60 Tahun Penjajahan Israel (15/5/1948-2008)

Pelarian Palestin 1948. Hari ini kanak-kanak tersebut berumur 70an di kem pelarian luar Palestin atau telah meninggal dunia tanpa sempat pulang ke kampung halaman mereka yang asal. Bagi kebanyakan mereka tiada harapan melainkan kepada Allah dan Gerakan HAMAS (Ikhwan Muslimin cawangan Palestin) untuk mereka pulang. Adapun kebanyakan pemimpin dan umat Islam lain di dunia, mereka samada sedang dibuai mimpi atau takut hilang kerusi.

<Ayuh Demo di Pej PBB, Damansara, KL 10am 16/5/2008. Lihat Lampiran><Updated 15/5/2008 +Penyelesaian> Pada hari Khamis 15/5/2008 ini, genap 60 tahun umat Islam belum dapat membebaskan bumi berkat Palestin dari penjajahan Yahudi. Ini sekaligus tanda yang jelas betapa umat Islam hari ini berada di dalam keadaan yang paling lemah dalam sejarah 1400 tahunnya yang panjang.

Penjajah British yang mula menawan Palestin pada tahun 1917, setelah membuat penghijrahan Yahudi secara terancang masuk membanjiri Palestin, akhirnya menyerahkan bumi Islam ini kepada pendatang Yahudi pada tahun 1947 dan tertubuhlah negara haram “Israel”. PBB mengiktiraf “Israel” pada tahun 1948. Peristiwa pedih bersejarah ini dikenali sebagai “AN-NAKBAH” bermakna malapetaka, berlaku pada 15/5/1948. Selepas itu bagi memastikan bilangan pendatang Yahudi mengatasi bilangan pribumi Palestin, pembunuhan dan pengusiran beramai-ramai dilakukan seperti tragedi Dier Yassin, Shabra Shatila dan banyak lagi. Hasilnya hari ini, 6 juta pelarian Palestin merempat di negara-negara jiran seperti Jordan, Lubnan, Syria dan di merata dunia termasuk negara-negara Barat.

Sudah jatuh ditimpa tangga, setelah menguatkan kedudukannya 20 tahun di Palestin sejak 1948, lalu pada tahun 1967 Israel menyerang dan menawan Bukit Golan milik Syria, Tebing Barat milik Jordan dan Gaza milik Mesir dan masih mencengkamnya sehingga ke hari ini. Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu Pelarian Palestin untuk kembali ke tanahair mereka, isu Golan, Tebing Barat dan Gaza sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel di satu pihak dan dilindungi oleh puluhan kuasa Veto oleh Amerika di Majlis Keamanan PBB, badan yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang dan resolusi antarabangsa. Dengan ini PBB sengaja dilumpuhkan oleh Veto Amerika bila berdepan dengan isu Israel menjajah Palestin.

Selepas 30 tahun penubuhannya untuk membebaskan Palestin, PLO akhirnya telah berdamai dan mengiktiraf “Israel” dalam Perjanjian Oslo 1993 tanpa mendapat apa-apa pulangan selain elaun bulanan dari Amerika dan Eropah. Umat Palestin beralih kepada HAMAS yang masih utuh dengan prinsip membebaskan Palestin dan tidak mengiktiraf “Israel”. Dalam Pilihanraya Umum Palestin 25/1/2006, HAMAS menang lalu Israel, Amerika, Eropah, banyak Negara-negara Arab dan Islam yang sememangnya mengikut arahan Barat mengadakan sekatan minyak, makanan, kewangan dan sebagainya terhadap 1.5 juta penduduk Gaza, Palestin hingga ke hari ini sebagai hukuman kerana memilih HAMAS untuk memimpin mereka dalam proses “Demokrasi” yang kononnya diperjuangkan oleh Barat.

Pengasas Penjajahan Iraq Abad 21, Presiden Bush dan isteri tiba di Israel semalam 13/5/2008 untuk meraikan Ulangtahun ke 60 penubuhan negara “Israel”. Turut menyambut beliau di Ben Gurion Airport, Tel Aviv ialah Perdana Menteri “Israel” Ehud Olmert dan isteri. Yang mengisytiharkan penubuhan “Israel” pada 15/5/1948 ialah Presiden Ben Gurion. Mereka meraikan dan merancang lagi. Apakah langkah-langkah pemimpin-pemimpin negara umat Islam pula? Hari AN-NAKBAH (Malapetaka Tertubuhnya Israel) hari 15/5/2008 ini, agaknya apa yang sedang pemimpin umat Islam sedang buat ? Adakah jadual mereka hari ini sesibuk Presiden Bush di Timur Tengah.

Gaza, dengan keluasan 6km x 25km, hari ini bertukar dari sebuah bandar menjadi kem tahanan (Concentration Camp) terbesar Abad 21. Bekalan bahanapi dan makanan tidak dibenarkan masuk melalui sempadan 2 negara jiran, Israel (pemimpin beragama Yahudi) dan Mesir (pemimpin beragama Islam !!).

Dengan ini setelah 60 tahun merana dibawah kezaliman Yahudi, mereka juga turut perit disebabkan kebanyakan ketua negara-negara umat Islam tidak membantu kerana takut kepada Amerika dan Negara-negara Barat yang lain. Padah tali gantung di pagi Aidil Adha yang diterima Saddam Hussein  masih menghantui ramai pemimpin negara umat Islam. Beliau pernah cuba mencabar Israel dan Amerika dengan melancarkan peluru berpandu Scudnya ke beberapa bandar di “Israel” pada tahun 1990.

Isteri dan 4 anaknya mati dibom ketika sedang bersarapan.

Penyelesaian isu Penjajahan Keatas Palestin secara sangat ringkas adalah seperti berikut :

  1. Masyarakat Islam kembali menghayati Islam sepenuhnya, memenuhi masjid dan surau bersolat jemaah 5 waktu sehari, membenteras kelucahan dan maksiat yang mengotori persekitaran berupa majallah, rancangan TV, akhbar, mengutamakan balasan di Akhirat dari pulangan kebendaan segera di dunia. Sebab utama Yahudi Zionis dan Barat menguasai dunia adalah kerana umat Islam jauh dari hidup menghayati Islam yang hakiki.
  2. Umat Islam kembali menghayati Islam yang syumul (menyeluruh) mencakupi kesatuan dan kepimpinan umat seluruh dunia, bukan terbatas kepada sempadan bangsa, geografi dan bahasa ke arah menegakkan kembali Khilafah Islam yang telah dilenyapkan Barat pada tahun 1924. Sebab utama umat Islam lemah di persada antarabangsa ialah kerana negara-negara mereka berpecah, tiap satu hanya lebih berfikir dalam ruang lingkup sempadan geografi yang dicipta Penjajah Barat sebelum merdeka. Kesannya agenda memertabatkan kembali Khilafah Islam Antarabangsa belum menjadi agenda dan buah mulut mana-mana dikalangan pemimpin mereka.
  3. Masyarakat Islam yang saleh memilih pemimpin mereka dari kalangan orang-orang yang saleh, berkelayakan dan prihatin menyebarkan Islam ke pelusuk rantau dan dunia.
  4. Negara-negara Islam dan Khilafah Islam yang bakal tegak nanti akan memimpin kekuatan umat ke arah pembebasan tanah bumi Islam yang dijajah dan seterusnya menyebarluaskan Dakwah Islam ke seluruh penjuru-penjuru dunia.
  5. Dengan kepimpinan dunia dibawah Islam dan umat Islam yang saleh dan terdidik, seluruh umat di dunia, bahkan seluruh makhluk akan bahagia sejahtera di bawah naungan Islam, satu-satunya sistem Allah yang diredhaiNya.

Langkah-langkah penyelesaian isu Palestin, adalah tidak lari dari Amal 7 yang kami muatkan di dalam Blog ini. Kesemuanya berkisar kepada mendidik dan mewujudkan diri dan generasi Islam yang hakiki kearah menanggung beban Dakwah Islam yang berat dan panjang. “Jika ada di sana seorang yang saleh, kamu akan dapati pada dirinya faktor-faktor kejayaan Islam” [Hasan Al-Banna].

Moga umat Islam akan segera sedar dari lamunan mereka. Dihari umat terjaga dan bangkit, pastinya penderitaan umat Palestin selepas peristiwa An-Nakbah sehingga ke hari ini akan segera berakhir. Ameen.

LAMPIRAN (DEMO 16/5/2008)

Satu perhimpunan sempena 60 tahun ‘Nakbah Palestin’
akan diadakan di bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB), Damansara, Jumaat 16 Mei ini.

Perhimpunan yang diadakan sempena kekejaman regim
Israel ke atas Palestin itu bermula jam 11.00 pagi,
sebelum penyerahan petisyen dan 100,000 tanda tangan
kepada PBB bagi membantah tindakan Israel yang
menindas rakyat di bumi Palestin sejak 60 tahun lalu.

Orang ramai dijemput hadir jam 10:30 pagi di Bangunan
PBB, Damansara. Peta di sini
http://bp0.blogger.com/_WjoOlj-Sj04/SCqtbO3Y0xI/AAAAAAAAA4I/4ITX8Ot17Bs/s1600-h/WismaUN.JPG

15 Mei 1948, penubuhan negara haram Israel di atas
bumi Palestin telah diisytiharkan secara rasminya dan
turut dikenali sebagai ‘nakbah’ yang bermaksud
malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa tersebut, Zionis telah bertindak kejam
dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat
Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada
sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu
lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang
wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah
menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam
lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat
Palestin.

Sehubungan itu, wakil penganjur, Azmi Abdul Hamid,
yang juga Presiden Teras berkata orang ramai dijemput
hadir Jumaat ini bagi menyatakan sokongan serta
membantah kekejaman regim Israel tersebut. – mns

LAMPIRAN (PELARIAN 1948)

Sebaik Yahudi mengambilalih Palestin dari British tahu 1948, pembunuhan dan pengusiran mengakibatkan pelarian yang paling ramai di dunia. Kem-kem pelarian di negara-negara jiran pada 1948 adalah seperti di bawah. Setelah 60 tahun, pada hari ini, dengan lahirnya zuriat dan generasi, bilangan mereka adalah lebih ramai. Kem-kem pada asalnya diperbuat dari kain kanvas dan kulit binatang ternakan kini berupa menjadi bangunan konkrit tetapi dalam keadaan yang sangat dhaif. Saya pernah menziarahi hanya 1 kem di Jordan (el-Wehdaat) dan 3 kem di Lubnan (Shabra, Shatila dan Burj el-Barajneh).

 

 

About these ads

15 Respons

  1. Setakat ini, bagi saya lah ustaz, kita memang ada bantu dari segi ekonomi dan sebagainya. Maka tidak mustahil terdapat juga negara-negara jiran, negara-negara Islam yang lain turut menghulurkan kewangan. Namun, kita menghulurkan, tanpa kita ketahui laporannya. Bukankah ini amat perlu?

    Andainya kita dapat laporan-laporan dari mereka, mengapa tidak disiarkan? Ini boleh jadi satu sebab mengapa kadang-kadang antara kita, masih was-was untuk menghulurkan kewangan.

    Harap ustaz dapat memberikan pandangan

  2. Apa boleh buat, umat Islam di Malaysia sendiri berpecah belah gara-gara politik….

  3. Saya cuba memberi response seringkas yang boleh kepada soalan-soalan yang dikemukakan :

    – memohon belajar perubatan di Mesir semakin mudah sekarang, tanpa perlu mencapai keputusan sangat cemerlang dalam SPM seperti tahun2 lalu. Melalui agensi2 swasta yang banyak diiklan dalam suratkhabar, saudara/i yang mendapat sekurang2nya B3 dalam Mod Maths, Add Maths, Kimia, Fizik, Bio layak memohon. Sila hubungi teman saya Dr. Zainurashid 012 – 678 1644.

    – Umat Islam di dunia termasuk Malaysia mesti disatukan. Tidak semestinya disatukan di dalam satu parti. Mungkin berbagai parti memberi saingan sihat demi pembangunan manusia dan negara asalkan setiap parti Islam/Melayu berprinsip Islam, cuma pendekatan berbeza. Yang terpenting, setiap selesai Pilihanraya, diwujudkan Kerajaan Perpaduan diwakili setiap parti berdasar peratus undi atau kerusi yang diperolehi seperti di Indonesia. Adapun budaya di Malaysia dimana parti yang menang majoriti mudah memonopoli semua jawatan Kabinet dan Exco Negeri, ini mencetus perpecahan diperingkat akar umbi.

    – setiap artikel dalam blog INI JALANKU boleh dipublish dalam mana2 laman asalkan dinyatakan sumbernya dari http://www.inijalanku.wordpress.com.

    – foto Malam Anugerah Muzik 2008 nampak agak mencemar artikel dan laman. Terima kasih kepada yang prihatin dan menegur. Namun masyarakat harus mengetahui dimana Islam dan dimana Jahiliyah. Ramai masyarakat Melayu yang ke masjid tetapi tidak perasan anak2 mereka berkelakuan Jahiliyah yang ditunjuk dalam media. Ini akan mengikis Islam mereka. “Islam terungkai seurat demi seurat dalam seseorang yg dibesarkan dalam Islam tetapi tidak mengenal Jahiliyah” (Sayyidina Umar ra).

    – apakah alamat blog Saudara akh_mohd777 untuk saya dapat lawatinya ?

    – Original Bible in Arabic ? Rasa saya ia dalam bahasa Ibrani.

    – Saudara “Hadi Mahdi Muhtadi” pernah melawat Mesir tahun 1996 ? Kalau ada foto, saya cuba cam kan nanti ?

    – Surat Mahathir yang belum tentu sahih atau tidak telah saya tuliskan. Yang penting ialah jika wujud surat atau tindakan seumpama itu, maka dengan artikel ini umat telah bersedia dengan sikap dan tindakan berlandaskan Islam.

    Ustaz Halim
    -

  4. [...] ini adalah ekstrak daripada artikel tulisan Antony Leoweinstein dan Ustaz Abdul Halim. If you enjoyed the article, why not subscribe? Posted to » featured Tags: israel, [...]

  5. assalamualaikum..

    teringat saya akan penjajahan palestin satu ketika dahulu semasa perang salib.. ketika tentera salib masuk.. semua dibunuh kejam.. tetapi . setelah 80 tahun. bangkit Salahuddin Al Ayubi ..merampas kembali kota yang jadi rebutan tiga umat … hanya dengan rundingan setelah kota tersebut ditawan..

    persoalannya. dalam masa 20 tahun lagi . bakal wujudkah .Salahuddin kedua yang bakal membebaskan bumi palestin dari cengkaman Israel.?

  6. [...] http://inijalanku.wordpress.com/2008/05/12/60-tahun-penjajahan-israel-1551948-2008/ Possibly related posts: (automatically generated)Setelah 2 tahunTahun Baru HijriyahSelamat ulang Tahun yang ke 2   [...]

  7. [...] and Peringatan.. FaisaL 5:21 pm – diambil daripada blog Ustaz Halim dalam entri bertajuk 60 Tahun Penjajahan Israel (15/5/1948-200 AN-NAKBAH !! [...]

  8. [...] and Peringatan.. FaisaL 5:21 pm – diambil daripada blog Ustaz Halim dalam entri bertajuk 60 Tahun Penjajahan Israel ( 15/5/1948-2008 ) AN-NAKBAH !! [...]

  9. [...] in jiwa fikrah.. baca sini dan sini [...]

  10. Sudah 60 tahun penubuhan Israel. Masih ada muslim/muslimah yang belum prihatin tentang keadan ini. Jadi tanggungjawab kita untuk memberitahu dan mendidik pemuda2, org2 tua, rakan sebaya, kanak2, ibu bapa dan orang sekeliling. Satu lagi artikel yang menyedarkan.

  11. Takziah Untuk Palestin.

  12. assalamualaikum.. salam jihad buat ikhwah akhwat yang berjuang di jalan Allah…

    Kepada seaiapa yang terlibat dalam demo nakbah palestin tempoh hari,kongsilah perasaan,pengalaman dan semangat jihad kalian di sini. mudah-mudahan ia menjadi semangat buat kami yang ingin meneruskan perjuangan ini hingga Palestin berjaya dibebaskan.. Ameen.. Syukran jazila.

  13. salam
    saya rasa ustaz di malaysia ramai yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan jahiliah.apa yang saya tau adalah sebarang perkara yang bukan islam.
    boleh ustaz berikan pandangan atau terangkan apa itu jahiliah sebenarnya.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 278 other followers

%d bloggers like this: