Pengeliruan : Adakah ia permainan yang disengajakan ?

Isu Kalimah Allah banyak menyingkap permainan pihak-pihak tertentu di dalam masyarakat dan negara di Malaysia. Untuk mengenalpasti siapa pihak tersebut, ia memerlukan pengamatan dan penyiasatan yang lebih terperinci dan mendalam, kerana apa yang tertonjol di permukaan hanyalah berupa kenyataan tokoh-tokoh atau media semata-mata yang saya lihat sering cuba mengelirukan orang ramai sehingga tidak Nampak apa yang dibincangkan sebenarnya, apa yang perlu masyarakat lakukan, sehingga mudah pihak-pihak berkenaan sedikit demi sedikit mengasak sehingga mencapai apa yang ingin mereka jayakan.

Secara teramat ringkas, isu Kalimah Allah adalah cubaan sebahagian pihak pelampau Kristian ingin menukar perkataan “God” dan “Lord” di dalam penerbitan dan bible cetakan bahasa Melayu mereka, kepada perkataan “Allah” yang menyamai nama Allah SWT yang disembah oleh orang-orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Oleh kerana perkataan “Allah” bukan sebahagian dari ajaran Kristian jika dirujuk kepada bahasa asal bible New Testament dan Old Testament, seperti yang dibentang oleh sejarah dan juga oleh keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14/10/2013, maka Umat Islam yang peka rata-rata mengatakan bahawa ia merupakan langkah pihak tersebut untuk menggunakan jenama nama yang telah masyhur didalam pasaran majoriti penduduk Malaysia untuk memasarkan akidah Kristian dengan lebih mudah.

Dalam akidah Kristian, God adalah The Father, The Son dan The Holy Spirit, tiga dalam satu dan satu dalam tiga, atau dikenali sebagai Trinity. Bahkan apabila mereka menyebut “Tuhan Yang Maha Esa”, ia bererti satu dalam tiga, dan bukan satu tunggal seperti didalam Aqidah Islam.

Oleh itu apabila Umat Islam membenarkan perkataan God ditukar ke perkataan “Allah” ia akan memberi makna-makna di bawah :

  1. The Father God, ayah Nabi Isa as bernama “Allah”.
  2. Nabi Isa as (Jesus) adalah bernama “Allah”, atau “Allah” itu sendiri sebagai Tuhan.
  3. The Holy Spirit adalah bernama “Allah” atau “Allah” itu sendiri.
  4. Allah mati di kayu salib, seperti kepercayaan mereka.

dan sebagainya.

Oleh itu adalah menjadi kewajipan keatas semua Umat Islam, pemimpin dan rakyat, untuk bangkit menentang cubaan pihak-pihak berkenaan kerana ia :

  1. mengelirukan masyarakat Islam, lebih-lebih lagi golongan jahil, di pendalaman, kanak-kanak dan sebagainya, dengan makna Allah yang berbagai-bagai, adakalanya bermakna Tuhan, adakalanya bermakna makhluk.
  2. ia mencemar sifat Allah SWT sendiri secara terang-terangan di hadapan mata kepala Umat Islam, sedang Allah SWT sentiasa mengajar zikir “Subhanallah” kepada mereka yang bermakna “Mahasuci Allah dari apa yang manusia sekutukan atau menyamakan dengan makhluk”.

Dari itu, isu ini merupakan isu Aqidah dari lubuknya, dan bukan sekadar isu politik golongan tertentu untuk meraih popularti seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Bahkan pertentangan ini bermula diawalnya adalah diantara Kementerian Dalam Negeri (KDN) berdepan akhbar The Herald (Malaysia) dan bukan diantara parti-parti politik. Parti-parti politik mula mengambil posisi dan membuat kenyataan hanya selepas itu sahaja, dan bukan sebelumnya.

Pengeliruan, bukan Kekeliruan

Pada pengamatan saya, usaha-usaha Pengeliruan, untuk menutup isu sebenar dan seterusnya mendapat sokongan massa,  seperti yang saya sebut di atas sekali, adalah banyak kepada mengalihkan apa yang disebut dalam Fiqh Islam sebagai “Mahal An-Nizak” (tajuk perbincangan atau noktah perbezaan) isu yang sedang diperkatakan.

Diantaranya adalah :

  1. Ungkapan “Allah Is For All” (Allah Untuk Semua Manusia), sedangkan golongan Kristian memang tidak menyembah Allah SWT.
  2. Allah Rabbul Alamin (Allah Tuhan sekelian alam – bukan tuhan Umat Islam sahaja), sedangkan tuhan sembahan orang-orang Kristian adalah Jesus, ayah Jesus dan The Holy Spirit.
  3. Ungkapan “Takkanlah bila seseorang Allah sebut “Allah”, akan jadi murtad” yang langsung bukan isunya.
  4. Ungkapan “Takkanlah seseorang Kristian sebut Allah dihadapan seorang Islam, orang muslim akan jadi murtad semudah itu” juga bukan isu yang dibincangkan.
  5. “Tiada Paksaan Dalam Agama” (Al-Quran), sedangkan itu ayat tiada paksaan keatas seseorang untuk menganut agama Islam. Adapun mencemarkan sifat Allah, maka Umat Islam hendaklah bertindak dengan kuasa, mulut atau hati yang dimiliki mereka.

Kita menyeru kepada Umat Islam khususnya, dan kepada masyarakat awam umumnya untuk menghormati keputusan-keputusan Yang DiPertuan Agong, Sultan, Mahkamah Rayuan Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Fatwa Kebangsaan dan lain-lain institusi Negara dalam melarang golongan pelampau Kristian menamakan Nabi Isa as, The Father dan Holy Spirit dengan nama “Allah” kerana ia benar-benar mencabar kesucian sifat Allah, mengelirukan masyarakat dan mengguris keharmonian dalam masyarakat di Malaysia.

Firman Allah SWT bermaksud, “Katakanlah ‘Allah itu tunggal (bukan trinity). Allah tempat bergantung (bukan Jesus dll). Allah tidak beranak (atau mempunyai anak seperti The Father God) dan tidak pula diperanakkan (seperti Nabi Isa as). Tiada suatupun menyerupaiNya(Surah Al-Ikhlas).

Ustaz Halim  http://www.inijalanku.wp.com

 

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: