Teman Hasan Al-Banna, Farag Naggar ke rahmatullah

asd18

Lagenda Ath-Tsabat di Jalan Dakwah, Al-Marhum Farag Naggar (1923-2009), teman setia Hasan Al-Banna, memegang amanah dakwah Ikhwan Muslimin dari berumur 15 tahun sehingga ke akhir hayatnya ketika berumur 86 tahun, melalui tahun-tahun pelarian di dalam negara sendiri selama 22 tahun. “Sesungguhnya orang-orang yang berkata ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian mereka istiqamah, mereka tidak perlu takut dan bersedih hati” (maksud Al-Quran dalam foto di atas).

Pagi itu saya melihat berita-berita perkahwinan, majlis dan sebagainya yang sengaja memilih tarikh 9.9.09 kerana keunikan tarikh tersebut. Saya tidak menyangka bahawa di tarikh itu juga, saya dan Dakwah ini menangisi dan mengucapkan selamat tinggal kepada salah seorang idola perjuangan Islam Abad 21, Ustaz Farag Naggar yang kembali ke rahmatullah. Sungguh berat saya menerima berita dan hakikat ini.Sejak dari mula mengenali beliau yang sarat dengan perjuangan dan pengalaman, usia beliau yang telah lanjut menyebabkan saya sentiasa cuba bersedia menerima hakikat sesiapa sahaja dikalangan makhluk ini,  mempunyai tempoh hayat di sisi Allah swt. seperti ungkapan Arab, “Ihbib man syi’ta fa innaka mufarikuhu” (Anda cintailah sesiapa pun, namun anda tetap akan berpisah dengannya). Pernah saya mencadangkan kepada seorang teman Arab agar perlu seorang dua belia yang sentiasa bersamanya menulis riwayat hidup dan pengalaman beliau selagi hayatnya masih dikandung badan, demi untuk dikongsi oleh generasi selepasnya. 

Pada mulanya saya tidak berhasrat menghantar posting ini pada saat ini kerana suasana gembira Hari Raya yang sedang kita bersiap untuk meraikannya, namun hari demi hari berlalu, terasa semakin besar hak beliau ke atas saya yang mesti saya tunaikan erti kesetiaan dalam perjuangan, terasa semakin besar hak generasi para Duat hari ini untuk mengenali syahsiyah agungini  yang kerana kesetiaan dan kesungguhan beliau dan teman-temannya, Dakwah ini semakin berkembang dan menyinari jiwa generasi demi generasi.

1

Hasan Al-Banna bersama ikhwahnya anggota Ikhwan Muslimin didalam satu program tarbiyah.

Imam Syahid melahirkan ramai tokoh-tokoh mujahid di Jalan Dakwah sejak dihari pertama penubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928. Biji benih yang ditanam kini akarnya telah menjunam jauh ke dasar bumi dan pohonnya lebat merendang, sukar bagi sesiapa untuk mencabutnya, walau berbagai usaha dan strategi telah dilakukan oleh musuh-musuh Allah sehingga kehari ini. Bahkan semakin hari semakin meneguh, disegani kawan dan digeruni lawan. Berkata Iman Hasan Al-Banna, “Wahai Ikhwan! Kamu bukan persatuan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan yang terhad objektifnya. Akan tetapi sebenarnya kamu adalah ruh baru yang mengalir di dalam tubuh umat ini lalu ia menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah cahaya baru yang menyinar lalu dengan cahaya Allah kamu menghapuskan kegelapan kebendaan. Kamu adalah suara yang berkumandang tinggi, melaungkan dakwah Rasulullah saw. Adalah suatu hakikat yang tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu menanggung tugasan berat ini dikala manusia lain lari dari bersusah payah kerananya. Jika dikatakan kepada kamu, “Kearah mana kamu berdakwah?”. Kamu katakan kepadanya, “Kami menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh Muhammad saw. Kerajaan adalah salah satu bahagian darinya. Kebebasan adalah salah satu kefardhuan di dalamnya”. Jika dikatakan kepada kamu, “Ini dah masuk bab politik!”. Kamu katakan, “Ini adalah Islam. Kami tidak tahu pecahan-pecahan yang anda katakan itu”. Diantara mujahid yang dididik oleh Hasan Al-Banna ialah Ustaz Farag Naggar.

Pic37

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna (1906 – 1949). Pengasas gerakan Ikhwan Muslimin.

Al-Ustaz Farrag Naggar dilahirkan pada hari Ahad 5 Ramadan 1341H bersamaa 22 April 1923 di Kampung Meit Khaqan, daerah Syibin Al-Kom, negeri Al-Manufiah, Mesir dalam sebuah keluarga yang sederhana dan teguh beragama. Ayahnya, Haji Ibrahim adalah seorang tukang kayu atau dalam bahasa Arab “Najjar”, berkahwin dengan ibunya Syafiqah Nuwair Ahmad Al-Jamal. Mereka dikurniakan Mahmud, Muhammad, Abdul Khaliq, Farrag, Zainab, Azizah, Diyad dan Abdul Ghani. Ustaz Farrag Najjar menceritakan tentang kelebihan ibunya dengan berkata, “Aku berdiri di depan seorang wanita seolah-oleh aku berdiri di hadapan salah seorang pemimpin yang bernas. Aku mendengar, menghormati, membenarkan dan aku tidak mempersoalkannya. Pada ibuku terdapat himpunan nasihat-nasihat dakwah dalam bentuk kata-kata hikmat dan pengalaman-pengalaman lalu. Wanita adalah satu kekuatan seperti taufan yang melanda sekiranya dia berada di belakang anak-anaknya sambil mendorong mereka maju ke hadapan, seperti api yang dinyalakan di tengah-tengah kesejukan yang mengcengkam”.

ii77

Ustaz Farag Naggar (1923 – 2009). Beliau adalah pimpinan Ikhwan Muslimin yang tidak dapat ditangkap oleh Presiden Gamal Abdul Naser selama 22 tahun yang berada di dalam negara Mesir, ketika pimpinan-pimpinan lainnya di dalam penjara atau di luar negara.

Ibu dan ayahnya begitu mengambil berat agar anak-anak mereka dididik dengan akhlak Islam dan menjaga Solat. Oleh kerana itu, mereka mengundang Asy-Syeikh Abdul Hamid Ghunaim ke rumah untuk menghafazkan Al-Quran dan mengajar syair-syair Arab lama kepada anak-anak mereka.

Dakwah Ikhwan Muslimin

img888Di permulaan kehidupan Ustaz Farrag Najjar, beliau mengikut beberapa tarikat sufi seperti Tarikat As-Syaziliah,kemudian Tarikat Ar-Rifaiyah. Banyak kisah-kisah beliau bersama tarikat-tarikat sufi dan tidak kurang yang melucukan. Akhirnya beliau tidak lagi bersama dengan mereka. Pada suatu hari, ketika beliau sedang bermain bola sepak dengan teman-temannya di kampung, seorang teman lamanya yang tinggal di kota Kaherah, Abdul Razak Al-Araby menemuinya dan berkata, “Kami ingin mengajak kamu menyertai tarikat kami”. “Tarikat apa pula ni? Sebenarnya aku dah bosan dengan tarikat-tarikat ni”, kata Ustaz Farrag Najjar.  Kawannya menghulurkan majallah yang didalamnya ada sehelai kertas. Ustaz Farrag lantas mengambil kertas tersebut dan membacanya.

img2“Ad ‘u ilaina ad-dunya, faqad abramaha amran. Wa ajmak alaina an-nas, fasanatlu alaihim min ladunna zikra. Sanatub al-Marid bi dawaa-ina, wa nanfakh fil jiban min ruhina. Summut uzunud dunya, in lam tasmak lana. ALLAH GHAYATUNA, AR-RASUL ZAIMUNA, AL-QURAN DUSTURUNA. AL-JIHAD SABILUNA. WAL MAUTU FI SABILILLAHI ASMA AMANINA

(Kamu ajaklah seluruh dunia kepada kami, nescaya kamu dapati kami mempunyai sesuatu perkara yang mesti diperjuangkan. Berhimpunlah manusia disekeliling kami, nescaya kami akan mengumandangkan peringatan kepada mereka. Kami akan merawat pesakit dengan ubat kami dan kami akan meniupkan ruh kami di dalam tubuh badan. Tertutuplah telinga dunia sekiranya ia tidak mendengar apa yang ingin kami sampaikan. ALLAH MATLAMAT KAMI, AR-RASUL PEMIMPIN KAMI, AL-QURAN PERLEMBAGAAN KAMI, JIHAD JALAN KAMI, MATI DI JALAN ALLAH SETINGGI-TINGGI CITA-CITA KAMI).

“Kata-kata ini benar-benar mengesani jiwa saya. Tarikat-tarikat sufi terdahulu tidak pernah memberi kesan seumpama ini, walau ianya terdiri dari beberapa ayat pendek. Aku bertanya, siapakah syeikh ini yang mahu aku bergabung ke dalam dakwahnya”, kata Ustaz Farag. Abdul Razzak menjawab, “Hasan Al-Banna”. Beliau bertanya bagaimana cara bertemu dengannya. Akhirnya mereka berdua tiba di Kaherah. Hari itu hari Rabu. Iman Hasan Al-Banna sedang menyampaikan ceramah di dewan. Apabila beliau melihat mereka berdua, kata Ustaz Farrag, “Aku tidak tahu apa dah terjadi pada diriku. Aku merasakan tubuh badan aku menggeletar kerana dipandang oleh beliau. Aku sangat terkesan dek pandangannya”. Setelah tamat ceramah, dia turun dari pentas dan berada di sisi kami, memeluk kami menyebabkan aku kagum dan terharu !!  Beliau meminta izin sebentar kerana ada urusan. Setelah selesaiurusannya, beliau kembali kepada aku tetapi agak lewat dan memohon maaf. Sekali lagi aku takjub kepada seorang yang ulung dan lebih tua, tetapi memohon maaf kepada aku yang kerdil yang belum menjangkau umur 15 tahun.

Ustaz Farrag Najjar mula menyebarkan dakwah Ikhwan Muslimin di kampungnya dengan bersungguh-sungguh sehingga tertubuhnya Ikhwan cawangan Meit Khaqan. Pada tahun 1940 beliau mengundang Iman Hasan Al-Banna membuat kunjungan ke kampung. Ketika itu juga Kampung Meit Khaqan bertukar dari menjadi kubu kuat Parti Wafd kepada Ikhwan Muslimin.

SDC11622

Mampukah Dakwah di Abad 21 ini menghasilkan rijal sekental Dakwah sezaman Hasan Al-Banna dan Farag Naggar di Abad 20.

Ustaz Farrag dipilih oleh Iman Al-Banna untuk menyertai Nizam Khas bagi membuat penentangan terhadap Penjajah British di Mesir. Di antara operasi-operasi beliau dan rakan-rakannya ialah di  Jabal Baghuth dimana ledakan bom yang memusnahkan pos keselamatan British di situ memaksa Penjajah keluar meninggalkan negeri Al-Manufiah.

Apabila Presiden Gamal Abdul Naser memegang tampuk pemerintahan dan mengisytihar perang terhadap Ikhwan Muslimin, tiada dikalangan anggota pimpinan Ikhwan Muslimin melainkan dalam dua keadaan, samada disumbat ke dalam penjara di dalam negara Mesir, atau mereka yang sempat pergi ke luar negara seperti Negara-negara Arab yang lain atau Barat, kecuali Farag Naggar. Beliau berada di dalam Mesir, memilih untuk tidak menyerah diri kerana menyimpan banyak rahsia Ikhwan Muslimin, tidak dapat ditangkap sehingga berlalu masa selama 22 tahun apabila suasana politik di Mesir berubah dengan berubahnya kerajaan dan polisi-polisinya.

1- Beliau diantara orang yang paling banyak menemani Hasan Al-Banna di dalam rehlah Dakwahnya ke seluruh pelusuk Mesir. Oleh kerana itu, beliau mendapat pengisian dan tarbiyah langsung dari Hasan Al-Banna. Diantara yang menakjubkan Farag Naggar terhadap Hasan Al-Banna dalam perjalanan ialah masa rehat dan tidur Hasan Al-Banna kebanyakannya ialah semasa di dalam kenderaan ketika perjalanan. Masa di destinasi-destinasi dipenuhi dengan Dakwah dan pertemuan dengan para anggota dan mad’u. Apabila kenderaan mula bergerak dan Hasan Al-Banna berkata kepada beliau dia hendak tidur dan tolong kejutkannya setiba di destinasi, Hasan Al-Banna terus tidur dengan mudah, memberikan hak badannya dengan baik.

2- Pernah di dalam 22 tahun mengelak diri dari tangkapan, Presiden Gamal Naser cuba memasang perangkap dengan menyebarkan berita bahawa ibunya sedang sakit. Jiwa orang Arab sangat rapat dengan keluarganya. Musuh tahu Farag Naggar akan balik ke rumah ibunya apabila mendengar berita yang direka-reka itu. Memang betul, Farag Naggar masuk ke kampung dengan menyamar sebagai pengembala unta. Dia kemudian singgah di rumah ibunya dan dapati ibunya sihat tetapi tidak mengenali siapa beliau. Dia meletakkan sesuatu didalam mulutnya agar ibunya tidak dapat mengecam suara anak kandungnya itu. Ibunya menghidangkan sarapan pagi berupa roti, jibnah (keju) dan lain-lain. Kata Farag Naggar, “Sekiranya ibunya dapat mengecam suara dan mendapati dihadapannya adalah anaknya yang menghilangkan bertahun-tahun, dia percaya ibunya akan pengsan ketika itu juga“. Setelah selesai sarapan dan perbualan, Farag Naggar meminta izin mengundurkan diri dari ibunya yang dikasihi, demi menyelamatkan Dakwah ini yang lebih dikasihinya, ke arah mencari redha Ilahi yang paling dikasihinya.

3- Farag Naggar berjuang bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah Ikhwan Muslimin ke masyarakat disekelilingnya. Namun dia tidak menyangka Dakwah ini dan nama Hasan Al-Banna yang sangat dikenalinya,  juga tersebar ke pelusuk negara Arab yang lain. Ketika itu tiada kemudahan perhubungan berita, telefon, radio dan sebagainya jauh sekali internet dan handphone. Suatu masa dia melawat negara Yaman, sebuah bumni Arab di hujung Semenanjung Arab bersempadankan Laut Arab. Dia pergi ke hujung negara Yaman di kawasan yang bergunung ganang. Apabila dia mula masuk ke satu kampung, beliau bertemu dengan seorang budak dan saling berkenalan. Apabila budak tersebut mendengar bahawa Farag Naggar berasal dari Mesir, budak itu bertanya, “Adakah engkau mengenali seorang yang bernama Hasan Al-Banna?”. Mendengar nama Hasan Al-Banna yang disebut di tempat yang sebegini jauh dan terpencil, Farag Naggar tidak dapat mengawal perasaannya dan terus menangis.

4- Selama 22 tahun beliau hidup dalam mengelak dirinya dari ditangkap Kerajaan Mesir, beliau tinggal di sebuah rumah tanpa membuka tingkap selama 9 tahun.

5- Beliau dihantar oleh Hasan Al-Banna masuk ke dalam Parti Komunis Mesir, sehingga menjawat jawatan Setiausaha Agung. Pada suatu malam, Hasan Al-Banna berceramah di suatu tempat. Farag Naggar ditugaskan oleh Parti Komunis Mesir untuk mengatur pembunuhan terhadap Hasan Al-Banna ketika ceramah tersebut. Beliau mengatur beberapa pemuda Komunis di satu tempat, siap untuk menyerang Hasan Al-Banna ketika ceramah, dan beliau juga mengatur beberapa pemuda Ikhwan Muslimin di satu tempat berhampiran, siap untuk menangkap dan menggagalkan sebarang usaha untuk mendekati si penceramah. Akhirnya rancangan jahat tersebut berjaya diatur dan digagalkan oleh beliau.

img119(1)

6- Beberapa hari sebelum Hasan Al-Banna ditembak syahid, Farag Naggar sebagai seorang yang sangat peka aspek keselamatan Dakwah ada menyatakan kepada Hasan Al-Banna bahawa usaha membunuhnya sudah semakin dekat dan dia mesti mengambil langkah-langkah yang lebih ketat yang akan mengurangkan gerak Dakwahnya. Hasan Al-Banna menjawab, “Aku bersedia menemui Tuhanku“.

7- Di musim Pilihanraya Umum Mesir tahun 2006 yang lalu, Ikhwan Muslimin mengambil keputusan melibatkan diri didalamnya dan menang 88 dari 444 kerusi yang dipertandingkan walaupun setelah berdepan dengan penipuan terang-terangan oleh pihak berkuasa, Parti Demokrasi Nasional, pimpinan Husni Mubarak. Sebelum pilihanraya, Ikhwan Muslimin bercadang meletakkan Farag Naggar sebagai salah seorang calon Parlimen di negerinya, Al-Manufiah. Setelah mendapat tekanan hebat dari pemerintah, hasrat tersebut ditarik balik. Saya masih ingat beliau bercerita menerangkan sebab tekanan tersebut sedemikian rupa. Sambil berseloroh beliau berkata, sebab pertama ialah kerana Presiden Hosni Mubarak tidak mempunyai timbalan sejak dahulu. (Ada pendapat mengatakan sementara menunggu masa bagi anaknya, Jamal Mubarak untuk mengambilalih, seperti proses yang memang sedang berlaku sekarang). Di dalam Perlembagaan Mesir menyatakan jika Presiden meninggal dunia atau meletakkan jawatan tanpa mempunyai timbalan, ahli Parlimen yang akan menjadi Presiden baru adalah ahli yang paling tua usianya. Jika bertanding, Farag Naggar adalah calon yang paling tua usianya (83 tahun ketika itu). Sebab kedua, presiden-presiden Mesir sebelum ini seperti Sadat, Hosni Mubarak adalah berasal dari negeri Al-Manufiah, sehingga hari ini menjadi kata-kata masyhur dikalangan rakyat Mesir bahawa Al-Manufiah adalah “Balad Ar-Rais” (Negeri Tuan Presiden) dan beliau (Farag Naggar) juga berasal dari negeri yang sama !!

img85

img75(3)

img43(9)

“Diantara orang-orang beriman, ada mereka yang benar jujur terhadap janji mereka kepada Allah. Sebahagian mereka telah pergi (menemui Tuhan mereka). Sebahagian lagi masih menunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janji mereka)” (Al-Quran)

Di setiap zaman dan tempat, disepanjang sejarah Islam yang panjang, Al-Quran dan As-Sunnah telah berjaya mendidik dan mencetak para Duat di JalanNya. Farag Naggar adalah hujjah Al-Quran ke atas kita bahawa seorang insan, jika dididik dengan tarbiyah yang baik, akan menghasilkan kejayaan dan lonjakan untuk Dakwah ini. Begitulah harapan kita kepada pemuda pemudi generasi Islam hari ini. Beliau adalah salah satu contoh bagi firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada syirik bagiNya. demikian aku disuruh…” (Al-Quran).

Semoga Allah merahmati Al-Marhum, menempatkan beliau dikalangan para Nabi, As-Siddiqiin, Asy-Syuhadak dan As-Solohin. merekalah sebaik-baik teman di Akhirat kelak.

Ustaz Halim INIJALANKU   www.inijalanku.wordpress.com

About these ads

19 Respons

  1. subhanAllah… ya Allah, pimpinlah hati ini sebagaimana Engkau memimpin mereka yang mendahului kami. tsabatkanlah kami di jalan-Mu ini, tundukkan hati kami kepada kekuasaan dan kehebatan-Mu. bersihkan hati-hati kami dari karat-karat dunia dan jahiliahnya ia… jadikan kami pemimpin-pemimpin orang-orang yang beriman..

    Allahumma ameen…

  2. innalillahiwainnailaihirajiuun..

  3. Assalamualikum ustaz,

    Sungguh bersemangat saya membaca tulisan ustaz kali ini. Menaikkan lagi semangat juang saya untuk mendidik anak-anak dan terutamanya diri sendiri yang terlalu banyak kelemahan, kekurangan dan keburukkan.

    Wassalam

  4. [...] air mata membaca perihal sosok kepahlawanan sehebat al-akh as-Sheikh Farag Naggar nukilan as-Sheikh Ustadz Halim. Masakan tidak. Kehebatan dan gambaran perjalanan penuh liku dan [...]

  5. تلك أمة قد خلت لها ما كسبت ولكم ما كسبتم ولا تسئلون عما كانوا يعملون

  6. Salam,

    pernah dengar contoh ini dalam salah satu pembentangan Ustaz. Akhirnya dapat yang full version kat entri kali ini. Jzk

  7. salam,
    beliau memang patut dijadikan idola bagi para duat zaman ini….Rabbuna musta’an

  8. Saya berazam untuk menjadi seperti beliau
    Menyumbang sebanyaknya untuk dakwah kita

    Terima kasih ustaz

  9. ustaz, boleh cerita mcm mana urusan da’wah dia sepanjang dlm ‘pelarian’?

  10. Allahumma ya Allah,
    Kepada engkau juga aku mengadukan kelemahanku,kurangnya kemampuanku serta kehinaan diriku di depan manusia,Oh Tuhan Maha
    Pengasih,Maha Penyayang,Engkaulah yang melindungi si lemah,Dan engkau lah pelindungku..

  11. [...] Teman Hasan Al-Banna, Farag Naggar ke rahmatullah [...]

  12. Dunia dan seisinya menjadi saksi kepergian Syeikh Farag Najjar, kehidupannya ditemani dengan perjuangan , perjuangannya dihiasi dengan pengorbanan, pengorbanannya dinilai besar disisi Allah dan juga disisi manusia.

    Sungguh kisah para duat ini sangat menjadi aspirasi untuk menyemarakkan perjuangan, Ya, perjuangan untuk membebaskan manusia dari hamba kebendaan kepada Hamba Azza wa Jalla, sehingga terlahirlah generasi generasi tarbiyah seperti FARAG NAJJAR..

  13. innalillahi wa inna ilaihirajiuun..

    hilangnya “berlian” yg tidak ternilai harganya seperti mujahid ini meninggalkan “kilauan” yg tidak akan padam di hati mujahideen yg bjuang pada jalanNya..dan moga kita tergolong di kalangan mujahideen itu..amin..
    tsabatkan hati-hati kami pada jalanMu,ya Allah..

  14. innalillahi wa inna ilaihirajiuun..

    subhanallah, seronok ana mbacanya

    bersemangat tuk terus berjuang…..

  15. salam
    cuma mahu tahu apa asbab kematian beliau?

  16. salam
    apa asbab kematian beliau?

  17. seharusnya bagi pemikir-pemikir islam sekarang harus bejiwa besar seperti hasan al banna. kita sesama islam harus bersatu . dan dll .tetap allah tuhan kita muhammad rasulullah,al qura’an dan hadis tuntunan kita , jangan kita di obok-obok oleh musuh kita. kita terus tinggal ,mereka maju terus mengembangkan ilmu pengetahuan dan tehnologi mereka seenakknya menguasai dunia .dengan dalih bermacam cara

  18. [...] Teman Hasan Al-Banna, Farag Naggar ke rahmatullah Posted on 16 September 2009 by Ustaz Halim [...]

  19. [...] Farrag Naggar [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: