MESIR : Malaikat hadir bersama rakyat (video)

Apabila orang-orang beriman memperjuangkan Islam sampai ke tahap bulat tekad dan keyakinan, maksima usaha dan teguh tanpa mereda, Allah swt sering mengutuskan malaikatNya untuk membantu menguatkan lagi jiwa dan kekuatan mereka, terutama ketika berhadapan dengan orang-orang kafir atau golongan yanag memusuhi agamaNya. Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang berkata,’Tuhan kami adalah Allah’, kemudian mereka istiqamah, turun Malaikat kepada mereka (seraya berkata),’Jangan sekali-kali kamu takut dan jangan bersedih hati. Gembiralah dengan berita Syurga yang dijanjikan kepada kamu’. Kami adalah wali-wali (teman dan pelindung) kamu didalam kehidupan di dunia dan Akhirat. Kamu mendapat apa yang diinginkan oleh jiwa-jiwa kamu … “ (Surah Fussilat : 30-31).

Cahaya berbentuk seekor kuda dan penunggangnya, yang dipercayai adalah malaikat yang turun untuk meneguhkan lagi orang-orang beriman dalam perjuangan mereka. Setelah bergerak ditengah-tengah Rakyat yang membuat penentangan keatas regim boneka Zionis, cahaya tersebut beredar dengan naik ke langit. Jika ada pihak yang cuba merasional objek tersebut sebagai cahaya lampu kebetulan, atau foto superimpose dan sebagainya, ia mungkin benar, namun ia tidak menafikan hakikat bahawa sejarah dan Al-Quran telah menyebut bahawa perkara seumpama itu adalah suatu perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Ayat-ayat Al-Quran dan kisah-kisah sudah memadai sebagai pengajaran dan peneguh jiwa untuk kita.

Intifadhah Mesir 25 Januari 2011.

Dalam Perang Badar, bukan sahaja kewujudan para Malaikat telah sabit (pasti) melalui seerah Rasulullah saw, bahkan Allah swt sendiri telah menyebutnya di dalam Al-Quran. FirmanNya bermaksud, “Ketika Tuhan kamu mewahyukan kepada malaikat (pergilah kamu untuk bersama orang-orang beriman berjihad, dan katakan kepada mereka), ‘Sesungguhnya aku bersama kamu’, dan kamu (malaikat) teguhkanlah (jiwa dan semangat) orang-orang beriman. Aku (Tuhan) akan mencampakkan ketakutan kedalam hati-hati orang -orang kafir. Kamu (malaikat) pukullah diatas leher-leher mereka. Pukullah seluruh ubuh-ubun dari kalangan mereka. Ini adalah disebabkan mereka menderhaka kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang menderhaka kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaan balasNya” (Surah Al-Anfaal).

Semasa tentera Rusia masuk menceroboh Afghanistan (1978 – 1992) dan meletusnya Jihad Islami zaman moden Abad ke20, banyak kisah-kisah penglibatan para Malaikat diceritakan yang sampai kepada saya. Diantaranya ketika sekumpulan para Mujahideen hampir ditawan oleh tentera Rusia lalu mereka bertakbir beramai-ramai. Tiba-tiba semua tentera Rusia mengangkat tangan tanda menyerah diri, lalu para Mujahideen segera merampas senjata-senjata mereka yang dicampakkan ke atas tanah. Apabila ditanya, tentera Rusia mengatakan mereka lihat ramai tentera berpakaian putih datang untuk menyerang mereka. Yang menarik dan membangkitkan semangat luar biasa kepada saya ialah kisah-kisah pertolongan Malaikat ini diselang seli dengan kisah-kisah Karamah yang terlalu banyak untuk diceritakan disini, diantaranya sedang sekumpulan para Mujahideen melalaui satu tempat, mereka ditembak bertubi-tubi tanpa henti lantas mereka segera berbaring kerana terlalu banyaknya tembakan musuh kearah mereka. Selepas berbalas tembakan dan mengalahkan musuh, mereka membuka serban mereka dan mendapati puluhan atau ratusan peluru musuh bersarang terkumpul di dalam serban-serban mereka sedang kepala dan badan mereka sedikitpun tidak cedera.

Medan Tahrir, kini dipanggil Medan Syuhadak adalah tempat meletusnya Revolusi 25 Januari 2011. Seramai 300 orang syahid.

Jihad Islam di  Bosnia Herzegovina tidak kurang kaya dengan kisah-kisah pertolongan Malaikat. Antara yang saya dengar ialah diantara tentera musuh (Serbia) yang ditawan bertanya kepada tentera Mujahideen, “Siapakah tentera-tentera yang menolong kamu tu, saya lihat tinggi mereka 5 meter !”.Dalam satu kisah yang lain sekumpulan Mujahideen bertembung dengan musuh dan berlaku tembak menembak diantara mereka. Setelah beberapa ketika tidak ada kedengaran tembakan dari pihak musuh. Mereka senyap. Mujahideen menyangka musuh hendak membuat tipu helah lalu mereka terus menunggu dan berhati-hati. Setelah sekian lama menunggu akhinya mereka pergi mendapatkan musuh dan mendapati kesemua mereka telah mati tanpa ada sebarang kesan tembakan mengena anggota badan mereka.

Berusaha menjaga anggota dari terkena peluru, batu atau objek-objek yang merbahaya.

Berundur jauh sekali.

Kekuatan senjata melawan kekuatan jiwa dan keyakinan.

“Kamu tidak menunggu dari kami melainkan salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid)” (Al-Quran).

“Ketahuilah bahawa kemenangan dari Allah itu dekat” (Al-Quran).

Samada hidup mulia atau mati syahid. Adapun hidup ditindas regim boneka Zionis adalah hidup dalam penyerahan diri dan kehinaan. Ia mesti berakhir atau diakhirkan oleh orang-orang yang mengejar kemuliaan.

Jika dilihat dari kisah-kisah diatas, lebih-lebih lagi dari ayat-ayat Al-Quran itu sendiri, Allah swt menghantar pertolonganNya kepada orang-orang beriman berupa apa sahaja termasuk para Malaikat adalah ketika dan setelah berlakunya jihad dan usaha yang bersungguh-sungguh dari diri para pejuang itu sendiri. Ia jarang datang sebelum ianya berlaku, apatah lagi jika sekiranya manusia itu leka, lalai dan meninggalkan tanggungjawab berjuang untuk agama Allah swt. Dalam ayat pertama di atas, ALlah menurunkan Malaikat hanya selepas orang-orang itu berkata, “Tuhan kami adalah Allah” kemudian mereka istiqamah (tetap teguh) dalam perjuangan Islam. Memahami hakikat ini juga boleh mengelakkan seseorang dari hanya sekadar mengharap sesuatu kekuatan luar biasa sahaja untuk mendapat kemenangan dalam perjuangannya, tanpa dia sendiri berusaha bersungguh-sungguh kearah mencapainya. Dalam masa yang sama jika Allah swt mengutuskan para MalaikatNya dalam sesuatu perjuangan menunjukkan ia adalah perjuangan yang diberkati dan restui oleh Allah swt.

“Allahumma nasruka allazi wa’adtana” (Ya Allah, kami memohon kemenangan yang Engkau telah janjikan kepada kami). (Doa Nabi saw sebelum Perang Badar bermula).

Ya Allah, berkatilah perjuangan kami. Bantulah kami dengan pertolongan para MalaikatMu. “Ya Allah, teguhkanlah pendirian kami. Menangkanlah kami dalam berhadapan orang-orang kafir” (Al-Quran).

Ustaz Halim   http://www.inijalanku.wp.com

20 Respons

  1. bila tgk perjuangan rakyat mesir,,imbau kembali kisah Rasulullah dan para sahabat,,,,mereka menuju syahid,,dan kita masih terleka dan bersenang lenang di sini,, =(

  2. Jazakallahulaka atas foto-foto dan maklumat ya dpt dikongsi bersama.Semoga ia memberi iktibar dan pengajaran kpd kita.

  3. teringat ade seorang ustazah saya berbangsa arab mesir semase kejadian rusuhan itu berlaku, dia berkata ” either he down or we die”. itu tekad mereka. smada mubarak turun atau mereka mati.

  4. Salam yang mulia ustaz,

    Semoga kebaikan yang telah menagih korban ini akan melebar jauh daripada apa yang kita jangkakan. Allah ada cara untuk memenangkan agama-Nya… kita hanya menempuh jalan yang mampu, dan Allah akan membantu kita melaksanakan yang kita tidak mampu.

    Syukran ustaz. Teruskan perjuanganmu!

  5. kelihatan spt vdeo tlh d edit..

  6. Dari Aisyah r.a katanya:”Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan:’Pemandangan tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahaw…a Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan:”Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah.”

    (Muslim)

    • Hal yang ghaib dalam bahasa Arab, dan yang dimaksudkan dalam hadis (dan juga di dalam Al-Quran “Dan aku tidak mengetahui hal ghaib, dan aku tidak mengatakan aku ini Malaikat ..”) bermaksud sesuatu perkara di hadapan yang belum berlaku (bermakna ia masih di alam ghaib. Bukan “ghaib” disini bermaksud apa yg bahasa Melayu faham iaitu “yang tidak nampak” semata-mata.

  7. […] This post was mentioned on Twitter by syahirul.com, Anarm. Anarm said: erkk.. http://ow.ly/3UVAE […]

  8. masyaAllah.. moga Allah terus memberi kemenangan kepada ummat Islam di sana.

  9. Tp sy kurg pasti lah perkara ini….
    Tak tau leh percaya ataupon tidak…
    Kerana kisah ini sebijik mcm video malaikat muncul di kaabah tempoh hari….
    Dan ramai yg menyangkal dakwaan ini cahaya itu adalah malaikat….

  10. Subhanallah!

  11. takbir ALLAHU AKBAR ALLAH maaka ya akhi

  12. assalamualaikum.

    Ustaz, pertamanya, terima kasih banyak-banyak diucapkan di atas perkongsian ini, wa jazakumullahu khayran katheera. Sungguh, ia banyak memberi input bagi saya yang serba kekurangan ini.

    Berkenaan dengan janji Allah kepada kaum muslimin itu, memang suatu janji yang tidak dapat disangkal. Itu berkat keimanan yang teguh kepada Allah, Pencipta sekalian makhluk.

    Namun, tentang video seperti yang di atas, seakan terdapat sedikit keraguan padanya. Jika dilihat betul-betul, ia juga boleh dikatakan sebagai ‘tampalan’ dengan video lain. Mungkin editornya ‘kurang cermat’ sehingga menampakkan tompokan-tompokan putih yang berbaki pada video tampalan tersebut.

    Buktinya, lihat pada gerakan ‘kuda emas’ tersebut. Kemudian, anda akan perasan ada beberapa tompok putih mengekorinya dengan jarak yang sama sesuai dengan gerakan ‘kuda emas’ tersebut. Mula-mula nampak dua tompok, kemudian timbul pula lagi satu tompok dari bawah skrin.

    Kalau nak kata ‘tompok-tompok’ tersebut datang dari skrin kamera perakam, ia agak mustahil, kerana gerakan tompok-tompok itu tidak selari dengan gerakan kamera tersebut, bahkan ia selari dengan gerakan ‘kuda emas’ itu (yakni selari dengan turun-naik ‘kuda emas’ itu).

    Apa-apa pun, wallahu a’lam. Ini hanyalah berdasarkan kepada pengamatan saya terhadap video yang disebar-luaskan ini.

    Allah telah berfirman di dalam surah Al-Hujuraat, ayat 6, maksudnya:
    “Wahai orang-orang yang beriman, jika ada orang fasik datang kepadamu dan membawa suatu berita, maka carilah kebenarannya.. (hingga akhir ayat)”.

    Setiap maklumat yang datang memerlukan pengamatan dan penelitian, bukan diterima secara terus.

    Semoga Allah mengurniakan hidayah dan petunjuk-Nya kepada kita semua, inchallah. Dan, semoga Allah memberikan kekuatan kepada ustaz meneruskan usaha murni dalam menyampaikan risalah Islam, inchallah.

  13. AllahuAkbar waliLlahilhamd!

    Terima kasih atas sharing ini mmg benar dalam sejarah Rasulullah terdapat kisah2 di mana Al-Malaikah turun membantu tentera Allah memerangi kuffar spt Badar Al-Kubra

    Walaubagaimanapun ustaz clip ini telah terbukti ia adalah biasan cahaya dari lensa camera dan telah bibongkar melalui clip youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=9Y69IWl29Rw

    Ana juga sgt percaya Allah dan para MalaikatNya membantu para demonstran di Dataran Tahrir – Bukan hanya seorang Malaikat, tetapi ana percaya lebih ramai yg turun membantu mereka.

    Allah bersama2 dgn orang2 yg memperjuangkan agamaNya.

    Ana harap dengan penuh lapang dada, boleh kah ustaz membuat sedikit disclaimer pada hujung posting ini bahawa ia (video ‘malaikah berkuda’ ini) telah dibuktikan tidak benar TANPA menafikan bahawa mmg benar Allah dan para malaikatNya membantu para pejuang2 Allah. Ustaz tak perlu delete posting tu cuma tambahkan disclaimer atau ‘update’ shj.

    Moga Allah mengganjari ustaz dengan pahala yg berlipat ganda kerana membangkit hamasah perjuangan kpd para pembaca blog ustaz.

    Allahyubaarik’alaik

    Sekian, jazakumullahukhairan;

    Wassalam

    • Alhamdulillah wallahu akbar!

      Terima kasih diucapkan kepada Abu ‘Umar di atas perkongsian pautan dari Youtube itu, wa jazakumullahu khayra.

    • Agak sukar untuk terus disclaim hanya bersandarkan utube tersebut. Seperti orang kristian tu claim ia adalah bukan real, pihak lain boleh claim bahawa persembahan kristian tersebut bukan real (diada-adakan). Penolakan seperti ini banyak berlaku dalam kes-kes ajaib sebelum-sebelum ini di beberapa tempat di dunia. Rasanya komen saya di salah satu foto dalam posting tersebut memadai untuk pembaca berada di tengah-tengah, tidak terlalu menerima kerana boleh jadi ia biasan cahaya seperti yang didakwa, dan tidak terlalu menolak kerana boleh jadi ada pihak cuba menyangkal apa sahaja yg supernatural (ajaib) dengan mengusahakan teknik berbagai. Wallahu aalam.

  14. Assalamualaikum wr wb..
    ijin copas ya tadz…
    syukron.
    wassalamualaikum wr wb…

  15. “Allahumma nasruka allazi wa’adtana” (Ya Allah, kami memohon kemenangan yang Engkau telah janjikan kepada kami).

    Ya Allah, berkatilah perjuangan kami. Bantulah kami dengan pertolongan para MalaikatMu. “Ya Allah, teguhkanlah pendirian kami. Menangkanlah kami dalam berhadapan orang-orang kafir” (Al-Qura)

    Subhanalloh,
    Subhanalloh,,
    Allahu AKBAR..

    Laahaula walaa quwwata illaa Billah..

  16. This is really attention-grabbing, You’re an overly professional blogger. I’ve joined your feed and sit up for searching for extra of your fantastic post. Additionally, I’ve shared your website in my social networks

Tinggalkan komen