Tahniah ISMA Australia

P1030079

Detik bersejarah pada 16/7/2009 di University of Melbourne… “Dengan ini saya mewakili Kedutaan Besar Malaysia di Canberra, merasmikan penubuhan Ikatan Muslimin Malaysia Australia (ISMA-Australia)”.

Pada 16/7/2009 lalu wakil kepada Tuan Yang Terutama (TYT), Duta Besar Malaysia di Australia, iaitu Setiausaha Satu (1st Secretary), Dr. Sirajuddin b. Suhaimee, merasmikan penubuhan ISMA-Australia, atas inisiatif ahli-ahli ISMA dikalangan mahasiswa/i di universiti-universiti di Australia. Sebelum ini TYT di Mesir telah merasmikan penubuhan ISMA-Mesir pada tahun lalu.Dengan penubuhan ini, ISMA hadir bersama-sama dengan badan-badan Malaysia yang lain di Australia seperti FAMSY-MSD, EHSAN, MISSA, PPMQ, MASCA dan lain-lain yang berdaftar dibawah Kedutaan Besar Malaysia di Canberra untuk memberikan khidmat dan kebajikan kepada kesemua para penuntut Malaysia di Australia tanpa mengira latarbelakang penaja, pengkhususan dan sebagainya.

P1030081

Memetik butang untuk persembahan montaj “Perasmian ISMA-Australia”.

P1030089

Detik ucapan perasmian … Sebahagian Generasi Sulung ISMA-Australia di tahun perasmiannya 2009. Semoga terus berkembang dan memberi khidmat bakti kepada agama , bangsa dan negara.

P1030110

Dari kiri, saya, Dr. Mohd. Ihsanuddin Abbas (Timbalan Pengerusi ISMA-Australia), Dr. Sirajuddin b. Suhaimee (Setiausaha Pertama di Kedutaan Besar Malaysia di Australia), Dr. Mohd. Zaki Ibrahim (Pengerusi ISMA-Australia) dan dibelakang beliau, Ustaz Hazizi Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Agung ISMA-Pusat. Latarbelakang ialah carta organisasi ISMA-Australia.

P1030103

P1030100

Saya yang turut hadir di majlis yang bersejarah itu amat menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Australia yang bukan sahaja sudi merasmikan penubuhan ISMA-Australia pada hari itu, bahkan menyatakan sepenuh hati bahawa pihak Kedutaan sememangnya mengharap wujudnya badan-badan pelajar seperti ISMA-Australia di bumi Australia untuk membantu pihak Kedutaan membuat capaian kepada bilangan penuntut Malaysia yang ramai bilangannya dan bertebaran di seluruh bumi Australia yang sangat luas. Permintaan dan cabaran yang diutarakan harus disahut oleh ISMA-Australia dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab.

P1030120

P1030122

Dimeja makan sebaik selepas majlis Seminar dan Perasmian disempurnakan.

Sehubungan dengan itu, saya menyarankan beberapa perkara demi kemajuan pelajaran dan kebajikan semua pihak warganegara Malaysia di Australia sempena penubuhan ISMA-Australia ini :

  1. Ahli-ahli ISMA menunjukkan contoh tauladan dan kejayaan yang terbaik kepada kesemua warga Malaysia di Australia diaspek-aspek pelajaran, akhlak, khidmat kebajikan pelajar, kesatuan, kerjasama dan sebagainya.
  2. Mengadakan hubungan erat dan bekerjasama sepenuhnya dengan Kedutaan Besar Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Australia dalam memberikan kebajikan dan khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan, khususnya kepada rakyat Malaysia di Australia.
  3. Menyatukan mahasiswa/i Malaysia di Australia dengan cara bekerjasama dengan badan-badan pelajar dan orang perseorangan tanpa mengira latarbelakang, kecenderungan dan seumpamanya. ISMA-Australia hendaklah sentiasa menghulurkan tangan kepada sesiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan tunjukajar demi kebaikan bersama.
  4. Bekerjasama dengan badan-badan Islam tempatan di Australia yang diiktiraf oleh Keduataan Besar Malaysia di Australia, guna menyumbang bakti dan mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam yang universal.

P1030131

Pengerusi ISMA-Australia, Dr. Mohd. Zaki bin Ibrahim, dan Ketua Wanita ISMA-Australia, Dr. Norhasliza binti Ahmad Fauzi di dewan perasmian, Elizabeth Murdoch Lecture Theatre, University of Melbourne.

P1030134

Sebahagian dari Urusetia program Seminar Mahasiswa Malaysia dan Perasmian ISMA-Australia bergambar kenang-kenangan setelah majlis melabuhkan tirai dan bersurai. Duduk di tengah-tengah di belakang banner ialah dari kiri Dr. Ihsanuddin Abbas (Timb. Pengerusi ISMA-Australia), Dr. Zaki Ibrahim (Pengerusi ISMA-Australia), saya dan Us. Hazizi Abd Rahman (Timb SUA ISMA-Pusat).

Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Australia, dan tahniah kepada Pengerusi ISMA-Australia, Dr. Zaki Ibrahim, Timbalan Pengerusi ISMA-Mesir, Dr. Ihsanuddin Abbas, Ketua Wanita ISMA-Australia, Dr. Norhasliza, kesemua AJK ISMA Australia peringkat nasional dan chapters, ahli-ahli ISMA Australia dan seluruh rakyat Malaysia di Australia di atas kelahiran dan perasmian yang bersejarah ini. ‘ISMA-Australia Untuk Semua”.

Ustaz Halim INIJALANKU   www.inijalanku.wordpress.com

16 Respons

  1. alhamdulillah…
    didoakan terus bergerak laju >>
    .
    .
    doakan HIRA’

  2. alfu mabruk…
    isma australia..

  3. Mabruuuuk. Alhamdulillah, beruntungnya mereka yang terawal menjadi ghurabak, penerus bagi ghurabak yang terdahulu.

  4. Malam Aspirasi Generasi Salahuddin – Pidato Perdana

    Jadual Pengajian Ilmu bagi Bulan Julai-Ogos 2009

  5. moga ISMA terus bertapak kukuh di australia..ameen

  6. Semoga pembukaan ini akan terus memberi sinar dakwah yang mantap..

    Ustaz, maaf bertanya.ana ada satu pertanyaan. Perlukan jawapan :

    Tentang politik dan dakwah? apa pandangan Isma tentang politik? kemudian suara yang mengatakan isma mengasingkan politik dan dakwah ?

    Boleh ustaz beri penjelasan mengenai keadaan ini secara terperinci?

    Harap boleh emailkan pada ana : ainurdina@yahoo.com

    • Dakwah Islam merangkumi semua aspek dunia dan Akhirat. Politik adalah sebahagian darinya. Bezanya ISMA meyakini diri, keluarga dan masyarakat mestilah dididik atau dalam bahasa Arab, ditarbiyah, lalu menghayati Islam yang sejati, dan menjadi asas kepada politik dan negara Islam. Mereka tanpa didikan Islam yang sebenar akan menjadikan politik hilang punca dan tidak membawa kepada matlamat yang Islam gariskan. Tkasih. – Ustaz Halim.

  7. salam: mabruk isma austrlia..moga kehadiran ISMA Aus membangkitkan syiar Islam dan menyinari bumi Aus dng cahaya dakwah n tarbiyah islamiyah.

  8. Moga menjadi pace-setter untuk tempat-tempat lain di seluruh dunia.
    Tahniah!

  9. tahniah buat ISMA-Australia,
    mudah-mudahan rakan2 ISMA terus bergerak maju..

  10. Salam ust..
    Apa pandangan ISMA terhadap PAS?
    Bila ust dh jawan soalan ini tolong bagitaw kat ruangan chatbox sy yer. (untuk perjuangan di UPSI) 🙂

  11. nilah..Penulis Blog Bushro yang mengaku Noordin M Top
    http://sudutp4nd4ng.wordpress.com

  12. salam~

    mabrukk!! muga ISMA Aussie terus tegap menongkah masa depan =)

    fastabiqul khairat~

  13. Kuliah Pengajian Syeikh Fuad Kamaluddin
    Pengajian Kitab bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin
    Hari ini di Surau Kemensah Heights
    Muslimin & Muslimat semua dijemput hadir,

    Tarikh : 4 Ogos 2009 (SELASA – MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib
    Tempat : Surau Kemensah Height, belakang Zoo Negara.

  14. Tahniah ISMA-Australia…moga terus maju ke hadapan

  15. Tahniah buat ISMA-Australia. Semoga terus menyalurkan generasi terbaik buat penerus perjuangan di bumi Malaysia tercinta.

    Salam perjuangan!!

    Omar Kassim
    SU ISMA Seremban
    Adelaidean 1995-99

Tinggalkan komen