Mencari Ulamak Dakwah yg hakiki

Ustaz Mustafa As-Sibaie (kiri), pengasas Ikhwan Muslimin Syria, Imam Hasan Al-Banna (tengah), pengasas Ikhwan Muslimin. Foto 1948 ketika persiapan Jihad Islami tindakbalas menentang perisytiharan PBB terhadap kelahiran baru negara haram “I.s.r.a.e.l”. “Risalah Al-Jihad” Hasan Al-Banna, tajmik dan tarbiyahnya mencetus Jihad Moden Abad 20 mampu berdepan agenda jahat Yahudi, Nasrani dan Komunis yang licik lagi terancang menentang umat Islam di merata pelusuk dunia.

<Update 8/10/08 Komen Pelawat & Respon Saya> Menyambung dari alam sains kejuruteraan di Barat ke alam sastera agama di Timur Tengah merupakan satu nikmat dan anugerah Allah swt yang sangat besar yang saya rasakan. Ia membuka lebih luas ufuk tasawwur dan pemikiran, juga meninggikan lagi ufuk harapan dan keazaman dalam perjuangan Islam. Ia bukan sahaja satu tambahan dari satu bidang ilmu ke satu bidang ilmu yang lain, tetapi ia juga satu lonjakan kehidupan dan pengalaman dari satu falsafah kepada satu falsafah yang lain. Di kedua-dua alam tersebut, saya bukan sahaja hidup dalam alam pengajian tetapi juga berkesempatan bekerja dan bergaul dalam banyak bidang kehidupan, pemikiran dan budaya berbagai rumpun bangsa.

Setelah pulang ke tanahair Malaysia sejak lebih 10 tahun lalu, saya dapat menyimpulkan bahawa banyak perbezaan-perbezaan dikalangan para pendakwah adalah lahir dari berbezanya tahap yang dimiliki di segi ilmu syarak, fiqh Dakwah hasil pandangan dan tulisan para Salafus Soleh, latarbelakang kehidupan dan pendedahan ketika di alam pengajian serta kerjaya masing-masing di tanahair.

Setiap bidang ilmu dan karier para Duat memainkan peranan penting bagi Dakwah di Malaysia samada bidang agama, bahasa Arab, sains, sastera, ekonomi, undang-undang, pelajaran, kemahiran, pertukangan, perkhidmatan dan sebagainya. Dakwah Islam zaman kini sangat memerlukan kepada berbagai Duat dari pelbagai pengkhususan. Adapun di kesempatan ini saya ingin menyentuh kepada mereka yang hidup dibidang pengajian Islam dan Bahasa Arab. (Pengkhususan lain akan saya cuba sentuh dilain kesempatan, insyaAllah).

2)  Asas Dakwah kita ialah faham (ilmu) dan ikhlas. Tanpa ilmu Syarak, kita sukar mengemudi Dakwah mengharungi arus Jahiliyah, pemikiran dan sistem, yang sungguh bergelora pada akhir zaman ini. Hanya dengan satu dua nas (dari puluhan ribu nas sahih) dan satu dua kaedah Syarak (dari ratusan Qawaid Fiqhiyah), kita tidak mampu menafsir dan merungkai permasalahan Amal Islami yang kompleks dan penuh syubhaat. Dalam sains, contohnya dalam simultaneous equation, dua variables tidak boleh diselesaikan melainkan dengan dua equations. 100 variables memerlukan 100 equations. Begitu juga dalam Syarak dan Amal Dakwah. Saya melihat ada golongan pendakwah yang berpegang teguh kepada First Generation Theory (teori generasi pertama dakwah mesti juga mencapai Negara Islam dalam hidup mereka, bukan generasi anak-anak selepas mereka) hanya berdalilkan Nabi saw mencapai Daulah Islam dalam hayat Baginda saw. Kesannya, strategi, pelan tindakan digubal sedemikian rupa dengan langkah terburu dan gopoh untuk menang cepat, berpolitik kepartaian semata-mata dan mengabaikan banyak aspek Dakwah, tarbiyah dan pembinaan asasi dalam masyarakat. Lebih sedekad di Tanahair, saya memerhati tidak sedikit para Duat yang kurang ilmu atau equations namun mengemukakan solution dan resolution kepada variables yang berbagai. Natijahnya ialah Dakwah tidak kemana dan para pendakwah sendiri ramai yang tidak jelas tujunya ke mana. Lihat dan kajilah nas-nas, kaedah-kaedah Syarak dan sunan kauniyah (sunnah-sunnah alam) yang lain dengan lebih lengkap dan sempurna, nescaya kita akan mendapat jawapan, strategi, plan dan tindakan yang lain pula. Jangan pula disalah anggap. Aspek politik kepartaian itu penting dan adalah sebahagian dari Dakwah Islam. Adapun contoh yang saya bawa diatas, ia merujuk kepada sebahagian Duat yang berpegang kepada Islam mesti menang dalam usia diri mereka sendiri, sebelum mati.

