Kepentingan Kalimah Syahadah

1. PINTU MASUK KE DALAM ISLAM

Dua kalimah syahadah iaitu لا إله ألا الله ، محمد رسول الله adalah pintu masuk bagi seseorang untuk masuk ke dalam agama Islam lalu mendapat kesejahteraan di dunia dan di Akhirat dengan mendapat keredhaan Allah swt dan SyurgaNya. Sabda Rasulullah saw :

: ((بُنِي الإسلامُ عَلى خَمْسٍ: شَهادةِ أنْ لا إلهَ إلاَّ الله، وأنَّ مُحمَّداً عَبْدُه وَرَسولُهُ، وإقامِ الصلاةِ، وإيتاءِ الزَّكاةِ، وحَجِّ البيتِ، وصَومِ رَمضانَ)). رَواهُ البُخارِي ومُسلمٌ.

bermaksud, “Islam dibina di atas 5 asas, iaitu persaksian bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya, mendirikan Solat, membayar Zakat, menunaikan Haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan” (hadis sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

{ وَمَن یَبۡتَغِ غَیۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِینࣰا فَلَن یُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ }

bermaksud, “Siapa yang memilih selain Islam sebagai agama maka tidak akan diterima darinya. Di hari Akhirat dia dari golongan yang rugi (tidak mencium bau Syurga)” [Surah Âl-`Imrân: 85]

2. IA INTISARI AJARAN ISLAM

Semua intisari ajaran Islam adalah terkandung dan terbina di atas asas syahadah لا إله إلا الله محمد رسول الله dalam pengertiannya yang sebenar. Firman Allah swt :

{ وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِیۤ إِلَیۡهِ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنَا۠ فَٱعۡبُدُونِ }
bermaksud, “Tidaklah Kami (Allah) telah mengutuskan rasul sebelum kamu (wahai Muhammad) melainkan Kami mewahyukan kepadanya bahawa tiada Ilah selain Aku (Allah) maka hendaklah kamu mengabdikan diri (kepadaKu) [Surah Al-Anbiyâ’: 25]

Firman Allah swt :

3.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: