu berpaling, Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain. Kemudian mereka tidak seperti (perangai dan prestasi) kamu”. (Surah Muhammad:38). Sekian.

 

IKLAN :

Dijemput semua muslimin dan muslimat ke “MALAM AIRMATA PALESTIN” pada Jumaat 8.8.08 di Pusat Dakwah Islamiyah, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). 2.00 petang – 10.30 malam Expo Dunia Islam & Palestin. 8.00 – 10.00 malam (1) Ucapan Aluan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden ISMA Pusat dan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad, (2) Tayangan Slide – Ustaz Mejar Nazri Munsman, Wakil Jawatankuasa ISMA Pusat, (3) Ucap Utama – Syeikh Saud Abu Mahfidz, Ahli Lembaga Muassasah Masjid Al-Aqsa, diterjemah secara langsung oleh Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden & Ketua Perhubungan Negeri ISMA NS(4) Nasyid – Nazery Johani ex-Raihan. Kutipan sumbangan ke Tabung Palestin oleh badan-badan koporat dan para hadirin hadirat.

12 Respons

  1. sangat suka quote di bawah, subhanallah!! dan segala puji hanya untuk Allah!!

    “Ini memberi isyarat kepada semua umat di dunia hari ini dan akan datang bahawa jika rasul-rasul yang memimpin mereka sendiri menjadi makmum di belakang Nabi Muhammad saw, kamu juga suatu hari nanti akan menjadi makmum, dipimpin dan dibimbing oleh umat Nabi Muhammad saw biar hebat mana kekuatan tentera dan teknologi kamu dan biar angkuh mana sikap kamu terhadap umat Islam ini. Umat Islam yang hidup dengan ajaran fitrah seperti susu, suatu hari nanti akan mengalahkan, memimpin dan membimbing kamu wahai umat yang tenggelam dengan arak, ibu segala maksiat.”

    “Syaratnya ialah umat Islam kembali menghayati Islam dan mencapai semula taraf hamba Allah”

  2. Jzkk ustaz, ana tak tau macamana nak cakap, speechless,terlalu banyak nak diluahkan, dan terlalu kerdil rasanya pundak ini untuk memikul segalanya. namun, kepada Allah jua dipohonkan kekuatan untuk bangkit dengan penuh semangat dan kesedaran memainkan peranan kita sebagai penyambung usaha-usaha para nabi, insyaAllah…..

  3. salam ustaz, bley ana copy paste artikel ustaz utk diletakkn ke dalam blog ismakedah?

  4. assalamualaikum.
    sesungguhnya ulama pewaris nabi. orang berilmu dikasihi Allah. ilmu yang ada dikongsi bersama. terhapus kejahilan lahirlah kebijaksanaan. moga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. Ustaz, mohon keizinan untuk saya memetik artikel ustaz ni sebagai perkongsian ilmu dengan pelajar saya sempena hari isra mikraj nanti. tahniah, artikel yang mantap dan menarik.

  5. Ustaz…saya copy artikel ini utk P&P dalam kelas dan artikel panitia sempena israk mikraj….MINTAK Izin ya Ustaz.Jazakumullahu Khairan Khathira

  6. salam…sy seorg pelajar dr universiti kerajaan..sy ingin bertanya kenapa negara2 islam tidak bersatu dgn kekuatan alim ulama,ahli fikir yang bijaksana dan org2 politik untuk mmbantu palestin?

    • Wsm ww.

      Jawapannya, pemimpin2 negara umat Islam rata-rata tunduk dibawah Amerika, Rusia dll Kuasa-kuasa Besar, ibarat mereka pembantu-pembantu rumah (bibik) kepada tuan-tuan rumah. Jika satu taman perumahan hendak mengadakan program (contoh Sambutan Maulid Nabi), ia boleh dicapai melalui mesyuarat diantara tuan-tuan rumah. Ia tidak boleh dicapai melalui mesyuarat diantara pembantu-pembantu rumah.

      Jika ada perhimpunan ketua-ketua negara umat Islam hari ini utk membincangkan satu2 isu seperti Palestin dsb, ia adalah mesyuarat Pembantu-pembantu Rumah sahaja. Tkasih.

      Ustaz Halim.

  7. Assalamualaikom Ustaz.
    Apa kah amalan yang baik di bulan rejab dan saaban di malam2 nya.
    Terima kaseh

  8. saya minta keizinan untuk copy sedikit petikan ayat quran ini,,
    “Mahasuci Tuhan yang telah mengIsrakkan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya …” (Surah Al-Israk:1).. terima kasih… 🙂

  9. kita ratah balik israil…guna dana seluruh komuniti islam

  10. wah!banyaknye info menarik…saya mohon share ye…

Tinggalkan komen