3)  Fiqh Dakwah atau kefahaman mengemudi Dakwah yang terbaik ada pada Generasi Para Sahabat ra dan para Salafus Soleh (3 kurun pertama-Hadis). Oleh itu ungkapan, kehidupan dan perjuangan mereka menjadi penafsir paling tepat kepada Jalan Dakwah atau Islam itu sendiri, samada diaspek haraki, jihad, kepimpinan, jemaah maupun aspek akhlak, tasauf, penyakit dan ubat hati, pendinding tipudaya Syaitan dan hawa nafsu dsb. Kesemua tulisan peninggalan mereka ibarat ribuan ubat-ubatan di farmasi. Tanpa doktor atau ahli farmasi berkelayakan, ubat hanya akan tinggal ubat di rak tanpa dapat digunakan oleh sipesakit yang sangat memerlukannya. Seorang kerani di farmasi hanya akan menghulurkan panadol atau seumpamanya setiap kali pelanggan datang meminta ubat. Dia hanya mampu beraksi berdasar pengetahuan atau pengalaman sempit yang ia miliki. Begitu dalam Dakwah ini, tanpa Ulamak Dakwah yang mampu dan mempunyai access ke khazanah peninggalan Salafus Saleh ini, kapal Dakwah ini akan hilang nakhodanya lalu hanya menyerah kepada ombak politik kepartaian dan isu-isu semasa semata-mata ke arah mana sahaja yang akan mendamparkannya ke pantai yang disukainya. Dia tidak mempunyai pelabuhan tertentu yang hendak dituju dan sanggup melawan taufan dan badai demi selamat berlabuh di situ, yang dituju dan tidak di jeti atau pantai yang lain.

Dengan sedikit muqaddimah di atas, saya berpesan kepada diri saya dan pelajar-pelajar agama dengan beberapa pesanan :

1)  Hendaklah menyedari peranan yang sangat besar yang akan kalian mainkan di dalam Jalan Dakwah di Malaysia. Ikhlas dan jadikan Allah dan DakwahNya sebagai matlamat pengajian kita, bukan sekadar untuk mencari kerja nafkah walaupun ramai manusia lain sebegitu. Yakinlah bahawa rezeki di tangah Allah. Tanam niat bekerja sendiri kerana Dakwah, nescaya Allah akan mencukupkan untuk kita dengan limpahNya. Hakikat ini banyak berlaku di Malaysia dan boleh dikongsi bersama. Berwaspada terhadap godaan dunia, kerana saya perhatikan ramai ulamak futur atau terus gugur tidak lain melainkan kerana pangkat dan harta dunia, belum lagi diuji dengan kesakitan dan kepayahan perjalanan jauh di Jalan Dakwah.

2)  Sempurnakan ilmu-ilmu Syarak yang dipelajari dan hayati benar-benar setiap madah (subjek) yang dilalui. Dari pengalaman saya, untuk lulus peperiksaan adalah mudah, namun menghayati ilmu-ilmu tersebut adalah satu seni dan ruh yang lain pula. Hendaklah kalian menguasai bahasa Arab dengan baik kerana ia adalah salah satu kunci kepada meraih khazanah para Salafus Saleh. Kuasai dengan baik ilmu bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah, fiqh lughah, adab (jahili, umawi, abbasi, andalusi dll), arudh, dll. disamping ilmu asas Islam yang lain seperti tauhid, tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, qawaid dsb. Berusaha menghafaz Al-Quran, As-Sunnan As-Sittah (Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jamik At-Tirmizi, Sunan An-Nasaie, Sunan Ibnu Majah) dan segala mutiara dari ungkapan-ungkapan rabbani para Salafus Soleh.

3)  Tingkatkan pengalaman dan bacaan dalam Dakwah seperti berpersatuan, dakwah fardiyah, menghabiskan buku-buku tulisan Salafus Soleh, mujaddid Abad 20-21, tokoh ulamak muktabar, para Syuhadak, tokoh dan pemimpin gerakan Islam dsb. Berusaha menghafaz ungkapan-ungkapan penting sebanyak mungkin. Jangan sekali-kali terikat sekadar buku-buku kuliah, nanti hidup akan terikat hanya dengan karier periuk nasi di pejabat atau sekolah. Bahkan libatkan diri dengan bersungguh dan ikhlas serta baca sebanyaknya buku-buku Dakwah, nanti hidup, sebagai Ulamak Dakwah, akan sibuk membina generasi dan masyarakat serta membenteras tipudaya dan musuh-musuh Allah.

Jika kekawan engineer disekeliling kita mampu memimpin pembinaan bangunan-bangunan, doktor berjaya memimpin rawatan pesakit-pesakit, akauntan sempurna merekod kewangan syarikat gergasi, maka Ulamak Dakwah mesti mampu memimpin dan memandu usaha-usaha perubahan jiwa dan akhlak masyarakat. Itulah karier sebenar Ulamak Dakwah walaupun dalam banyak segi, pulangan keduniaannya tidak sehebat pulangan karier-karier yang lain, kesannya tidak seketara produk karier yang lain, namun ganjaran di Akhirat bagi mereka, dan orang-orang yang bersama bekerja dengan mereka, amat lumayan dan berkekalan.

Setiap orang Islam yang belum mencapai tahap pakar dalam meneliti dalil-dalil hukum furuk, hendaklah dia mengikut mana-mana imam dari imam-imam dalam agama. Dikala dia mengikut seseorang imam, elok seboleh mungkin dia mengetahui dalil-dalil (yang digunakan oleh imam ikutannya). (Dalam pada itu) dia boleh menerima setiap bimbingan (imam lain) yang disertai dengan dalil sekiranya jelas padanya kebaikan dan kemampuan imam yang mengemukakan bimbingan tersebut. Sekiranya dia dari kalangan ahli (pengkhususan) ilmu (agama), hendaklah dia menyempurnakan mana-mana kekurangan ilmu dalam dirinya sehinggalah dia mencapai tahap pakar ” (Usul ke 7 dari Usul 20 Hasan Al-Banna).

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

KOMEN & SOALAN PELAWAT BLOG :

Salam Ustaz,
Kalau kita lihat pimpinan ikhwan muslimin yg lalu, As-syahid Hassan al-Banna, Hassan Hudaibi, Umar Telmisani, Mustaffa Masyur, Syed Qutb, Abdul Kadir Audah, bukankah mereka ini drp aliran pendidikan bukan agama. Mereka adalah guru, sasterawan dan hakim-hakim. Oleh itu saya rasa dalam dakwah tidak perlu SEMUA org mendalami pengkhususan ilmu yg disebutkan oleh Ustaz dgn tidak menafikan perlunya ada org2 seperti Muazd bin Jabal, Abdullah bin Mas’ud, Ubaiy bin Kaab yg menjadi pakar rujuk dlm jamaah… tapi tidak semua org perlu menjadi pakar rujuk.
Dalam keadaan kegawatan sekarang samada di Msia atau di luar negara kita perlu mengambil peluang dengan cepat dan strategik yg berhemah utk memimpin ummah yg berada didlm kegelapan. Krisis kewangan dan ekonomi Amerika membayangkan petanda awal kejatuhan empayar kapitalis yg amat berkuasa di dunia sekarang ini dan perancangan Allah utk menggantikannya dengan kuasa politik dan ekonomi yg baru. Begitu juga dengan krisis kepimpinan yg berlaku di dalam negara mutaakhir ni. Apakah Allah akan memilih kita utk mewarisi kepimpinan ini sedangkan kita terlalu lambat dan masih lagi membincangkan kaedah2, jalan2 dan ilmu2 mana yg patut diutamakan atau adakah org lain yg lebih layak.
WaAllaahu A’lam.

RESPOND RINGKAS SAYA :

Posting saya “Mencari Ulamak Dakwah yang hakiki” memfokus golongan Duat yang pengkhususan mereka dibidang agama. Hukumnya ialah Fardhu Kifayah, iaitu tak perlu semua orang membuat pengkhususan itu. Tentang Hasan Al-Banna, elok dirujuk tulisannya “Muzakiraat Ad-Dakwah wad Daiyah” (Diari Dakwah ini dan Pendakwahnya) dan buku-buku lain tentang beliau. Siapa yang menelaah buku-buku tersebut, mendapati ilmu beliau ketika di sekolah rendah (lihat bab awal bertajuk “Madrasah Rasyad Ad-Diniyah” dll) secara umumnya melebihi ilmu graduan pelajar kita dibidang Peng Islam & Bah Arab. Balik dar sekolah rendah beliau tolong membacakan kitab-kitab turaath (Ummahatul Kutub – “kitab-kitab utama/asli dalam ilmu Islam”) untuk gurunya Syeikh Zahran, seorang ulamak yang buta, sedang kebanyakan lulusan pengajian Islam dari kalangan pelajar Melayu, walaupun boleh menjawab peperiksaan dan menjadi graduan, namun menghadapi kesulitan membaca tulisan Arab dengan ikrabnya yang tepat terutamanya kitab-kitab turath. Sedang membacakan untuk Syeikh Zahran, datang tetamu dikalangan ulamak, lalau Hasan Al-Banna, ketika itu disekolah rendah, sering mendengar perbahasan-perbahasan fiqh diantara ulamak yang datang bertamu tersebut. Kebanyakan ribuan hadis yang dihafaz Hasan Al-Banna adalah dihafaz dari Syeikh Zahran ketika beliau disekolah rendah, sedang lulusan pengajian Islam dikalangan pelajar Melayu menghafaz tidak melebihi 100 hadis dizaman pengajian di universiti. Seluruh pelajar jurusan agama tidak akan menghafaz syair kecuali beberapa belas rangkap, kecuali pelajar fakulti Bahasa Arab di negara Arab akan menghafaz beberapa puluh rangkap syair Arab. (Syair mempunyai kedudukannya dalam seni bahasa Arab dan pengajian Islam – perbahasannya panjang). Hasan Al-Banna ketika disekolah menengah sudah menghafaz lebih 18,000 rangkap syair, dan sebanyak itu juga rangkap sastera nathr (bukan bentuk syair). Sila rujuk kitab Muzakiraat Dakwah wad Daiyah “Diari Dakwah ini (Ikhwan Muslimin) dan Pendakwahnya (Hasan Al-Banna)” dan kitab-kitab lain. Ini hanya beberapa contoh dari pelbagai ilmu beliau dizaman kanak-kanak dan remaja. Tiada siapa dapat berdepan dengan Professor Taha Hussein, pakar bahasa Arab dari Mesir, menjadi orientalis ketika di University Sorbonne, Paris. Akhirnya orang ramai meminta Hasan Al-Banna berdepan dengannya walaupun pada mulanya Hasan Al-Banna enggan kerana lebih suka menumpu kepada Dakwahnya. Setelah didesak, Hasan Al-Banna bersetuju, dan sempat membaca buku Taha Hussein di dalam bas ketika dalam perjalanan ke tempat debat. Di dewan, Hasan Al-Banna mengkritik dengan menghafaz satu demi satu mukasurat kitab sehingga jelas segala yang kelabu. Taha Husein berkata, “Alangkah bagus sekiranya aku mempunyai pesaing seperti Hasan Al-Banna”. Oleh itu beliau diantara contoh Ulamak Dakwah hakiki yang kita cari untuk Dakwah hari ini. 

Mesir berbeza dengan Malaysia. Walau apa bidang pengajian As-syahid Hassan al-Banna, Hassan Hudaibi, Umar Telmisani, Mustaffa Masyur, Syed Qutb, Abdul Kadir Audah dll, ilmu-ilmu asas bahasa Arab dan Islam seperti Nahu, Saraf, Balaghah, adab, dsb mereka miliki semasa pengajian di sekolah rendah dan menengah. Hampir kesemua mereka memahami Al-Quran apabila dikumandangkan ketika solat atau ceramah. Pengkhususan mereka hanya berlaku semasa di universiti, berbeza dengan sistem pembelajaran di Malaysia dimana secara umumnya pengkhususan berlaku sejak kecil sehingga boleh berlaku seorang yang berpendidikan tinggi tidak memahami Al-Quran dan Al-Hadis apabila dibacakan, samada terjemahan atau tafsirannya, madah pujangga para Salafus Soleh apabila diungkapkan dalam memandu satu-satu isu dan sebagainya.

Hasan Al-Banna dan Sayyid Qutb berkelulusan Darul Ulum. Darul Ulum di Universiti Kaherah adalah seperti Akademi Islam di Universiti Malaya. Hingga ke hari ini Darul Ulum mendakwa sebagai benteng terakhir bahasa Arab seperti tertera dibangunannya “Kalau Hilang Bahasa Arab, Kamu Akan Mendapatinya di Darul Ulum” :). Hari ini graduan Syariah di Al-Azhar boleh menyambung Masters di Darul Ulum, tetapi Darul Ulum tidak menerima graduan Bahasa Arab Al-Azhar. Hanya graduan Bahasa Arab Darul Ulum sahaja yang boleh menyambung Masters di Darul Ulum …

Posting saya “Mencari Ulamak Dakwah yang hakiki” adalah menyentuh para ulamak atau mereka yang membuat pengkhususan di bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Ia bukan menyentuh aspek kepimpinan dalam gerakan atau organisasi perjuangan Islam. Aspek kepimpinan mempunyai perbahasannya yang tersendiri pula. Terima kasih.

www.inijalanku.wordpress.com

KOMEN PELAWAT 01 :

Salam Ustaz,
Pandangan saya, dalam keadaan berbagai2 pandangan dan jalan dalam mencapai matlamat dakwah kita kena meraikan dan menghormati usaha2 pendakwah2 yg ikhlas berjuang dibumi Msia atau ditempat2 lain. Jangan ada anggapan atau perasaan yg cara kita saja yg betul atau diterima Allah, cara org lain tak akan membawa hasil yg diingini… ini satu sikap yg saya rasa tidak patut ada ada pada seorg pendakwah. Perbezaan pendapat akan sentiasa ada selagi dunia ini belum kiamat kerana itu adalah ‘nature of human being’, Allah menjadikan manusia dengan kepelbagaian ini. Untuk mengharapkan semua pendakwah menerima cara dan jalan yg sama utk mencapai matlamat adalah mustahil, tidak pernah berlaku sejak dahulu hingga sekarang. Yg penting bagi saya, dengan jumlah pendakwah yg terhad terutamanya di Msia berbanding byk kerja2 dakwah yg perlu dilaksanakan dan masalah umat semakin parah, adalah penting para2 pendakwah berlapang dada dan compliment each other.

RESPOND SAYA :

Kita sangat mengalu-alukan perbezaan pandangan dan jalan Dakwah yang disertai dalil yang kuat (rujuk Usul ke 7 dari Usul 20). Oleh sebab perbezaan pandanganlah Islam sangat menggalakkan mesyuarat atau Syura. Kepelbagaian cara dan jalan Dakwah oleh kumpulan-kumpulan Islam, asalkan tidak memerangi sesama sendiri, akan menguntungkan Dakwah Islam juga akhirnya.

Namun posting saya “Mencari Ulamak Dakwah yang hakiki” bukan menyentuh jalan atau cara Dakwah secara umum berbagai gerakan Dakwah, akan tetapi hanya berbicara kepentingan wujudnya Ulamak Dakwah dalam sesuatu organisasi memperjuangkan Islam, serta bahaya berjuang apatah lagi memimpin tanpa ilmu dengan saya mengambil satu contoh teori yang menggunaan dalil secara yang salah iaitu Islam mesti menang dalam usia Generasi Pertama Dakwah di sesuatu tempat, hanya bersandarkan dalil Nabi saw mencapai Daulah Islam Madinah semasa hayat Baginda saw, dan kumpulan pertamalah yang lebih memahami Dakwah berbanding generasi-generasi selepasnya (mungkin bersandar hadis “Sebaik-baik kurun adalah kurun aku (Nabi saw), kemudian kurun selepasnya, kemudian kurun selepasnya (?)”. Generasi pertama gerakan-gerakan Dakwah di negara-negara Arab dan India-Pakistan sudah hampir pupus dan kini generasi kedua mengambil alih zaman. Di Malaysia, generasi pertama yang berjuang sebelum Merdeka juga hampir pupus dan kini generasi kedua memegang panji-panji. Saya melihat tidak mustahil, bahkan sedang berlaku generasi kita hari ini di Malaysia lebih jelas fikrahnya berbanding generasi terdahulu sebelum Merdeka. Generasi selepas ini lebih baik dari generasi hari ini kerana dibesarkan dalam keluarga para Duat, ramai yang tahfiz, access kepada maklumat dunia Islam dan pandangan para Ulamak dunia lebih mudah dsb.

Kali pertama saya mendengar teori ini ialah pada tahun 1986 dalam satu ceramah di New Castle, Australia oleh seorang jurutera dari Malaysia. Kali kedua saya mendengarnya pada tahun 1996 dari seorang doktor perubatan Malaysia di Makkah Al-Mukarramah, dan kali ini pada 2006 kefahaman tersebut nampak lebih ketara dalam ramai pekerja-pekerja dakwah, tidak berubah kefahaman terhadap teori tersebut walau telah berlalu lebih 2 dekad.

Kita akan ditanya tentang amalan-amalan kita dan tidak akan ditanya tentang hasil amalan kita. Dalil-dalil dan perbahasannya panjang ..

Advertisement

14 Respons

  1. Allahu Akbar!! Moga ALLAH mudahkan urusan kalian.
    Moga kami yg tidak berpeluang utk menceburi bidang agama still dapat menyumbang kepada da’wah ini.
    Eid mubarak..taqabbalaLlahu minna wa minkum

  2. Salam Ustaz,
    Pandangan saya, dalam keadaan berbagai2 pandangan dan jalan dalam mencapai matlamat dakwah kita kena meraikan dan menghormati usaha2 pendakwah2 yg ikhlas berjuang dibumi Msia atau ditempat2 lain. Jangan ada anggapan atau perasaan yg cara kita saja yg betul atau diterima Allah, cara org lain tak akan membawa hasil yg diingini… ini satu sikap yg saya rasa tidak patut ada ada pada seorg pendakwah. Perbezaan pendapat akan sentiasa ada selagi dunia ini belum kiamat kerana itu adalah ‘nature of human being’, Allah menjadikan manusia dengan kepelbagaian ini. Untuk mengharapkan semua pendakwah menerima cara dan jalan yg sama utk mencapai matlamat adalah mustahil, tidak pernah berlaku sejak dahulu hingga sekarang. Yg penting bagi saya, dengan jumlah pendakwah yg terhad terutamanya di Msia berbanding byk kerja2 dakwah yg perlu dilaksanakan dan masalah umat semakin parah, adalah penting para2 pendakwah berlapang dada dan compliment each other.

    • sokong sesokongnya. berlapang dada dan menuju penyatuan. bukan hanya berebut hedak jadi ketua sahaja. atau nak berebutjadi ketua

  3. subhanAllah, kalau yang mendalami ilmu agama perlu sebegitu tinggi, apatah kami yang bukan bidangnya dalam pengkhususan agama. sungguh, orang yang ditentukan Allah oportuniti mempelajari bidang agama ini sangat bertuah, kalau mereka tahu dan sedar….

    semoga kita tetap tsabat dan utuh di jalan-Nya. kerja dakwah kerja semua manusia Muslim yang mukallaf… kita akan mencuba sebaik mungkin mengikut kemampuan diri, in sya Allah…

    jzkk ustaz untuk entri ini…

  4. Ana sokong kata-kata Im di atas. Bukan maksud kami untuk berdalih daripada berdakwah tapi peranan antum semua (golongan agama) amat diperlukan dalam membawa dakwah di Malaysia..

    InsyaAllah sama-sama kita pikul beban ini..

  5. Salam Ustaz,
    Kalau kita lihat pimpinan ikhwan muslimin yg lalu, As-syahid Hassan al-Banna, Hassan Hudaibi, Umar Telmisani, Mustaffa Masyur, Syed Qutb, Abdul Kadir Audah, bukankah mereka ini drp aliran pendidikan bukan agama. Mereka adalah guru, sasterawan dan hakim-hakim. Oleh itu saya rasa dalam dakwah tidak perlu SEMUA org mendalami pengkhususan ilmu yg disebutkan oleh Ustaz dgn tidak menafikan perlunya ada org2 seperti Muazd bin Jabal, Abdullah bin Mas’ud, Ubaiy bin Kaab yg menjadi pakar rujuk dlm jamaah… tapi tidak semua org perlu menjadi pakar rujuk.
    Dalam keadaan kegawatan sekarang samada di Msia atau di luar negara kita perlu mengambil peluang dengan cepat dan strategik yg berhemah utk memimpin ummah yg berada didlm kegelapan. Krisis kewangan dan ekonomi Amerika membayangkan petanda awal kejatuhan empayar kapitalis yg amat berkuasa di dunia sekarang ini dan perancangan Allah utk menggantikannya dengan kuasa politik dan ekonomi yg baru. Begitu juga dengan krisis kepimpinan yg berlaku di dalam negara mutaakhir ni. Apakah Allah akan memilih kita utk mewarisi kepimpinan ini sedangkan kita terlalu lambat dan masih lagi membincangkan kaedah2, jalan2 dan ilmu2 mana yg patut diutamakan atau adakah org lain yg lebih layak.
    WaAllaahu A’lam.

  6. Perbezaan dalam pendakwah adalah fitrah. Kerana setiap pendakwah ada ijtihad dan satu manhaj yang dia ikuti . Tetapi masalah yang sebenarnya timbul ialah apabila seseorang pendakwah itu mengisytiharkan sesuatu yang dia sendiri tidak fahami/tidak ada ilmu tentangnya.
    Lebih buruk lagi apabila budaya berbincang/syura dgn mereka yang ‘ahli'(berpengetahuan dlm sesuatu bidang) dimatikan/dimanipulasikan.

    Tidak salah jika mana-mana pendakwah mengikut apa2 manhaj pun krn itu hak mereka, namun tak adillah apabila pendakwah itu claim sesuatu yang tidak mereka lakukan/ketahui.

  7. Salam wbt,

    Jazakallah Ustaz atas entry yang sangat menarik. Teringat hasil tulisan Ustaz MM dalam Tareequd Dakwah yang menggariskan Ta’rif, Takwin dan Tanfiz sebagai 3 marhalah penting dalam dakwah. Betapa untuk menjayakan fasa Ta’rif (yang akan menentukan fasa berikutnya) memerlukan kepada para dhuat itu sendiri mempunyai ilmu dan kefahaman yang mendalam terhadap Islam (asas, pemikiran, waqi’ dan pergolakan yang berlaku dalam dunia Islam itu sendiri) sebelum menyampaikan kepada orang lain. Juga bagaimana Ustaz Hassan Al-Banna menggariskan kepentingan elemen ini dalam Rukun pertamanya dalam Usul 20-faham

    “Adapun di kesempatan ini saya ingin menyentuh kepada mereka yang hidup dibidang pengajian Islam dan Bahasa Arab. (Pengkhususan lain akan saya cuba sentuh dilain kesempatan, insyaAllah).”

    Tak sabar menunggu entri untuk pengkhususan lain, khasnya untuk pelajar2 perubatan. ASAP ye Ustaz? =)

    Wassalam wbt

  8. Pandangan ustaz ab halim adalah hasil daripada pengalamannya yang agak berbeda dgn ustaz-ustaz lain.

    Tahniah sheikh.

  9. subhanallah. sgt menarik dan saya rasa sgt perlu untuk dikongsikan kpd anak2 muda yg akan jadi pelapis duat akan dtg untuk mengetahui peranan mereka msg2 dalam kerja2 dakwah di msia, tak kira apa jua jurusan mereka. tak sabar saya nak tunggu penjelasan ustaz ttg jurusan selain Islam and arab, spt yg uz janjikan tu.

  10. kalau PM mencari As-Shafie dan Al-Ghazali, gerakan dakwah kat Malaysia perlu murabbi Rabbani seperti Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani. Hati itu raja. Jika baik raja, baiklah segala rakyatnya.

    Hasan Al-Banna menyifatkan pertubuhan IM antaranya ialah Tariqah Sufiyyah. Di Malaysia, banyak tariqah sufiyah yang mempunyai ramai ahlinya. Mereka amat hampir dengan matlamat IM sendiri.

  11. Jkkk ustaz….
    Btul3.. X sabar nak dgr dan cuba hadam tentang bidang2 lain lak.. (engineering mayB? =) )

  12. salam, kpd aburazin, satu pembetulan iaitu dalam IM bukan tariqah sufiyah, tapi “Hakiqah Sufiyyah “dan “Toriqah Sunniyyah” apa maksud dan bezanya tanya ustaz Abdul Halim i.Allah dia lebih fasih utk menjelaskannya…

  13. salam ust ana copy artikel ni dan diselitkan dgn rujukan dari penulis asal..-deriaislah.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: